mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Showing posts with label BULAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label BULAN ISLAM. Show all posts
Monday, October 5, 2020
Saturday, October 25, 2014
SALAM MAAL HIJRAH. 1436 H
salam maal hijrah.
awal muharram bertandang lagi.
memberi makna bertukarnya tahun dalam hijrah kita.
semoga tahun yang lalu. kita lalui dengan penuh rasa sabar dan tawaduk.
buka buku baru, dan tutup buku lama.
tetapi setiap pengajaran dari kisah yang lalu. pastikan dijadikan iktibar kemudian hari..
##semangatnakpindahrumah
Friday, October 24, 2014
SALAM MAAL HIJRAH 1436 H / 25 OKTOBER 2014
doa akhir tahun
- dibaca 3 kali pada akhir waktu ASAR atau sebelum waktu MAGHRIB pada akhir bulan Zulhijjah.
sesiapa yang membaca doa ini , syaitan berkata ;
" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. dengan sebab membaca doa ini , Allah ampunkan dosanya setahun.
Doa awal tahun
- dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
sesiapa membaca doa ini , syaitan berkata :
" telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan . "
- dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
sesiapa membaca doa ini , syaitan berkata :
" telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan . "
Sunday, June 29, 2014
SALAM RAMADHAN
Marhaban Ya Ramadhan
Alhamdulillahhh..semoga usia kita Allah panjangkan. moga Ramadhan kali ini kita perolehi lebih lagi pahala berbanding tahun-tahun yang lalu. serta dapatlah kita tingkatkan amal ibadah , sedekah dan zakat fitrah jangan dilupa.
29.06.2014 insha Allah 1st ramadhan di tahun 2014 ini. semoga usia kita dipanjangkan dan rezeki kita dimurahkan.
kalau tiada aral melintang. temuilah sofea di bazar ramadhan di Taman Sukma Jalan Sultan Tengah.
Monday, July 8, 2013
SALAM RAMADHAN
Salam Ramadhan.
Lusa dah mula berpuasa, bertarawih, bertadarrus dan bersedekah.
semoga amalan-amalan kita Allah terima.
Lusa dah mula berpuasa, bertarawih, bertadarrus dan bersedekah.
semoga amalan-amalan kita Allah terima.
Friday, November 23, 2012
Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram
* kredit dari google
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa
Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan
seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah
SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi
SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari
Asyura.
.
Rasulullah
SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan
Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa
telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun
berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut
jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari
itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari
itu.” (Riwayat
Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Nabi
SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada
hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”(Musnad
Baqi ibn Makhlad)
.
Berpuasa sebaiknya
didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb.
Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada
hari Asyura sahaja.
.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ،
قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ،
لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada
Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari
‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat
bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari
ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan ,
pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda
Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu
pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang
Yahudi.” – Riwayat Al Baihaqi.
.
Rasulullah
SAW bersabda: “Puasalah kamu pada
Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari
sebelumnya dan sehari setelahnya.”
(HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi
SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan
Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut
berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat
Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
.
.
Niat Puasa
.
a. Niat puasa hari kesembilan
Muharam (Hari Tasu’a) ialah:
.
.
.
.
Fadhilat
Puasa Muharram
Kelebihan
berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah
SAW.:
.
1.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama
puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan
sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam
hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang
berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah
ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahunmelakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah
SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat
pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang
lalu.” (Hadis Sahih)
.
4. Sabda
Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga
hari berturut-turut pada hariKhamis, Jumaat dan Sabtu pada
bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahalaseperti beribadat
900 tahun.” (Hadis Sahih)
.
5.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap
bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai
ganjaran berpuasa sepanjang tahun.Berpuasa pada hari Asyura juga
dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagisetahun yang
berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
.
6.
Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku
melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih
daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10
Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7.
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram).
Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
.
.
Zakat
Puasa
.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:” لكل شيء زكاة ،
وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه
Daripada
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan
zakat badan kita ini adalah PUASA. ”
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )
.
وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا
Dan
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah
kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”
.
Maka
marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat
dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.
.
.
والسلام علبكم و
رحمة الله و
بركاته
.
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/13/puasa-sunat-hari-asyura-dan-tasau-muharram/
Tuesday, May 22, 2012
Tuesday, December 6, 2011
MUHARRAM 1432 H
Awal Muharram..sudah berlalu..sekarang 10 muharram 1432 H..bagi yang menjalani puasa Asyura.Ianya disarankan untuk diamalkan.
Apa itu Hari Asyura?
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Wednesday, November 9, 2011
Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah
Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga ke-4 Hari Raya Korban. Hari tersebut umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa. Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 11,12 dan 13) di bulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.
Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”
Oleh yang demikian hari ini diharamkan berpuasa. Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban. Kita sedia maklum yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang dibenarkan dalam Islam. Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta niat kerana ALLAH SWT.
dipetik dari : islam.dunyahalal.com
Friday, November 4, 2011
Selamat Hari Raya Aidiladha
Lemang
Alhamdulillah.Bersyukur kehadrat Ilahi.Limpah dan kurnianya kita berkesempatan dalam menyambut perayaan bagi umat Islam.Yang berkesempatan mengerjakan haji di Mekkah ,kita doakan agar para jemaah pulang membawa haji mabrur.Pada kita yang belum berkesempatan ini,semoga akan ada giliran kita nanti.Insya Allah.
Kebiasaannya,sebelah pagi akan dilakukan solat sunat raya secara berjemaah di seluruh dunia.Bagi yang berkesempatan,ringankanlah anggota tubuh kita dalam mengerjakannya.Selesai kita beribadah,insyaAllah akan ada ibadah korban yang akan dilakukan nanti.
Maka sama-samalah kita membantu dalam melaksanakan ibadah ini.InsyaAllah.
Dalam pada itu juga ,kita tidak melupakan hidangan wajib pada perayaan begini.seperti kuih-muih ,ketupat,daging,ayam dan lain-lainnya.
kredit dari mamasya blogspot
Ok lah ya. nanti ada kelapangan sofia updated lagi blog sofia ni.pada pembaca blog ni.kalau ada apa2 cadangan dan tunjuk ajar.boleh lah emailkan dengan sofia nanti .
Thursday, August 18, 2011
RAMADHAN-Buat biskut aka tat nanas
sumber ; google
Tat nanas.Salah satu dari mana2 biskut yang sofia paling minat sesangat.Cuma Ramadhan dan Syawal kali ini sofia buat sendiri.Kiranya dah tak mengharap tat nanas kat rumah sedara mara or kawan2.Sebab kalau beli ni satu botol dalam RM12.90 bersamaan dalam 40 biji sahaja.Huhu,sekali duduk nonton tv.terus habis.Nak tengok resepi sila lah.
Tat nanas.Salah satu dari mana2 biskut yang sofia paling minat sesangat.Cuma Ramadhan dan Syawal kali ini sofia buat sendiri.Kiranya dah tak mengharap tat nanas kat rumah sedara mara or kawan2.Sebab kalau beli ni satu botol dalam RM12.90 bersamaan dalam 40 biji sahaja.Huhu,sekali duduk nonton tv.terus habis.Nak tengok resepi sila lah.
RAMADHAN-minggu ke-2 dan ke-3
minggu ni adalah minggu ke-3 kita dalam bulan Ramadhan.pada minggu ke-2 sofia dptlah mengumpul pengalaman berpuasa di Kuala Lumpur.Cyberjaya.Klang. Hari pertama berbuka di rumah abang di cyberjaya. hari kedua pula berbuka puasa di medan selera SOGO KL ditingkat atas.Menunya nasi ayam panggang dan minuman air sirap limau dan teh tarik.
Ini adalah pengalaman pertama untuk sofia berpuasa jauh dari keluarga.Kalau dulu berpuasa pun paling jauh tempat belajar.Politeknik Kuching.Nanti kalau ada masa sofia leh cerita berpuasa di Politeknik tempat sofia belajar dulu.
Ini adalah pengalaman pertama untuk sofia berpuasa jauh dari keluarga.Kalau dulu berpuasa pun paling jauh tempat belajar.Politeknik Kuching.Nanti kalau ada masa sofia leh cerita berpuasa di Politeknik tempat sofia belajar dulu.
Thursday, August 4, 2011
RAMADHAN- sahur dan berbuka
hari ni hari keempat kita berpuasa.sebelum subuh kita kena bersahur.paling awal pun dalam jam 4 pagi.kalau kat sarawak ni.sahur habis dalam jam 5 pagi lah.bersahur biasanya ala kadar je.sebab kalau tak biasa makan nasi,pastinya yang dimakan akan dibuang balik.
sofia bersahur menunya nasi dan lauk yang biasa je.ikan goreng.ikan masak asam pedas.telur dadar.telur masin
sofia bersahur menunya nasi dan lauk yang biasa je.ikan goreng.ikan masak asam pedas.telur dadar.telur masin
dari jang oh jang
berbuka puasa atau sungkey.menu paling utama kuih tongkol/bongkol,kuih cina,kuih lapis ,roti john..macam-macam lah..minuman air tebu.air soya.hmm..masa puasa ni macam-macam dijual kat bazaar ramadhan.
Monday, August 1, 2011
RAMADHAN-minggu pertama
Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Ilahi.Kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.Berpuasa di bulan ramadhan bayak pahalanya.dan ianya wajib bagi yang berkemampuan.Dikecualikan bagi yang uzur,perempuan mengandung dan yang berhadas besar.Tahun lepas sofia tidak dapt berpuasa penuh.Memandangkan sofia baru sahaja lepas bersalin anak ke2.Jadi puasa tersebut cuma mapu diganti sebanyak 5 hari sahaja.Makanya sofia masih punya hutang puasa lagi..
dari google
dari google
Monday, July 11, 2011
SYAABAN 1432H
Al-hamdulillah.kini sudah masuk bulan Syaaban.Ada beberapa hari lagi.kita,iaitu muslimin dan muslimat bakal menyambut bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.semoga kita mampu melaksanakan setiap ibadah pada setiap hari dalam bulan ramadhan.bagi yang uzur,ibu-ibu mengandung mahupun masih menyusu bayi.tidaklah digalakkan berpuasa.ini kerna ibadah ini tidaklah memberatkan setiap pengamalnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...




















