mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Showing posts with label KELAS JAHITAN. Show all posts
Showing posts with label KELAS JAHITAN. Show all posts
Sunday, December 28, 2014
KURSUS JAHITAN DI KUCHING
kursus jahitan di kuching.
untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni.
berhubung dengan beliau secara terus. beliau akan terangkan ;
bayaran yuran permulaan
bayaran yuran bulanan
tempoh belajar
dan lain-lain lagi.
untuk entry sebelum ini. sofea tak ubah. jadi di sini sofea nak kongsi maklumat tersebut. ada perubahan masa , bayaran dan lain-lain.
harap maklum.
terima kasih
ROSNI TAILOR No 420
Kampung Bintawa Tengah
Petra Jaya
93050
Kuching
013-8474446
Wednesday, December 24, 2014
LAMANYA TAK MENJAHIT BAJU
dah hampir setahun lebih tak pergi kelas menjahit. sejak mengandung 2013 sampai anak dah masuk 10 bulan. kelas menjahit tak lagi di hadiri. bukan malas bukan culas. tetapi , memandangkan masa terlalu penuh dan anak masih kecil untuk ditinggalkan.
isnin dan jumaat pastinya sibuk dengan kerja. sabtu dan ahad adalah hari untuk famili. melainkan ada panggilan kerja. ye lah kerja sofea dalam mode standby. lagi-lagi bz memuncak dengan rumah kami sudah siap untuk dihuni.
perlu kemas apa yang patut. perlu cari income lebih untuk tampung belanja. pindah rumah baru perlukan wang ringgit. nasib ada jugak simpanan yang boleh menampung serba sedikit.
kalau sesapa nak belajar menjahit. boleh sahaj hubungi Cikgu Rosni. boleh wasap sofea ya.
Tuesday, May 7, 2013
ALHAMDULILLAH...LULUS...
![]() |
| siap digunting |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah. baru tadi time lunch hour. selepas solat zohor. sofea berusaha menguji diri. ujian diri sendiri. potong kain untuk buat baju kurung.
Jadi, resultnya sofea LULUS. Alhamdulillah. kiranya sofea dah faham lah cara memotong kain untuk sepasang baju kurung ni.
Jadi , sofea masih ada 3 pasang kain lagi. belum lagi sofea beli yang baru nanti. nak cari kain cotton . yang penting tak licin. dan jenis yang tak berkaki. susah untuk sofea. heheheh. kalau dah ok. nak jugak lah kain-kain macam tu.
![]() |
| kain |
![]() |
| dah selamat . 1 jam jugaklah |
![]() |
| selesai. tunggu nak jahit kelak |
kalau free nanti sofea tunjukkan satu-satu k. tadi , berebut lah jugak. masa rehat 1 jam je.
Tuesday, February 5, 2013
BAJU KURUNG - POLA dan GUNTING
sofea masih dalam pembelajaran baju kurung. dah lama tak turun kelas. lupa-lupa ingat cara mulanya. jadi sofea dah mula beli kain untuk buat baju kurung. tapi sofea nak mulakan dengan baju sekolah adik. kain 4 meter unutk 2 pasang.
perkara pertama nak kena buat, POLA baju kurung.
perkara pertama nak kena buat, POLA baju kurung.
- POLA badan
- POLA tangan
- POLA pesak
- POLA keket
sebelum nak buat pola ni, kenalah ambik ukuran badan dulu, takpun baju contoh pemakai. ambik ukuran ;
- ukuran panjang baju
- semasa sesi potong kain. kain perlu dipinkan bersama dengan pola. kena hati-hati dalam menentukan kedudukan pola. kiri dan kanan baju , gunting lebih sikit dari pola. manakala bahagian bawah kain. lebih 21/2 inchi.
- selesai menggunting. cabut pola. lipat memanjang kain. gunting sedikit dihujung kain bahagian bahu, dan di bahagian tengah. untuk tanda leher baju dan bahu baju.
- ukuran bukaan tangan ( sambungan di bahu )
- ukuran bukaan tangan ( di hujung lengan )
- semasa menggunting, ikiut pola , cuma lebihkan 2 inchi dibahagian hujung lengan.
- ukuran bahagian keket
- ukuran bahagian bawah baju
- p/s bahagian lurus adalah di luar. untuk poket.
- lebih bahagian bawah sebanyak 2 inchi.
- gunting lebih sikit dari pola
untuk sesi melukis pola dan menjahit ,nanti sofea usahakan ya. sekadar nak share2 je. kalau kurang jelas. harap maaf. sofea juga masih proses belajar. belajar dan betul-betul faham.
ALATAN MENJAHIT
masa mula-mula sofea ikut kelas menjahit. sofea langsung tak ada satu pun alatan jahitan. jadi cikgu Rosni bantu sofea beli alatan menjahit yang diperlukan.
dari segala jenis pembaris , gunting kain , gunting kertas , gunting benang , penetas benang , calk , jarum peniti , jarum jahit, benang, kertas mahjong untuk pola , kain gam , mesin jahit , kain dan getah.
gambar kat bawah ni adalah sebahagian alatan menjahit sofea..huhuhuuh
ada banyak lagi alatan jahitan. cuma tak menyempat nak ambik gambar. nanti sofea kongsi lagi.
p/s: kalau nak beli barang / alatan jahitan. lagi senang ada sifu.
p/s: gunting kain kena beli yang baru...huhuhu

| mesin jahit di kelas..manual |
![]() |
| barang-barang lain |
![]() |
| gunting,jarum,benang,getah,penetas |
![]() |
| gunting |
![]() |
| alatan menjahit |
![]() |
| kain gam |
![]() |
| kain gam yang siap diukur dan digunting untuk leher baju |
ada banyak lagi alatan jahitan. cuma tak menyempat nak ambik gambar. nanti sofea kongsi lagi.
p/s: kalau nak beli barang / alatan jahitan. lagi senang ada sifu.
p/s: gunting kain kena beli yang baru...huhuhu
Tuesday, May 22, 2012
KELAS JAHITAN DAN KELAS MENGAJI
Kelas menjahit
Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lama jugak lah sofea tak cerita kan pasal kelas jahitan ni. Sebab sekarang sofea busy sesangat dengan kerja di ofis dan kerja lain. Sofea punya kelas fleksibel. Masa ikut masa sofea ,asalkan tidak bercanggah dengan masa cikgu mengajar lah.
Biasanya sofea belajar hujung minggu ( sabtu ahad ) dan cuti umum. Sofea juga baru siapkan baju melayu. Baju kurung sudah 3 pasang disiapkan. Cuma gambar sahaja yang lupa diambil.
Bagi pembaca yang berminat nak ikut serta kelas menjahit boleh lah menghubungi cikgu tersebut;
ROSNI TAILOR
No 420 Kampung Bintawa Tengah
Petra Jaya 93050 Kuching
no tel akan diupdate. harap maklum
Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi beliau. Puan Rosni juga seorang guru mengajar iqra' untuk anak-anak. Sesiap berminat nak hantar anak-anak dengan beliau boleh berbuat demikian.
ps; kelas akan dibuka selepas syawal 2012. harap maklum
![]() |
| Baju Melayu |

Monday, July 11, 2011
Kelas Jahitan
Hampir sebulan sofia tak dapat hadirkan diri dalam kelas jahitan.banyak rintangan yang melintang di mana sofia ingin hadir ke kelas jahitan. kalau sofia free,cikgu pulak ada urusan.begitulah sebaliknyaapa-apa pun sofia akan siapkan juga baju-baju untuk hari raya tahun ini.nanti sofia uploadkan gambar-gamabr baju yang sofia siapkan.ok
Monday, May 30, 2011
BAJU MELAYU FOR RAYA
Salam semua.Hari ni sofia nak cerita pasal baju melayu.dari minggu pertama(bulan mei) kelas jahitan yang sofia hadiri,semalam sofia dah berjaya siapkan sepasang baju melayu.lebih-lebih lagi baju melayu yang sofia siapkan adalah untuk suami sofia yang tercinta(for raya ).alhamdulillah.ada hasil tangan sofia.sofia nak ceritakan permulaan kelas jahitan..kelas yang sofia hadiri ni pada setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.kalau yang tidak bekerja kelas akan diadakan pada isnin,rabu dan jumaat.so,sofia ni bekerja.maka kelas pada hujung minggu.hari pertama kelas tu,cikgu akan ajarkan bagaimana nak buat pola baju dan cara betul ambil ukuran baju.sekiranya kita nak buat baju suami.kenalah bawa baju suami yang biasa dia pakai.sofia buat pola..dan gunting pola..setiap pola akan dilekatkan pada kain.ini kerana utk kemudahan ketika proses menggunting kain.
MELUKIS POLA
pada pola yang dilukis terdapat ;
a) badan baju
b) lengan baju
c) pesak
d) keket/kekek
e) kolar baju
f) kocek
g) seluar
MENGGUNTING KAIN
-Kain 4 meter.
-kain di buka panjang secara melintang.
-dilipat 2.kena bijak ketika menggunting.setiap pola yang diatas.
MENJAHIT
1.-jahit pesak dan kekek.
-sambung dengan lengan baju.
-selesai bahagian lengan
2.-badan baju.gunting untuk buat leher/ kolar baju
-kolar baju yang sudah siap dijahit.disambungkan dekat bahagian leher.
-selesai dijahit.jahitkan bahagian kocek dahulu.
-sambungkan bahagian 1 diatas dengan bahagian ini.selesai sudah.

Subscribe to:
Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...