Wednesday, January 9, 2013

SRK RAKYAT TUPONG - 1990 - 1996

Kali ni nak mengimbau kembali kenangan sekolah rendah dedulu. Sofea dulu sekolah rendah di kampung je. Heheheh. dekat sesangat dengan rumah. jalan kaki pun vley. Dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah yang sama. kelas kuning nama diberi.

Tahun 1 Kuning - 1990

masa ni dah masuk umur 7 tahun. pertama kali ke sekolah rendah. sebelum ini sekolah tadika ( nanti cerita ). Masa tahun 1 , pakai baju gaun biru tu. bila terpandang gambar lama masa sekolah dedulu. rasa lucu je. seingat sofea banyak jugaklah kawan sekelas di kalangan anak-anak di Kampung Tupong. baik dari Tupong Tengah , Ulu , Batu , Baru ..mahupun di kawasan perumahan. rindu dengan kawan-kawan sekolah. semenjak ada FB , Alhamdulillah dapat jugak jejaki haluan serta khabar mereka. masing-masing berjaya dalam apa sahaja diceburi. masa ni ada 2 kelas je. Kelas kuning dan Kelas merah. kalau tak silap sofea rapat dengan seorang kawan . lelaki. namanya Helmiza. nama penuh dah tak ingat. budak ni tak lama di sekolah. belum setahun sekolah, dah pindah. tak tahu pindah mana. banyak jugak yang pindah. termasuk sofea. dapat sekolah madrasah masa tu. tapi seminggu je. sebab tak ada transport . jauh sangat. masa tu pulak, bapak selalu travelling. kerja jauh. biasalah kerja tukang kayu. makanya teruslah bersekolah di SRK Rakyat Tupong sehingga hujung tahun.

Tahun 2 Kuning - 1991

dah darjah 2. huhuhu 8 tahun. kenangan tak dapat dilupa. cikgu pelatih selalu datang. ada seorang guru perempuan. cikgu Aminah. rindu dengan beliau. muka pun dah lupa dah. lama tuuu.. mana nak ingat. cikgu ni banyak bagi semangat . kalau cikgu yang banyak jasa tu. cikgu Seniah. rindunya dengan guru-guru ku ini. darjah 2 biasa-biasa ja. kawan yang sama. ada yang dah sofea lupa namanya. sofea pun kadang-kadang sakit.

Tahun 3 Kuning - 1992

darjah 3. bila dah darjah 3 kena turun kelas fardhu ain. suka turun kelas petang . boleh belajar mengaji dan belajar ilmu agama. deduluuuu lah. sofea hafal juzuk 30 sahaja..hehehhe. cuma ye lah , lama dah tak di baca surah-surah dalam juzuk 30 tu. banyak jugak yang lupa.  mana tak. kalau dah surah lazim sahaja dibaca..huhuhh...salah sapa kan...salah sendiri. kuikuikui..*insafni*

tahun ni sofea selalu kena sakit. sakit-sakit pun turun sekolah. huhuhu.


tahun 4 Kuning - 6 Kuning ---- 1993-1996

tahun-tahun sebelum tu selalu gak guru-guru pelatih mengajar. paling sedih bila tempoh mengajar mereka habis. sedih wooo. tapi selalu buat majlis perpisahan. meriahhh..cikgu anuar. cikgu rahimah. cikgu aminah. cikgu Salina  ; cikgu yang lembut personaliti nya. paling tak dapat lupa. masa darjah 4 dapat hafal sifir. hahha..masa ni celen dengan kengkawan dalam kelas. masa ni sofea selalu celen dengan siti. dia pandai dalam kelas. selalu dapat tempat pertama peperiksaan akhir. sofea tempat kedua dan kekadang ketiga, sofea ada masalah bahasa t yang kantoi sesangat. rindu dengan cikgu muzik. hahah..belajar recorder. samapi tersembor-sembor. cikgu rozana kalau tak silap. rindu lah. masa darjah 5 ada pelajar baru. dari peryatim. rapat dengan Siti . suka kawan dengannya. masa tahun 6 ada sukan. paling best sukan- sukan lari. hahah..banyaknya kenangan kat sekolah tu. dulu sekolah tu sekolah papan. sekarang sekolah dah sekolah batu.

banyak kenangan sekolah pagi. sekolah petang. sukan. persatuan pengakap. pertandingan menyanyi. berjual ABC, cucur pisang, ayam panggang. belum kisah gaduh-gaduh manja dengan kawan kelas. kelas merah banyak yang kurang diingat nama. cuma cousin sendiri Nor dan pelajar pandai Noraida dan Dessari...kenangan lah...

masa pertama kali kena pakai cermin mata. sebab dah tak jelas baca apa yang cikgu tulis. masa tu terima je cermin mata yang dibeli. besar kecik. sesuai tak sesuai. main hantam ja.

kenangan oh kenangan. kalau lah ada readers yang ernah sekolah kat sekolah sofea. atau kaum kerabat yang pernah sekolah kat sini. tinggallah komen.

dan yang paling dalam ingatan. Helmiza dan seorang lagi Hadiah. sedap kuih yang dia jual. rasanya mak dia yang buat. selalu dia bawak ke sekolah untuk dijual. sedap. rasa masih diingat. cuma nama kuih dah dalam kesamaran.

semoga kita akan berjumpa ya kawan-kawan. yang masih ada tu. add lah FB sofea. bagi yang tiada. doa dan Al-Fatihah akan dikirimi...


salam sayanggggggg...dari SofeaJ29

2 comments:

  1. aih..kmk sklh tupong juak dlk tp 1997 drjh 1..haha..umah pn seberang sklh jak..ingt gk dlk ada kedei runcit seberang sklh ya..x ingt nama nya..

    ReplyDelete
  2. benar. aih..kelas apa kitak. darjah 1 jak kah. dolok sekolah papan jak. kantin sekolah kat atas. ada tangga.byk juak mek lupak, kedei runcit. kedei BB

    ReplyDelete

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...