Sunday, November 16, 2014

30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SIAPA BAGAIMANA ANDA 10 TAHUN LAGI



siapa saya dalam 10 tahun lagi
bagaimana saya dalam 10 tahun lagi

persoalan ini lah yang pernah sofea ajukan untuk diri sendiri 10 tahun yang lepas. di saat usia sofea menginjak ke angka 20. ya..di usia 20 tahun. kehidupan masa itu. betul-betul menguji dimana didada. kalau kalah. pasti teruk hasilnya.


tahun 2003. tahun inilah sofea benar-benar diuji. ujian yang amat hebat. gagal dalam pelajaran. menghampakan harapan kedua orang tua. yang sanggup berkorban apa sahaja. ketika itu.

namun hasilnya. tiada siapa yang jangka. bukan tidak mampu berubah. namun memang payah untuk diselesaikan. selepas SPM. result keluar. walaupun tak gempak. cukuplah untuk kemasukan politeknik peringkat diploma. ketika ini. tidak tahu apa yang diminati. ambil sahaja jurusan mengikut orang yang bijak pandai. selesai kemasukan. bermulalah diri sebagai siswi. semester pertama hazab nya tak terperi. pelajaran yang diambil. tak termampu nak dipelajari. belajar belajar. usaha usaha untuk memahami. namun gagal jua yang akhirnya. hanya sehingga semester 3.

redha atas ujian. sofea kerja mencari rezeki. di dalam masa yang sama , hati ini masih ingin belajar lagi. mengisi sebanyak 2 kali. kemasukan baru ke politeknik. genap setahun mencari rezeki. 2004 penentu segala cerita. belajar balik. sehingga graduate.

ya itulah 10 tahun yang lalu. sofea berdoa. agar mampu membina kehidupan diri. berjaya dalam pelajaran. biarpun tak lah sampai anugerah dekan. bercinta sehingga kecundang. tidak mengapa

jatuh terduduk
jatuh terlungkup
malu
terasa benar diri ini kerdil
aku gagahi untuk sebuah kehidupan
ada emak dan bapa perlu aku utamakan
dan kekasih yang setia menanti

Alhamdulillah. hasil doa yang lalu. 10 tahun . akhirnya kehidupan sofea begini. doa kepada Allah hendaklah selalu. jangan diabaikan amalan berdoa. ketika senang. ketika susah. ada kerjaya. ada keluarga. ada anak-anak rezeki dari Allah.

10 tahun akan datang sudah bermula. sofea sekarang 31 tahun. ada 9 tahun lagi. moga berjaya sebagai blogger. paling tidak pun. macam redmummy. moonmunirah. kakpilla. blogger-blogger yang hebat. dan pastinya berjaya. mereka sumber inspirasiku.

insha Allah permulaan dah nampak jelas. agar teruskan kayuhan kejayaan yang pasti sofea temui. semoga bidang yang sofea ceburi kali ini. sofea berjaya. sekali dulu. sudah jatuh. kali ini sofea bangkit. biarlah perih. biarlah jerih. namun visi , misi dan impian perlu di capai. semoga doa-doa mereka mengiringi diri sofea.

sofea nak berjaya dalam perniagaan Shaklee. vitamin kesihatan yang memnag kukuh dari dulu lagi. sofea sudah bersedia menyahut cabaran. untuk menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya. bukan untuk siapa-siapa. untuk ekonomi keluarga jua. untuk kesihatan diri dan semua.

dan pastinya sofea nak 10 tahun akan datang sofea sudah melepasi halanga-halangan yang mendatang.kuatkan semangat. keluar dari zon selesa. berfikir kedepan dari kotak dalaman. moga ada hidayah buatku kelak.

sesapa yang nak try vitamin Shaklee. boleh sahaja call sofea . 0138290985. dan boleh terus daftar ahli.





No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...