Wednesday, November 9, 2011

IKAN SIAKAP 3 RASA

google search



Siakap 3 rasa.
Alhamdulillah.rezeki zulhijjah.sebelum raya haji.suami pergi memancing di sungai.Rezki jatuh di kaki.Suami dapat seekor ikan siakap/selunsung.Suami sofea memang minat memancing.Cuma akhir-akhir ini agak kurang masa untuk pergi memancing.

Sofea ni dah lama sangat mengidam nak masak sendiri siakap 3 rasa.sebelum ini pernah makan kat restoran seafood kat Kuching ( Top Sport / Taman Kereta ).Rasa ikan ni sedap sesangat.Tapi harga mahal sangat.Jadi bila ada kesempatan nak masak ikan ni.Sofea jadi teruja sesangat. ok lah gambar kat atas tu dari google je. gambar hasil masakan sofea sendiri belum di uploadkan lagi.

Kalau nak resepi , silalah salin. senang sangat nak buat.

Bahan :

Ikan Siakap ( 2 ekor)

- lumurkan dengan kunyit ,garam, dan tepung jagung. goreng hingga garing

Bahan sosnya:

Bawang merah - 4 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 3 cm
serai - 2 batang
daun limau purut - 3 helai
sos cili manis
sos ikan
sos tiram
tomato / mangga muda
cili padi

Cara buatnya :

Tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan serai ( bahan dikisar / dimayangkan dahulu ) sampai naik bau. Selepas itu masukkkan sos cili,sos ikan dan sos tiram (ikut sukatan sendiri ) .apabila kuah agak pekat masukkan daun limau purut dan mangga muda ( diracik dahulu ) dan cili padi ( yang gemar pedas ) dan segera lah tutupka api. jangan bagi masak sangat mangga. dan tuangkan kuah sos di atas ikan siakap yang digoreng tadi.


P/s : Resepi ini hasil bacaan dari Mamasya.blogspot. - cuma ada tambahan sikit2.
         Terima kasih buat suami.semoga murah rezki lagi.Insya Allah

1 comment:

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...