Tuesday, September 11, 2012

Pengurusan Jenazah

Pengalaman pertama Sofea dalam mengikuti pengurusan jenazah kira-kira 3 tahun lepas iaitu mengurus jenazah di kalangan ahli keluarga sendiri. pengalaman ini sedikit sebanyak  untuk penambahan ilmu fardhu kifayah Sofea sendiri. Ialah andai ada kematian dalam keluarga sendiri atau orang luar dapatlah diguna pakai.

Hanya 2 kali pengalaman memandikan jenazah dan baru sekali pengalaman mengapankan jenazah. Sedih kan. Jadi sofea belum cukup mahir dalam pengurusan jenazah ini. Insya Allah sofea nak carik kursus berkaitan. Dulu pernah nak ikut kursus , tetapi sofea pulak baru je selesai melahirkan anak kedua sofea. Jadi tertangguh lagi.

 Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga masih ada kesempatan untuk sofea menjalani kursus pengurusan jenazah dari kalangan orang-orang yang berpengalaman.


gambar hiasan

Bagi mereka-mereka mahu mengikuti pengurusan jenazah, perlulah ada ilmu asas dalam menguruskan jenazah. yang paling ditekankan adalah sifat AMANAH iaitu tidak menceritakan keAIBan si mati kepada sesiapa selain ahli keluarganya sendiri.

Perlu BERANI, kerana setiap jenazah ada yang berbeza. Maka sebab itu, sofea perlu menimba lagi ilmu berkenaan pengurusan jenzah ini. semoga Allah ampunkan kesalahan sofea yang sengaja mahupun tidak sengaja.


Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...