Monday, November 19, 2012

KEDAH,KELANTAN ,TERENGGANU,ICT SHAH ALAM,CYBERJAYA

Sekarang kurang idea lah. banyak dah lupa. selepas naik feri penang tu. kami terus lalu kulim kedah kalau tak silap. sebelum tu singgah kedai runcit beli pampers anak. dan ada sekali singgah R&R. makan tomyam sesudu dua. dah kena lari 100 meter ke toilet. 2 kali lagi tu. parah perut kena tomyam. len kali kena pastikan toiletnya tidak jauh dari gerai. heheh

oklah sepanjang perjalanan nak ke Kelantan. kami lalui perjalanan yang panjang. lebih haru lagi, hujan lebat sesangat. jadi kami buat keputusan cari hotel budget di kedah. lastly kami dapat homestay. RM100.00 semalam. kipas angin je. kalau aircond tambah RM50.00. tapi rumah yang ada aircond dah dibook awal. Alhamdulillah yang penting dah selamat dan dapat berehat.

Paginya kami sarapan di gerai berdekatan. Sofea sempat beli skirt labuh. ganti skirt labuh sofea yang tak tertukar2 tu. heheh. terlupa bawak gantian. sarapan pagi dengan cucur udang, pesembor, mee goreng dan air minuman ikut selera masing-masing. kami terus gerak ke kelantan.

sampai kelantan dalam tengah hari. terus pergi rantau panjang. lepas berlama2an di rantau panjang. kami kena pergi lawat famili angkat abang Dolah. ada 2 buah keluarga angkat dia. lepas selesai melawat famili , kami ke kota bahru. kalau tak silap lah. kami cari hotel. Alhamdulillah. mudah nak cari dan puas hati. sebab luas sangat untuk famili. murah. berdekatan dengan wakaf che yeh. hanya sempat tengok dari luar pasar siti khadijah.

paginya. kemas-kemas. gerak ke terengganu.. cari hotel. so far oklah. jalan-jalan di pantai batu buruk. hujan pulak. jalan-jalan dan makan kat tepi pantai. ada kedai seafood. ok lah.

lepas tu jalan-jalan kat waterfront. dan sebelum balik beli keropok sira tu dan bantal untuk anak-anak.balik tidur.

paginya gerak balik ke cyberjaya. sampai jam 700 malam. jam 0900 malam pergi ICT shah Alam. betul-betul cantik. balik . esok pagi pergi jenjalan kat Jalan TAR. tak dapat berlama2an. sebab flight malam tu jugak. sedih. tak sempat nak beli kain. yang sempat tudung 3 kodi je,. sekodi = 10 helai.


itu je. gambar pun kurang ambik. sebab anak sofea Thaqif tak nak lepas dari tangan. hmm. gambar nanti google search je. boleh lah kan. kalau ada gambar yang bersesuaian akan dikongsi jugak.

# pengajaran untuk akan datang. kena survey dulu hotel budget atau homestay setiap negeri yang di lawati. ambi masa yang panjang bagi setiap negeri. sekurang-kurangnya dapat lah pergi tempta2 yang best.

# sofea happy. dan Alhamdulillah..

# kenangan tak akan dilupakan. setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...