Friday, February 15, 2013

CABUT GIGI LAGIIIII

semalam awal-awal lagi sofea dah terpacak kat depan klinik gigi. sofea pergi Klinik Pergigian Dr Hanipah di perumahan lama atau Kampung Malaysia Jaya. klinik gigi ni kat tingkat 1. sebelum tu nak pergi sarapan dulu,sebelum gigi dicabut. sofea ajak kawan adik. sarapan di Lailatul Cafe sebelah klinik Ibukota Astana. sarapan pagi dengan air nescafe tarik nipis dan mee kolok. kawan adik namanya Raudhah. dia order air milo peng je. ok. sofea menjamu dulu ek. lupa nak snap gambar makanan.

selesai sarapan. pergi klinik gigi. Raudhah kerja di building yang sama. sofea register di kaunter. ada 3 pesakit sebelum sofea. sofea giliran ke-4. kalau ada buat appintment akan didahulukan. sofea tak buat,sebab tak tahu bila nak buat. ni pun sebab gigi tu dah macam hancur sangat. selesai dicabut misi kat kaunter bagi kapas, pil tahan sakit dan gigi yang dicabut ( ni sofea yang minta. nak tanam )










sekarang gigi atas pulak bermasalah. lubang lagi. nanti tampal selepas sakit kena cabut hilang.lepas cabut gigi. rehat sebentar dalam kereta. sebab dah mula rasa kebas dan pening. lepas rehat, pergi pulak ke Klinik Ibukota Astana. Doktor belum sampai. Doktor biasa sampai jam 10.00 pagi.

Sofea pergi klinik nak tanya ubat sesuai sebab kena sengat binatang masa mengael isnin lepas. kembang. mayb racun masih ada. gatal jangan cakaplah. gatal yang menusuk. rasa nak dicucuk-cucuk kaki yang kembang dengan jarum. doktor beri ubat sapu dan pil allergic.


p/s : sempat tanya doktor rashia kurus.nantikan perkongsiannya nanti.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...