Thursday, February 7, 2013

FEBRUARI - MINGGU PERTAMA

Assalamualaikum. nampak gayanya kitak dah nak masuk minggu ke tiga bulan februari.

1.2.2013 Jumaat.
sofea siap-siap dah ambik leave. sebab nak pergi uruskan birthday kereta yang jatuh pertengahan bulan februari. sofea biasa urus renew road tax dan insurans di Jalan Matang. senang nak berurusan dengan orang yang biasa dengan kita. pagi-pagi lagi dah bersiap. sofea jugak siapkan anak-anak. sebab nak bawak pergi klinik. batuk , selesema dan demam belum lagi kebah. suami pun ambik cuti.

selesai breakfast , kami gerak ke jalan matang. ofis bukak dalam jam 0900 pagi rasanya. sofea sudah prepare awal green card kereta, cover notes insurans dan jumlah duit yang diperlukan. selesai urusan . total kena bayar RM 332.00.

lepas tu pergi klinik Ibukota Petra Jaya. sofea suka pergi klinik ini. sebab doktor Dayang dah biasa rawat anak-anak. dan dia pandai ambik hati mereka. yelah. dari bayi lagi sofea selalu refer dengan doktor Dayang. sofea sendiri pun selalu datang sini untuk rawatan.

masa tu banyak patient . dalam 10 orang. dalam pukul 1100 pagi barulah giliran kami. anak-anak kena nap. sebab batuk yang diaorg hidap tu. ada tanda-tanda lelah. anak yang sulung dapat lah dia habiskan setengah ubat nap. cuma anak yang no 2. dia habiskan dengan cara tumpahkan ubat. masa nak nap tu Thaqif nangis dan mengamuk. last-lat tercabut tiub nap tu. settel nap. doktor bagi ubat batuk leleah, buang kahak , demam dan flu.

ingatkan nak pergi makan. tapi, tak jadi. sebab jam dah 1200 tgh hari. suami berebut nak balik rumah. kan solat Jumaat. jadi suami singgah pergi Bombay Cafe di Taman Sukma. beli dan tapau roti canai 10 keping.
sebab Thaqif  dah request nak makan roti.

selesai order kami balik.

selesai suami solat jumaat . sofea dan suami pergi ke Main Bazaar. sofea nak singgah ke kedai kain. Satex namanya. nak beli lining. untuk baju mak. dan terus beli kain untuk my princess Sorfina. lepas tu nak cari tempat makan. hujan tetiba , cuma tak lebat. ingat nak makan di Sia Sineq. rupanya tutup. last-last makan je kat Chillipeppers di Rubber Road. order air tongkat Ali dan mee goreng. suami order air nescafe tarik.

balik rumah. malamnya rutin biasa. kemas bilik dan tidur.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...