anak pertama sofia. kelahiran taklah mudah. sebabnya sofia belum punya pengalaman bersalin. heeeeee...masa sofia kandungkan sorfina ,tak ada alahan...cuma kuat MAKAN, sampai sofia dapat gelaran 'pey mow' , big teddy bear, gergasi...almaklumlah berat sofia sampai 80kg...huh..payah jugak sofia nak turunkan berat badan..sofia namakan anak pertama ni syarifah nurul sorfina.sorfina dilahirkan pada tarikh 8.6.2008...lebih dari due date yg doktor bagi..tapi adalah normal bagi kelahiran pertama...dilahirkan secara normal. berat dalam 3.5 kg..sungguh masa nak bersalin tu sakitnya Allah saja yang tahu...tapi bila anak dah keluar Allahhuakbar...Maha Suci Allah..kebesaran Nyaseluruh alam..
sekarang sorfina dah 2 tahun 5 bulan 1 hari ? jam ? minit ? saat....heheheh
dialah ratu hati kami...( sofia n suami lah )
gemar tengok kartun..upin ipin, tom and jerry...dan paling payah nak tidur malam..kalau nak tidur buat drama swasta dulu...ngeeee
moga Allah melindungi kami sefamili.....
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Monday, May 30, 2011
BAJU MELAYU FOR RAYA
Salam semua.Hari ni sofia nak cerita pasal baju melayu.dari minggu pertama(bulan mei) kelas jahitan yang sofia hadiri,semalam sofia dah berjaya siapkan sepasang baju melayu.lebih-lebih lagi baju melayu yang sofia siapkan adalah untuk suami sofia yang tercinta(for raya ).alhamdulillah.ada hasil tangan sofia.sofia nak ceritakan permulaan kelas jahitan..kelas yang sofia hadiri ni pada setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.kalau yang tidak bekerja kelas akan diadakan pada isnin,rabu dan jumaat.so,sofia ni bekerja.maka kelas pada hujung minggu.hari pertama kelas tu,cikgu akan ajarkan bagaimana nak buat pola baju dan cara betul ambil ukuran baju.sekiranya kita nak buat baju suami.kenalah bawa baju suami yang biasa dia pakai.sofia buat pola..dan gunting pola..setiap pola akan dilekatkan pada kain.ini kerana utk kemudahan ketika proses menggunting kain.
MELUKIS POLA
pada pola yang dilukis terdapat ;
a) badan baju
b) lengan baju
c) pesak
d) keket/kekek
e) kolar baju
f) kocek
g) seluar
MENGGUNTING KAIN
-Kain 4 meter.
-kain di buka panjang secara melintang.
-dilipat 2.kena bijak ketika menggunting.setiap pola yang diatas.
MENJAHIT
1.-jahit pesak dan kekek.
-sambung dengan lengan baju.
-selesai bahagian lengan
2.-badan baju.gunting untuk buat leher/ kolar baju
-kolar baju yang sudah siap dijahit.disambungkan dekat bahagian leher.
-selesai dijahit.jahitkan bahagian kocek dahulu.
-sambungkan bahagian 1 diatas dengan bahagian ini.selesai sudah.
MELUKIS POLA
pada pola yang dilukis terdapat ;
a) badan baju
b) lengan baju
c) pesak
d) keket/kekek
e) kolar baju
f) kocek
g) seluar
MENGGUNTING KAIN
-Kain 4 meter.
-kain di buka panjang secara melintang.
-dilipat 2.kena bijak ketika menggunting.setiap pola yang diatas.
MENJAHIT
1.-jahit pesak dan kekek.
-sambung dengan lengan baju.
-selesai bahagian lengan
2.-badan baju.gunting untuk buat leher/ kolar baju
-kolar baju yang sudah siap dijahit.disambungkan dekat bahagian leher.
-selesai dijahit.jahitkan bahagian kocek dahulu.
-sambungkan bahagian 1 diatas dengan bahagian ini.selesai sudah.
Saturday, May 28, 2011
Belajar dan belajar
masih jugak gagal ni.tadi ok sudah setting untuk "read more" tapi sekarang gagal balik...hmmm..ada sesapa yang pandai tak.mungkin bahgaian edit HTML tu yang salah.ada anyak cikgu dlm ni..masih jugak sofia tak faham..tapi tetap jugak nak cuba
Friday, May 27, 2011
Belajar Setting Blog
Buat 'readmore' for new setting.hampir 24 jam belajar.harapan agar pelajaran ini menampakkan hasilnya.InsyaAllahbelajar dalam google.dan blogger 2..
Monday, May 23, 2011
DOA DARI UMMI BUAT DAIE2 KU
Buat puteri dan putera ummi.ummi minta maaf.ummi banyak buat salah.ummi alpa.ummi cuai.ummi dah buat sedaya upaya.ummi tak kuat.ummi lemah.ummi dah tak ada jalan lagi.cuma yang tinggal hanya doa.ummi mohon pada puteri dan putera ummi.tolong doakan ummi ya.kadang-kadang ummi kecewa,sedih,geram kerana diri ummi ini.ummi selalu tertanya-tanya.kenapa?mengapa?bagaimana?macam mana?ummi nak selesaikannya.ummi dah bauta pelbagai cara nak atasinya.tolonglah ummi ini.ummi betul-betul tertekan.salah ummi jugak.tapi...
Thursday, May 19, 2011
INFO SIHAT - KANAK-KANAK MUNTAH
Muntah
Apa itu muntah?
Muntah adalah apabila sesuatu bahan dalam perut keluar melalui mulut secara spontan. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius.

Apakah jenis-jenis muntah?
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
- Possetting (jeluak) Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
- Reflux (muntah meleleh) Reflux adalah apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja. Keadaan biasa bagi bayi.
- Projectile vomiting (muntah memancut) Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Apakah sebab-sebab muntah?
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
- Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ???stomach flu???
- Keracunan makanan
- Mabuk perjalanan
- Terlebih makan
Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:
- Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
- Kecederaan / hantukan pada otak
- Ketumbuhan dalam otak
- Usus tersumbat
- Jangkitan salur kencing
- Bengkak pada appendiks
- Diabetis ketoacidosis
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penting yang lain?
Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dihidrasi (penyahidratan) berlaku .
Keadaan ini terjadi apabila apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dihidrasi di ketegorikan seperti berikut:
Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dihidrasi (penyahidratan) berlaku .
Keadaan ini terjadi apabila apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dihidrasi di ketegorikan seperti berikut:
Dihidrasi ringan ke sederhana
- Mulut / lidah kering
- Bibir pecah
- Tiada / kurang air mata semasa menangis
- Gelisah
- Tidak membuang air kecil dalam tempoh 4 – 6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut)
- Ubun-uban di kepala bayi menjadi cengkung
Dihidrasi yang teruk
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
- Kulit kering, berkedut
- Tidak bermaya, letih dan tidak aktif
- Enggan makan
- Mata cengkung
- Susah bernafas
- Denyutan nadi lemah dan cepat
- Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk
Tanda-tanda bahaya
Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan yang lebih bahaya
Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan yang lebih bahaya
- Muntah yang memancut terutama pada kanak-kanak berumur kurang satu bulan
- Demam suhu > 38??C
- Muntah yang mengandungi darah
- Muntah cecair berwarna hijau
- Muntah selepas berlaku kecederaan kepada kepala
- Bingung, mengantuk / lali
- Sakit kuat di bahagian perut
- Kembung perut
- Muntah yang berterusan dan sukar untuk makan
Apakah komplikasi akibat muntah?
Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dihidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas. Lain-lain komplikasi termasuk:
Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dihidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas. Lain-lain komplikasi termasuk:
- Organ tidak berfungsi seperti kegagalan fungsi gingal.
- Kecederaan pada kerongkong disebabkan oleh muntah yang berulang
Bagaimana muntah boleh dirawat?
Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dihidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :
Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dihidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :
- Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dalam jumlah yang kecil dan kerap-berikan 2 ke 3 sudu kecil setiap 15 ke 20 minit
- Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
- Jangan beri air kosong atau ORS berperisa
- Jika bayi menyusu susu formula, selepas 6 – 8 jam bayi tidak lagi muntah mulakan menyusu bayi anda.
- Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, susui bayi anda 5 – 10 minit jarak masa setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa
Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun
- Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dengan jumlah yang sadikit dan kerap – berikan 3 sudu teh larutan garam rehaidrasi (ORS) setiap 15 hingga 20 minit
- Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
- Jangan berikan air kosong
- Garam rehaidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan
- Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.
- Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.
Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun
- Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit dan kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 hingga 20 minit
- Garam rehaidrasi (ORS) berperisa atau minuman isotonik tidak berkabonat boleh diberikan.
- Sekiranya anak anda boleh menerima larutan garam rehaidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa. (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
- Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur berikan sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur dan mee).
- Jangan memaksa anak anda makan
- Selepas 24 jam tidak muntah beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.
Perhatian.
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:
- Anak anda muntah secara berterusan dan enggan makan
- Anak anda mempunyai mana-mana tanda bahaya yang dinyatakan
Bolehkah muntah dicegah?
Muntah sukar dicegah sekiranya disebabkan oleh jangkitan atau penyakit-penyakit yang lebih teruk. Tetapi terdapat langkah yang boleh digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan dan jeluak.
Untuk mengurangkan mabuk perjalanan
Muntah sukar dicegah sekiranya disebabkan oleh jangkitan atau penyakit-penyakit yang lebih teruk. Tetapi terdapat langkah yang boleh digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan dan jeluak.
Untuk mengurangkan mabuk perjalanan
- Jangan beri terlalu banyak minuman ringan/berkarbonat dan gula-gula kepada anak anda semasa dalam perjalanan
- Dudukan anak anda didalam kenderan dengan mengadap ke hadapan dan gunakan penghadang pada cermin sisi bagi mengelakkan pandangan keluar.
Untuk mengurangkan jeluak
- Jangan berikan makan terlalu banyak pada setiap kali makan. Hanya berikan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
- Dudukan bayi anda secara menegak dan sendawakannya selama 20 minit selepas setiap kali makan/minum.
- Elakkan menimang bayi atau mendudukan bayi anda ke kerusi bayi selepas makan/minum.
- Apabila menidurkan bayi anda, pastikan kepala bayi berada dikedudukan yang lebih tinggi daripada kakinya.
Friday, April 8, 2011
Deena Blog ( 07042011)
Assalamualaikum dan salam semua...entry kali ini , sofia nak kongsi satu cerita sedih yang berlaku dengan kenalan baru sofia. kenalan maya. Deena blog. Deena yang baru kehilangan bayi perempuannya Yasmin Damia nama puteri nya. meninggal dunia selepas 14 hari bertarung nyawa akibat masalah kesihatan. 1 April tarikh yang mudah untuk diingati.yang bersamaan dengan hari jumaat ( 27 Rabiulakhir 1432 H ).
Untuk pembaca semua doakan agar Deena dan famili tabah dalam menghadapinya.Bagi pihak sofia akan selalu dititipkan Al-Fatihah buat arwah.
Bila sofia membaca tentang kehilangan sofia amat takut.sedangkan sofia membaca entry mengenai kehilangan sofia mudah mengalirkan air mata.emosi terlalu sensitif.inikan pula untuk menghadapinya.Ya Allah akan ada kah kekuatan untukku dalam menghadapi situasi sebegini.sungguh, sofia tidak mampu membayangi keadaan tersebut
Hanya doa yang mampu dipanjat kepadaNya
Untuk pembaca semua doakan agar Deena dan famili tabah dalam menghadapinya.Bagi pihak sofia akan selalu dititipkan Al-Fatihah buat arwah.
Bila sofia membaca tentang kehilangan sofia amat takut.sedangkan sofia membaca entry mengenai kehilangan sofia mudah mengalirkan air mata.emosi terlalu sensitif.inikan pula untuk menghadapinya.Ya Allah akan ada kah kekuatan untukku dalam menghadapi situasi sebegini.sungguh, sofia tidak mampu membayangi keadaan tersebut
Hanya doa yang mampu dipanjat kepadaNya
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...