Friday, July 15, 2011

TERIMA KASIH


Al-hamdulillah.bersyukur ke hadratNya.ucapan.terima kasih buat kak Deena yang sudi tolong touch-upkan blog sofia. nak harapkan sofia..hancus lah wajah blog ni..sofia bukan tak pernah cuba. sofia ikut je step2 yang diberi....tapi.jadinya tidak.lagi haru biru laman blog sofia ni. mungkin sofia kena study banyak lagi cara nak buat laman blog ni.terima kasih kak..terharu dengan kesudian kak deena membanting tangan dalam men 'touchupkan ' laman blog ini..

Monday, July 11, 2011

Kelas Jahitan

Hampir sebulan sofia tak dapat hadirkan diri dalam kelas jahitan.banyak rintangan yang melintang di mana sofia ingin hadir ke kelas jahitan. kalau sofia free,cikgu pulak ada urusan.begitulah sebaliknyaapa-apa pun sofia akan siapkan juga baju-baju untuk hari raya tahun ini.nanti sofia uploadkan gambar-gamabr baju yang sofia siapkan.ok

SYAABAN 1432H

Al-hamdulillah.kini sudah masuk bulan Syaaban.Ada beberapa hari lagi.kita,iaitu muslimin dan muslimat bakal menyambut bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.semoga kita mampu melaksanakan setiap ibadah pada setiap hari dalam bulan ramadhan.bagi yang uzur,ibu-ibu mengandung mahupun masih menyusu bayi.tidaklah digalakkan berpuasa.ini kerna ibadah ini tidaklah memberatkan setiap pengamalnya.

Wednesday, June 8, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUTERI



KEK BIRTHDAY

08062011 - ulangtahun ke-3 untuk anakanda sofia yang sulung.
Syarifah Nurul Sorfina. 3 tahun lalu ummi lahirkan dirimu sekitar jam 2.02 ptg.hari Ahad. hujan lebat. perit nya dalam melahirkan mu amat ummi ingati.

pengalaman mengandung;
disahkan sekitar sebulan di dalam kandungan. ummi paling suka makan yang masam-masam. dan ummi sememangnya teramat berselera selalunya. apa saja yang terhidang akan ummi makan. tp tetap ada kecualinya. ummi kurang gemar makan masakan yang dikari.

pengalaman bersalin;
ummi dijangka bersalin pada 3.6.2008. tapi diberi tempoh selama 10 hari.sekiranya melebihi 10 hari.akan dipaksa bersalin.al-hamdulillah ummi mula rasa sakit pada 6.6.08 .ummi di tahan selama sehari. ini kerana bukaan rahim ummi belum sampai 5 cm.jadi ummi bermalam di hospital.sepanjang malam berada di hospital, ummi tidak dapat melelapkan mata.kerna sakitnya Allah jualah yang tahu. lebih-lebih lagi ,memandangkan ummi belum punya pengalaman bersalin.jam 10 pagi ummi ditempatkan di labour room.nurse dan doktor silih berganti dalam memeriksa kondisi bayi dan ummi.jam 1402 pm ummi akhirnya selamat melahirkan dirimu.Al-hamdulillah..


hadiah kek di beri oleh adik mak mertua sofia(usu)..wajah gembira sorfina.....


dan ummi dan abah mendoakan agar anakanda sentiasa di dalam keredhaan dan keberkatanNya.sorfina next year pergi school k.

Monday, May 30, 2011

DAIE NO 2

thaqif anak kedua...

alhamdulillah sepasang dah anak kami..kekeke...rezki yang Allah berikan...sama jugak pengalaman dalam mengandungkan thaqif. cuma kali ni sofia terlebih suka makan kari..pengalaman paling best dan mungkin kebetulan..sebelum sofia dapat tahu sofia pregnant..yg menghairankan sofia..sofia nak sesangat mkn daging kambing(macam mengidam)...daging kambing bakar..bakar sendiri lagik...sofia pergi beli daging kambing yang fresh..sofia minta tolong adik suami (ain) tolong panggangkan..selesai dipanggang sofia dengan tak sabarnya,sofia ambil sehiris daging dan makan...dan selang sebulan sofia disahkan mengandung..sofia suka makan yang manis2..yang masam2 sofia kurang suka..minuman pun yang jenis air panas dan suam-suam..kurang suka minuman yg sejuk..macam2 lah...
anak kedua sofia,sofia lahirkan pada 29.7.2010 jam 0620 ptg...


pengalaman ;
pada 29.7.10 hari khamis,sofia masih berkursus.kerana kursus yang sofia hadiri dalam 3 hari..jadi hari khamis tu hari terakhir kursus.tapi dari malamnya perut sofia memang memulas dan sakit.cuma tak ada tanda2 nak bersalin.sofia tak lepas baca doa taubat.dan surah2 dan ayat2 yang mudah sofia baca.
nak dijadikan cerita.paginya sofia tetap nak pergi kursus tu.sbb tggl satu hari je lagi nak dptkan sijil.so,sofia pun drive lah sendiri nak pergi kelas tu.tempat kursus tak jauh ,itu sebab sofia gagahkan diri nak pergi jugak.spjg dalam kelas sofia selalu ulangalik pergi toilet.sbb selalu sangat rasa nak buang air kecil.tp tetap tak ada tanda.cuma tu lah perut selalu sakit.tiba waktu lunch,sofia fikir2.nak balik ke tidak.takut jugak nanti beranak dalam kelas.jadi sofia buat keputusan balik lah kerumah dan sofia kemaskan fail dan barang2.apa2 hal nanati ada jugak orang tua tengokkan sofia.sebelum balik tu,sofia capai hajat makan dulu..yelah kan sayang lah makanan yang free tu..walaupun sofia dah mula rasa sakit sesangat....nak duduk berdiri semuanya salah...lepas makan tgh hari dgn tawakal kepada Allah sofia drive pulang kerumah.kawan2 masa kursus tu ada jugak nak tolong hantar.tapi sofia tolak dengan sopan.sbb rumah tak jauh(rumah mertua).insyaAllah dapat drive dan selamat sampai.nak djdkan cerita... famili mertua sofia nak pegi mall..rezki lah jumpa kat simpang..diaorang tanya kenapa balik.sebab 2 hari sebelum tu sofia malas nak balik tengah hari.tapi pada hari tersebut sofia tetiba je balik.sofia cakap sofia sakit perut tp belum ada tanda..so diaorg cancel pg..sampai rumah sofia rileks kejap...lepas tu sofia gagahkan diri tunai solat zuhur...sofia solat cara org sakit..tak mampu dah nak berdiri..sofia solat cara duduk..selesai solat..sofia baring lagi...tarik nafas dalam2..sofia lepas nafas..(dalam hati doa taubat tak lepas)huhuhuhu..sakit ni..sofia keluar bilik..duduk kat ruang tamu..jalan pun sofia dah tak berdaya ..sofia baring kat kerusi pjg..mak mertua srh kol hubby..sofia kol hubby..sofia cakap tgh sakit..hubby tny  perlu x balit..sofia jwb rasanya xperlu lah..sbb belum ada tanda pun..tapi selang 1/2 jam hubby sofia dh dpn rumah...ngeeeee...hubby sofia minum dan makan dulu sbb katanya lapar..then...( sebelum hubby sofia datang adik lelaki hubby datang dulu ) mayb naluri seorg emak...mak mertua sofia sarankan pegilah hospital takut2 nanti beranak..sofia pun fikir jap..ikut lah bkn rugi pun..sofia pun kemas2kan barang yang patut. sofia,suami,anak sulung,adik ipar, mak mertua..kami pun pglah kehospital..parking kat luar..sofia tetap gagahkan diri untuk berjalan. sebab orang tua cakap.berjalan boleh mudahkan kita bersalin..dari tempat parking ke hospita jauh lah jugak...sbb parking dalam kawasan hospital dah penuh..jadi sofia sarankan hubby parking kan kat luar.parking berbayar.hah..nanti sambung lagi...........

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...