Monday, August 27, 2012

LUNCH @ Tok Janggut Cafe

kredit Google
Rancangan nak makan tengah hari dengan suami di Tok Janggut Cafe..tujuan nak makan Nasi Briyani Unta..dah terasa di tekak akan kesedapan daging unta..hehehhe..sebenarnya belum pernah makan unta pun...jadi bergeraklah kami berdua ke Tok Janggut Cafe ( TJC ) yang berada di Chong Lin Park dengan menunggang unta jadian hehehe..KLX je. kalau nak tahu kedai ni betul2 nampak dari jalan besar..kalau tak tahu jugak. jalan nak menuju simpang 3 tau senang nak carik. ada patung buddha besar kat area sana.

Nak dijadikan cerita, keinginan nak merasa daging unta akhirnya amat mendukacitakan selepas tukang ambik order tu cakapmenu tu dah lama tak ada dalam list. yang ada cuma ;

Nasi Briyani Kambing
Nasi Briyani Ayam Madu
Nasi Briyani Ayam Sambal
Nasi Briyani Ayam Goreng

dan macam-macam menu seperti yang tertulis di board yang tergantung di atas dinding..hehehhe

Jadi kami pilih makan ;


Nasi Briyani Ayam Madu

sofea pilih menu ini untuk santapan..sedap ayamnya..nasinya pun boleh tahan. tapi ada cili padi yang tersembunyi. kena hati2 bagi yang tidak tahan pedas.


Nasi Briyani Kambing
Suami pilih menu Nasi Briyani Kambing.


Ice Lemon Tea

minuman Ice Lemon Tea unutk sofea dan Nescafe 0 untuk suami...burppppppppppppppp..kenyang..Alhamdulillah..rezki perut hari ini...








selesai di santap...kurang berselera kata suami sofea..tapi licin habis...maksudnya sedap sesangat lah tu....hoho..insya Allah nanti p lagi

Friday, August 24, 2012

TITIPAN DARI UMMI - SYED THAQIF HASHIM

2 tahun - 29.07.2010

wahai anak ummi, tiada lagu khusus untuk mu sayang. hanya doa ummi dan abah agar dirimu mampu menjadi anak yang soleh. peliharalah solat. kerna dari solat itu kita mampu menjaga keperibadian kita sebagai muslim atau muslimah yang soleh dan solehah.

wahai putera ummi. semoga dirimu membesar sentiasa dalam lindungan ALLAH. senyumanmu manis.tingkah laku mu . adakal kenakalanmu menduga tembok kesabaran ummi. akan tetapi semoga Allah melindungi kita sayangggg...doakan ummi agar sentiasa sihat dan dapat melihatmu membesar...


p/s: unik anak ini..semua org dia panggil dengan ada huruf 'A' di hadapan

TITIPAN DARI UMMI - SYARIFAH NURUL SORFINA

 4 tahun - 08.06.2008

lagu khas buat puteri-puteri Ummi dan semua..............


Puteri Ku Sayang ( Hijjaz )

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


p/s ; doa Ummi sentiasa mengiringi setiap detik nafasmu. peliharalah diri dengan solat dan ilmu Allah..Sayangggggggggggg puteri ummi

Raya 2012 - raya raya raya



Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

Sambutan raya kali ini di rumah keluargaku di Kampung Tupong Tengah ( ikut giliran) Malam Raya dah berada di rumah bapak. Rumah mertua tak jauh. Dalam 15 minit sahaja. Di taman Sukma. Perkara pertama di buat malam raya adalah memasak. Kalau kat rumah bapak, sofea gemar masak ayam masak merah. Di rumah mertua tadi masak ketupat, ayam masak kari dan daging masak lada hitam.

Sofea tumpang masak ketupat dan daging di rumah mertua. hehehehhe...selain dari memasak. kemas rumah serba sedikit. sebab yang lainnya adik yang buat. buat kuih raya adik. sofea cuma buat kek lapis sahaja. untuk keluarga mertua dan keluarga sendiri. cuma sofea mintak tolong adik mak mertua buatkan kuih yang perlu di kukus.

Apa lagi ya. masa malam raya dan pagi raya? . hmmmm selain memasak dan mengemas pada malam raya. itu sahaja yang sofea rasalah. pagi raya nya pulak, selepas solat sunat hari raya. sesi salam dan bermaafan antara bapak,emak dan adik-beradik. sofea dahulukan salam bermaafan dengan suami tercinta.

Selepas selasai bersalaman, kami ke rumah nenek lelaki. bapa kepada bapa sofea. dan bersalaman dengan sanak saudara. rumah mok ( panggillan untuk mak cik ) , usu dan ahli keluarga lainnya. selpas itu barulah kami sefamili bergerak ke rumah mertua.

seperti di rumah bapak sofea jugak. sesi salam bermaafan dan makan. hehehhe...sedihnya raya kali ini tak ada kamera nak ambik gambar di tupong. dan doaku belum lagi dimakbulkan. Ya Allah , ujian MU menandakan yang Engkau menyayangiku . semoga Syawal akan adatang akan ada sinar cahaya itu..harapanku tinggi menggunung.....

Majlis Nikah Kahwen - Ustaz Don Daniyal dan Husna

kredit dari Beautifulnara
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsungnya majlis akad nikah antara ustaz Don dan pasangannya Husna kalau tak silap pagi tadi. Tahniah ustaz dan isteri. Semoga tabah menempuhi kehidupan berumahtangga. Selamat Pengantin baru kami sekeluarga ucapkan.




p/s : kredit dari beautifulnara. mohon share dan pada semua. :-)

Thursday, August 16, 2012

Mencuci..mencuci ..mencuci

malam tadi sebelum nak memulakan baking kek lapis malam ni, sofea mencuci peti sejuk ..heheh..itu pun sofea nak cerita jugak eh..itulah sofea tak tahu nak letak entry apa..itu je yang ada dalam kotak idea sofea sekarang. duduk kat ofis ketika menjelang raya ni ( sorang2 lagi tu ) sedih..pasang lagu raya kuat2..heheheh

nak ceritakan lagi..sebab cuci peti sejuk ni penting. nanti nak letak kek lapis yang dah dibuat..tak lah pening kepala bila kek dah siap. baru nak mencuci peti sejuk kan..heheheh..memandangkan aktiviti mengookies masih di berhenti sementara waktu.

google
beginilah rupa dan keadaan peti sejuk yang dah dibersihkan..huhu penat jugak..ditambah lagi aktiviti menge ' check ' ubat2 anak. takut2 nanti dah expired..hehehhe...

Menngookies lagi ' Cornflakes Madu '

Semalam sofea dengan rasa jitu nya buat lah sedikit cornflakes madu unutk santapan tetamu berhari raya nanti. Nak buat cornflakes madu ni mudah sesangat. cuma kena sikit rajin nak mengisi di dalam kertas biskut dan membakar nya tidak perlu lama. Alhamdulillah hasil yang memuaskan.

Bahan yang perlu kita sediakan

ehsan google
sofea buat dalam 500 gm cornflakes. sofea ramas-ramas cornflakes agar mudah nak di isi dalam kertas biskut.

gula kasar / halus
sukatan gula yang sofea guna adalah dalam 1/2 gelas je..jangan banyak sangat nanti manis


madu

madu 5 sudu makan..jangan banyak sangat nanti cornflakes mengeras.


google - kertas biskut

kertas ni ikut banyak kita buat. beli banyak pun tak apa. boleh disimpan.

google - mentega

mentega - sofea guna dalam 2 gelas. kira2 dalam 200 gm. jangan banyak sangat nanti berminyak.

Cara - cara nak buat ;

sediakan kuali. masukkan mentega. biarkan mentega cair. selepas itu masukkan gula. masukkan cornflakes. kacau sebati dan seterusnya masukkan madu. selepas itu padam kan api. masukkan cornflakes tadi di dalam mangkuk besar. dan sudukan ke dalam kertas biskut..senang kan..kalau nak kreatif hiaskan dengan manisan warna warni atau coklat rice / chips. bakar sekejap je..

hasilnya

sofea - cornfllakes sebelum di bakar

sofea - selepas dibakar dan dibotol terus

sekiannnnn..selamat mencuba. kalau nak komen ..tinggalkan jejak ye..selamat hari raya

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...