Friday, October 5, 2012

Mood - sedih





salam jumaat semuaa..sofea sedih lah..sedih sesangat..nangis lah jawabnya. dah cuba pujuk diri. muhasabah diri.

apa yang boleh sofea buat. sofea dah selidik. dah bedah siasat pun. nampak gayanya. kena jugak buat perubahan. nak slow- slow ke. nak mendadak terus. kena fikir lagi.ambil masa tu.

-
-
-
-
mooddddddddddddddddddyyyyyyyyyyyyyyyyy
-
-
-
-sedihhhhhhhhhhhhhhhhhh wooooooooooooooooo
-
-
-
menangis lagi..ya Allah sedih nya aku.
-
-
-
Ya Allah pimpin hati kecil ini.
-
-
-

Thursday, October 4, 2012

diam

pelik kan. bila terjadi sesuatu. sikap sofea lebih suka mendiamkan diri. atau itu hanya perasaan sofea sahaja. tak pasti lah kalau orang sekeliling yang rapat dengan sofea.

bagi sofea diam tu ada baiknya..sekurang-kurangya dapat jugak muhasabah diri..kalau tak mampu buat lah bising..tapi malaslah..diam lebih baik..kalau bising orang dengar..kalau diam Allah yang mendengar keluhan kita..

sofea ni kalau bising kalah burung murai..tapi bahaya kan..sofea ni bukan pandai diam pun..tapi kalau dah diam seribu bahasa..susah jugak..bila banyak kali orang tanya. " kenape?'

hmmmmmmmmmmmmmmmm

-
-
-
-
-
-
diam lebih baik..hanya ALLAH tempatku paling sesuai untuk mengadu.
-
-
-
-
-
kalau xmampu sofea menangis lah....sepuas-puas hati....


pembantu ketika berpantang

sekarang susah kan nak cari bidan dan pembantu waktu berpantang.lagi-lagi jaga bayi kita. masa sofea bersalin anak pertama dan kedua, kesian jugak dengan mak..kena jaga sofea dan bayi. banyak kerja nak kena buat. cuci baju, memasak dan jaga bayi.

pembantu unutk orang yang tengah pantang ni , nak kena ada ilmu. melalui cerita emak mertua sofea. awal2 pagi lagi nak kena pergi rumah pelanggan. sediakan makanan untuk ibunya..mandi kan bayi..kemas bayi..lepas tu macam lah.

pagi/petang

untuk mak bayi

sediakan air mandian
masak untuk sarapan/tengah hari/petang
berurut
bertapal
berpilis
bertungku

untuk bayi

mandikan bayi
tapal bayi
kena cuci pusat nya
dan macam2 lah

kalau sofea pregnant lagi..mak memang sofea perlukan.lepas tu kena cari pembantu untuk kerja mencuci je..insya Allah..

kat area kuching tak pasti ada ke tak..sofea dah ada list..insyaAllah


tidur

sofea ni asala ada peluang je tidur..tak ada pelunag pun tidur..sakit kan macam ni..hmmm..masa dul2 tak juga sofea ni penidur..dapat jugak berjaga malam..lepas kawen..cepat letih dan tidur..kalau tak letih pun memang kerja tiudrrrrrrrrr je.

-
-
-
-
-
-
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

-
-
-
-
-
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

sampai kan hati ini susah..harap2 dirumah sendiri nanti penyakit ni hilang..jangan pulak sofea jadi susah tidur..

di rumah tidur
di ofis tidur drive pun sempat tidur...

ngantuk sesangat..........doaku agar hilang lah sedikit ..

majlis nikah kahwin adik

28 september 2012 yang lalu..selesai untuk upacara majlis akad nikah adikku ...namun hatiku sedih sebab di hari yang sama aku kena penuhi temujanji di Hospital Umum Sarawak. temujanji MRI jam 1000 pagi. cerita MRI sofea cerita kemudian k.

Majlis akad nikah di buat dekat Majlis Islam Sarawak..masa pergi hantar pengantin tu, sofea ingatkan dekat bangunan yang sama masa sofea akad nikah dulu. rupanya dah tukar tempat. kalau tak silap bangunan lama mahkamah syariah  tempat bersebelahan bank negara..

semasa majlis tu berlangsung sofea dah di hospital. jadi tidak berkesempatan nak tengok majlis nya..Alhamdulillah dari apa yang adik bagitau..sekali je akad nikah di buat. Tahniah dik..sekarang status dah bertukar. semoga selamat semuanya..selepas majlis tu , pergi makan-makan kat Buhari Cafe di Satok. dah 3 anak bapak kawen..mesti makan kat Buhari selepas majlis akad nikah...nasib baik lah ..sofea sempat join. sebab MRI tu sejam je.

lepas tu balik ke rumah..bertungkus lumus untuk sediakan makanan untuk tetamu yang datang membantu bagi majlis seterusnya.

hari jumaat majlis akad nikah - selesai

sabtu - majlis belulut di buat pada malam hari..selesai solat isyak..pengantin peraga 2 baju..aka feseyen showlah.. fotographer yang ambik gambar ..heheheh. ada 2 jenis pakaian je..pakaian jepun dan jawa..ok semuanya selamat.

ahad - majlis bersanding ..pepagi lagi BF sofea ,Liza datang..yelah dia temankan sofea dan adik..dan ada lagi seorang kawannya Alin. kami gerak ke rumah mak andam dalam jam 0630 pagi. sebelum tu singgah sarapan dulu..pengantin lelaki gerak kemudian.

rumah mak andam dekat demak..nanti sofea cerita pasal mak andam k. sofea ambil kesempatan nak berhias jugak..sebab sofea ni tak reti nak make-up2 ni..caj nanti sofea cerita entry lain..

lepas semua selesai..kami gerak ke rumah pengantin dalam jam 1015 pagi. pengantin lelaki dan pengantin perempuan satu kereta..suami sofea yang jadi pengapit dan driver ..

bersanding dengan 2 pakaian..majlis makan nasi temuan. dan out door di Bukit Siol ....ok selesai....

suai padan - fesyen muslimah

bersambung pasal ' tak patut tak patut "...asalnye malas nak ambik kira fesyen memesyen ni..tapi bila dipikir beratus kali..kena jugak ubah penampilan..yang penting tutup aurat dan sofea selesa. kena ubah ni..dari hujung rambut sampai hujung kaki..ade sesape ke readers yang sudi bagi tunjuk ajar.hehehhe
-
-
-
-
-
-
-

oklah cerita pasal fesyen-memesyen ni. bagi diri sofea, macam tak layak lah. fesyen sendiri pun tunggang langgan .( malu lah) sebabye sofea ni pakai apa yang ada dalam almari tu..lagi2 sofea ni cerewet sedikit bab nak pilih baju..takut tak sesuai lah.... sofea amat pentingkan pakaian yang menutup aurat. tak kiralah pakai seluar ke , skirt labuh ke, dress ke..yang penting menutup aurat. ye lah kekadang yang berpakaian menutup aurat tu banyak. tapi banyak jugak yang fail. baju dah cantik pajang labuh , silapnya pulak pada lengan baju yang tergantung. belum lagi baju tu fittttt sesangat kat tubuh.

tak sesuey le dengan yang bertudung ni..niat dah baik dah..cuma lakunya je belum cukup baik. sofea ni taklah perfect sangat. sebab koleksi pakaian sofea pun masih yang lelama dulu..zaman muda mudi dulu..

dulu sofea pakai t-shirt. lepas tu bila pikir balik.lengan kan aurat. jadi tukar le ke baju t-shirt lengan panjang. ada lagi silap nye..masa tu baju t-shirt lengan je panjang..tapi labuh baju setakat atas punggung je..tak sedap lah nak memakainye..jadi sekarang banyak pilihan..nak longgar ade..nak ketat ade..asalkan pandai pilih je..

sofea suka pakai seluar jean dan seluar slack. kalau bab seluar sofea suka pakai straight cut punye..pernah jugak beli yang bottom cut..macam sik selesa je..jadi sedekah je dengan sudi memakainye..

sofea suka pakai dress yang ada lengan panjang terus..kalau yang bertali halus tu..malas nak carik cardigan bagai or baju inner tu..sofea macam takselesa lah..itu sofea lah..kalau org lain itu selera diorang..

ok lah matatengokatassambilgigitpen...

turun kerja gemar pakai baju kurung..-------koleksi berjeman dah...---kena asing baju baru dan lama- tindakan baju lama sedekah dengan orang - baju baru bahagi 2 --untuk kerja dan kenduri kendara

ada baju jubah..nampak macam besar pakai..boleh pakai - nak buat baju jubah fesyen nanti --

baju muslimah ada hijau , coklat, ungu...itu je..yang kaler palin lah..yang corak ungu , hijau dan hitam - baju ni nak kena iron dulu..kalu tak nampak sangat kerenyukan kainnya..

seluar jeans ada 3 pasang

seluar slack ada 3 pasang

hmmmtudung bawal banyak..tapi sifat M nak iron tu yang rajin pakai tudung pasang siap...hehehhe..

soooo kesimpulannya kalau nak dipanggil adik or kakak..kena ubah sifat M ke sifat R..dan kena suai padankan kaler baju dan kaler tudung...jangan wana warni di tubuh badan,,cukup lah ada 2 kaler.....tudung kalau boleh jangan yang bercorak..kalau nak bercorakk..baju kena padan....


hehehhe..cukup unutk kali ini..sampai jumpa lagi unutk sesi fesyen memesyen,,,

Tak patut dan memang tak patut

kali ni sofea dah hilang idea nak menulis dalam blog ni. tapi masa sofea nak buat kerja luar. adalah sedikit cerita yang mmg tak patut lah berlaku dengan diri sofea ni..hahahah...

berkisar tentang diri sofea jugak. yelah kan. dari zaman muda mudi dulu hingga dah jadi bini org ditambah lagi dah ada 2 anak ni. masih jugak dengan gaya fesyen yang jauhhhhhh dari trend zaman sekarang. bukan ape sofea ni malas lah nak mengesep2 ni...turun kerja balik kerja...paling2 pun sofea bedakkan muka je..tak adelah nak pasang maskara,pasang gincu tebal2..nak buat macam tu rasanya tak patut sangat. sebab kerja sofea 8 jam dalam ofis yang sejuk mengalahkan kutub utara lagi...ditambah lagi..staf bukanny byk punggg...ada dalam 5 org je..kat tingkat bawah pula..yang kerja luar tu byk lah...

cerita nye begini...malu pulak nak cerita..( heheheh) .rasanya sofea kena buat perubahan sedikit lah..tapi banyak pun tak ape..untuk diri sendiri jugak. kan..yelah yang kene nya diri sofea.. eh mellalut pulak sofea ni...

sofea dah banyak kali dipanggilll ' MAKCIK' di kalangan org tua lagi tu...sadis ni...ikut gaya macam nampak tua dari mereka2 tu..sampai sanggup mereka panggil sofea ni makcik..

tak boleh jadi ni..sofea kena ubah sikit penampilan...tak pun kena ikut ternd sekarang..yang penting tidak melanggar syariat agama dalam berpakaian..

rasa-rasa korang warna pakaian pun kena dititikberta kan kan...rasanya kaler baju tulah penyebabnya...gaya tudung rasanya tak jugak..tpai ada lah yang kurengggggg sesuey dengan sofea ni..yelah ..sofea kalau malas main bantai je ambik tdg dalam almari baju...kalau ada masa sofea uploadkan gambar koleksi pakaian dan tudung sofea..

kalau lah pereka2 negok koleksi tu..rasanay 100% diorg setuju sebab dan asbab sofea selalu dipanggil " MOKCIK"....sedihnyaaaaa

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...