Wednesday, January 9, 2013

SENYUM PHOTOGRAFY - JURUKAMERA




senyum Photograph

Hari ini, sofea nak share sedikit pasal khidmat jurukamera sekitar kuching amnya. lebih-lebih lagi sekitar Bandar Baru Samariang. Sofea dah snap photo kad atas tu, rasanya tak clear lah. jadi sofea taip sekali lagi kat bawah ni. buat bacaan dan buat sesiapa yang berminat nak guna perkhidmatan cameraman.

Boleh hubungi beliau seperti di bawah ;

Senyum Photography

Cikgu Joe
tel no : 0128818109
email : senyumphotography@gmail.com
fecebook : Senyumphotography
Alamat : no 752 , lot 7474
             lorong cahaya damai 7b3c1
             Taman One Puteri
             Bandar Baru Samariang 93050
             Petra Jaya kuching Sarawak


Specialised in :

wedding photo
familiy photo
birthday events photo
corporate events
private functions



Quotation untuk pakej-pakej menarik boleh hubungi beliau. Dijamin memuaskan hati pelanggan.
jangan malu-malu ya...

:-)


Thursday, January 3, 2013

1 JANUARI 2013 - SELAMAT HARI LAHIR



Nor Atikah

Selamat Hari Lahir ------ Nor Atikah ke -16

Adik,
semoga dipanjangkan umur
dimurahkan Allah rezeki
dipermudahkan segala urusanmu
ditetapkan iman di hatimu

Adik,
buangkan sikap yang merugikan diri
belajarlah menghargai apa yang berada disekeliling
jangan jangan jangan mudah mencuba

Adik,
bersedialah dari sekarang
unutk menghadapi ujian besar masa depan
walaupun ianya bukan pengukur kejayaan kehidupan
tetapi sekurang-kurangnya ianya permulaan masa depan.

Adik,
tegaklah agama dengan mengerjakan solat fardhu
berpuasalah
mengajilah kerna Al-Quran itu rujukan kita
jangan lalai jangan alpa..


Doa ku agar kau berjaya dunia dan akhirat. patuhilah orang tua...ingatttt 

MADAH SUMAYYAH -----SUAMIKU


~~Madah Sumayyah~~

Suamiku.....
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur....
Cinta kita bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu....
Kerna kini kau seorang Mujahid
yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang Mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya......
bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti rehdanya Siti Hajar
Waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah
Selalu derita
Kerana Syurga itu menagih ujian berat
Sedang neraka itu
dipagari ribuan nikmat


Nukilan:~Pahrol Mohamed Juoi~

PESANAN , INGATAN UNTUK DIRI


6 PESANAN BUAT DIRIKU, AMAL & SAMPAIKAN


1.Solat di awal waktu & galakkan mahram solat di mana azan di azankan.

2.Istiqomah membaca Al-Quran & zikir

3.Istiqomah Takleem & Taklum

4.Mendidik anak mengikut agama & secara sunnah

5.Hidup secara sederhana

6.Menggalakkan suami & mahram keluar bermujahadah di jalan Allah SWT (Tabligh)



kredit : Ukhti Marina Ali

DOA UNTUK DAIE-DAIEKU


~DOA SEORANG IBU BUAT DAIE2KU`~



SYED THAQIF HASHIM


SYARIFAH NURUL SORFINA


Anak-anak ummi....

dengarlah kata hati Ummi kepada Rabb yang menguasai semesta alam,yang menitipkan amanah untuk Ummi galasi dengan penuh tanggungjawab,pengharapan dan ketakutan....kepada Dia yang satu....moga Umii sentiasa diberi kekuatan dalam mendidik kamu semua,Ummi juga punyai kelemahan kerana yang Maha Sempurna ada disana....maka Ummi pohonkan kesempurnaan dariNya....untuk Ummi semai,bajai,dan sirami kehidupan kamu semua dengan ketakwaan agar kamu semua akan menjadi Daie-daie yang berjiwa Murabbi....dunia dan akhirat.Amin!


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)


kredit : Ukhti Marina Ali

BUATMU SUAMI


Dari Sinar Mata ( BumiPutra Rockers / BPR )

Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu

JANUARI 2013

to readers and stalkers....wacehhh...speaking london weyyyy...betul ke idok nye ejaan tu. hahahah..hantamkeromo jelah nyooo....

hari ni no idea. jadi kalau cerita ditaiptaip ni melintang pukang. baca lah ye.

hari pertama kerja di tahun baru 2013 dah kena serang gastrik. nasib baik turun lambat ke ofis. hantar anak pergi school. lepas hantar. ingat nak tggu kejap. mana tahu anak buat olah. tapi syukur tak. tapi ummi nya ni yang buat olah..sakit ulu hati. dan tetiba cirit birit pulak. naya lah. terus start enjin keta.balik rumah. nasib rumah tak jauh dari tadika. fuhhhhh..nasib lah sofea sempat ke toilet.

cerita sakit perut, sakit ulu hati , pening dan macam-macam lah. nak cerita pulak masa nak balik kerja. tetiba sakit belakang menyerang. udahlah tengah drive. dengan jammed nya lagi. lagilagi kalau kat jalan penrissen kat batu 8 , kalau masa balik dari jam 0500 ptg ke 0700 ptg..dengan berserah kepada Ilahi..sofea berdoa dalam tangis agar selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai lah di rumah.

dah sampai rumah, kesian lah pulak kat Thaqif. biasa budak hensem ni akan minta dukung sekejap. tapi , maaf ya anak ummi. ummi perlukan tilam. ummi nak baring . sebab dari pinggang ke bawah. dah terasa keradangan nya...masuk bilik , simpan beg dan terus baringkan diri.

menangisssss daku menahan kesakitan ya amat..Allah saja mngetahuinya...minta tolong Sorfina ambilkan air suam untuk sofea minum serta makan ubat. Alhamdulillah legalah sikit. lupa lah nama ubat. nanti sofea mentionkan. ubat tahan sakit 200mg...so far ok after mkn ubat tahan sakit...

lepas tu solat maghrib dan isyak. dan nonton tv .atau tv yang nonton sofea..hikhikhikhik....biasa tuuuu...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...