Monday, August 19, 2013

CERITA SYAWAL 2013 vers 1.1




sorfina dan abang-abang saudara


kezen-mazen
 cerianya ko kat sini ye thaqif. bila ajak bergambar famili. ko buat drama air mata. sedih....


semua

kami


CERITA SYAWAL 2013 vers 1.0


Hari ni hari ke-12 syawal. sofea baru je ada kesempatan nak mengupdatekan blog ni. minggu lepas ambik leave lagi. ye lah..join hubby. husband sofea cuti rabu hingga jumaat. raya ke-5 dan ke-6 , sofea dan hubby kerja.

Malam Raya ;

malam rayanya. sofea kat rumah parents di Tupong. bantu serba sedikit mak. sebab adik masih dalam pantang. adik bingsu pulak. ambik job kemas ruang tamu. sofea ambik job bahagian dapur. memasak dan kemas mengemas. itu pun dah tak larat.

sofea buat ayam masak merah. emak masak daging. itupun sofea betul-beetul penat. dari jam 2 petang sofea mula kan kerja. kupas bawang , halia , lengkuas. blender semua bahan. ayam nak potong. daging nak kena hiris. wuuaaaa..penat.

anak-anak , sofea bawak sekali. suami tak ikut. dia tolong rumah sukma. menjelang tengah malam. sofea baru dapat balik. itu pun ada tragedi menangis...heheheh

Raya ;

hari pertama.

paginya mandi. kemas anak-anak. baju suami. suami pergi solat sunat raya. sofea takkk. sedih nye..tak pelah. insya Allah adalh kesempatan nanti.  lepas habis solat tu. sofea kemas diri. dan sesi bermaafan suami isteri. privacy. heheheh. sofea ni sendu orang nya. cenge...

"wahai suami, ampunkan salah-silapku. halalkan makan minum ku. "

lepas tu. bila semua dah ready. baru sesi bermaafan antara suami dan adik-beradiknya dengan ibubapa diorang.

suami anak sulung. adik-beradik 8 orang. 5 perempuan 3 lelaki. ramai kan adik-beradik suami. semua ada. cucu mertua dah 8 orang semuanya. 4 lelaki 4 perempuan. 080813. no. 8. very lucky .

lepas sesei bermaafan.
makan-makan. selesai makan. sofea nak gerak pulak ke rumah parents sofea. tetapi ada tetamu. kena tunggu dulu. dalam jam 11 pagi. barulah gerak. mak dan bapak dah kat rumah nenek. kiranya bermaafan kan rumah nenek lah. nenek tak sihat. baru keluar dari hospital.

makan-makan. ziarah rumah usu, anjang dan adik nenek.

balik rumah. terus terbongkang. hehehe..kakak ipar datang dengan anaknya. suaminya tak dapat balik raya. tak ada cuti.






Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013 / 1434H





Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

tak lama lagi raya menjelang tiba. 080813. semoga amalan - amalan kita sepanjang ramadhan yang lepas Allah terima.

jemputlah ke rumah. hehehhe

Friday, August 2, 2013

"SLEEPING BEAUTY" = PENIDOR VS SAKIT



sofea ni spesis . senang tidur kot. letak je kepala kat bantal. or landing mana-mana. konfem senang je nak melelap mata. sofea tak tahu. kenapa dan mengapa? masa zaman-zaman study kat poli dulu. sukarnya mata ni tidur. dipujuk dirayu. memang payah nak tidur.

bila dah bersuami. lagi-lagi dah ada anak. kuat tidur. pernah jugak sofea refer kat doktor. doktor cakap. stamina kurang.

bila sofea fikir-fikir balik. mungkin ada betulnya. sebab. zaman study dulu. sofea gemar bersukan. beriadah. dah kahwin. semua aktiviti riadah. sofea tinggal terussss..jogging..dah langsung tak buat. yang sofea buat. tidur malam. bangun pagi. turun kerja. kerja. balik kerja. anak-anak macam biasalah. dah besar . agak kuranglah cara penjagaannya.

kena ubahkah gaya hidup. sofea ada fikir jugak. kerja-kerja dalam rumah. seperti mengemas rumah tu pun boleh bagi keluar peluh. tetapi....hehehe..ada tapinya. bilalah sofea nak buat. kekadang sofea ikut mood jugak.

alasan paling kuat. sofea masih dilanda rasa malas. wuuuuuaaaaaaaaaaaaaaa...tensi mak tau....

harap-harap sofea boleh buat aktiviti riadah kelak. harapharaplah...

bila sakit pulak. makinlah sofea tidor. tapi kan. sofea dalam tidor boleh pulak berfikir itu ini. hmmmmmm..


GASTRIK LAGIIIII..............



Di mana silapnya? sakit gastrik sofea datang kembali. sebelum ni, sepanjang ramdahan. sofea jaga masa pemakanan. jenis makanan. tapi last2 malam tadi kena gastrik balik.

Ya Allah pedih tau. sakit ulu hati. sakit gastrik ketika hamil. memang agak sukar sikit. baring salah. duduk salah. last-last kena jugak telah ubat. minum air suam. pagi tadi masih terasa sakitnya. sofea sapu minyak jerslin. sofea minum air zamzam. sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sakit.

hari ni last kerja. minggu depan. minggu raya. jadi , sofea dah apply cuti. sakit-sakit macam ni . malam tadi plan nak buat biskut cornflakes madu. tapi, tak dapat nak buat. sabar je lah..


selamat hari raya yang bakal menjelma

Thursday, August 1, 2013

Petua Menghilangkan Sakit Kepala Menurut Islam



Petua Menghilangkan Sakit Kepala Menurut Islam

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)




7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)



NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

sofea dapat info ni dari search google. tak ingat blog mana. so far dah dijadikan amalan. dan sofea buat air doa lagi buat minum dan sapu kepala yang sakit.

SEKADAR NAK KONGSI





sesaje nak kongsi. sofea baca dari blog moon tadi.

sofea jadikan renungan untuk diri sendiri...

penat memang penat. yelah. sapa tak penat. kerja kat luar. balik rumah . sambung kat rumah lagi.waima lah sofea taklah perlu memasak bagai. cuma nak mengurus masa tu yang payah nya. lelagi lah sofea sekarang musim MALAS melanda.

makin naik minggu kehamilan. malas dan cepat letih. silih berganti lariannya. kekadang terfikir jugak. napa malas sangat nih...huhu. tu lah. nasib baik masih tinggal serumah dengan mertua dan ipar. kalau tak . nasib sangatlah rumah. jadi " rebak anyut".

Al-kisahnya aku ;

memasak pun tidak. kekadang je...
mengemas apatah lagi.
mengemas bilik. hadoiiii.
melipat kain baju. ambil masa sesangat. tolonglah binimu ini. nasib baik adik ipar tolong cucikan dan jemurkan.
anak-anak. tak pernah awal tidornya. sofea ni cepat lelap. entah , makin menjadi penidor.!!!!
nak jugak telan kopi kasi kaw2. tapi mata tetap gak melelapnya.

selera masih jugak tingtong
kepala banyak pening dan angin. hari tu mintak tolong adik ipar. tarik rambut kasi buang angin. Alhamdulillah. adalah lega sikit. tapi tak boleh amal sangat. nanti jadi ketagih. sebab sedap je dia urut kepala. hehehheheh....
jadi sofea cari inisiatf lain. cari cara nak kurangkan atau nak sembuhkan terus sakit kepala yang menggila ini.nanti sofea share ok.

oklah. ramadahan pun dah dipenghujung. semoga Ramadhan kita kali ini. lebih baik dari tahun sebelumnya.

......hutang sebulan .....bila nak bayar????????

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...