Wednesday, April 23, 2014

KEMBALI LAGIIIIIIII.......................



Assalamualaikum.lamanya tak update blog. sejak ada baby Jannah dan cuti 3 bulan ni. nak mengupdatekan blog amat payah. bukan tak nak. tapi keterbatasan waktu. Al-maklumlah dah kembali dengan anak kecil. 4 tahun beza baby Jannah dengan si abang.

Alhamdulillah. hari ni nak mula bercelotehlah. memandangkan sekarang dah balik kerja. tapi itupun ganti kawan sekerja. kawan pergi holiday trip. kena ganti 6 hari. memula tu , sofea malas nak turun kerja. ganti beliau. tapi bila fikir-fikir balik. kalau sofea tak test baby Jannah. nanti kelam kelibut pulak.

so, dah hampir 5 kali turun kerja. baby jannah ok. cuma tu lah. tercari-cari jugak dia dengan umminya. ye lah. sofea ni waima dah anak 3. inilah first time sofea berpeluang susukan anak. susu badan. yang ni kita cerita len kali k.

hari ni..kiranya hari ke 5 sofea dah turun kerja. esok last. kawan balik kerja jumaat ni. sofea pulak sambung balik cuti bersalin yang masih berbaki tu.

banyak benda sofea nak celotehkan nanti. itupun sofea tercari-cari jugak tajuk hit nya. ye lah. lama dah tak menulis aka menaip ni. kalau boleh biarlah yang boleh bagi hit my blog. teringin jugak sofea macam blogger-blogger lain.

nanti sofea akan celoteh pasal baby jannah , set bersalin , suka-duka kehamilan ,suka-duka bersalin , suka-duka tempoh berpantang. pengalaman pertama menyusu bayi.

tunggu sofea dah ready nak menaip lah ye. esok kot permulaan nya. hari ni sofea nak test je. sekarang ni otak lembab sikit. asyik teringat kat baby Jannah je...heheheh...bau baby sedap kan. itulah penghuni syurga...


Tuesday, March 11, 2014

10.02.2014 hingga 10.03.2014

Alhamdulillah....

dah 30 hari kami. sofea pulak tinggal 15 hari lagi tempoh berpantang. apa-apa hal nanti update lagi

Thursday, January 30, 2014

NAK CERITA APA YA



sekarang ni duduk dalam ofis. melangok seorang diri. yang lain dah siap-siap bercuti panjang. sempena CNY. colic kan cina. so, bagi peluang beliau prepare for makan besar malam ni. rasanya lah. sebab banyak kedai-kedai dah tutup dan buka setengah hari je.

hari ni asyik ke toilet je. sakit perut. bimbang jugak ni. sudah lah sensorang. harap2 tak ada papa lah. hmmmm...perut lapar lagi..tadi pagi makan mee goreng dan teh 0. dekat aroma kitchen. sama dengan hubby. after hubby clock in. kena hantar sofea pergi ofis. sofea tak larat nak drive dah.

lunch pulak makan nasi lemak. beli dekat gerai tepi jalan tu..beli kuih rm2. boleh lah buat alas perut nanti. malam tadi kiranya nak pergi makan di hawa steambot kat jalan astana. tapi, cancel. sebab satu kepala caj RM 20.00. tak pe lah. nanti da rezeki boleh pergi. masa ni banyak nak pakai duit. so, decide makan di kubah je. ajak adik sefamili. mak. adik bongsu . dan anak buah.

tu je kot cerita hari ni. pening kepala. perut sakit. lapar lagi...ALLAHUAKBAR....

esok cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

BAKAL CUTI 3 BULAN


wah. dah lama tak update blog ni. sofea sekarang tengah menunggu masa. masa nak bersalin. dah mula ada rasa sakit diperut. baby nak "turun". semoga semuanya Allah permudahkan. dalam bulan jan ni. dah 3 kali kena kontraksi palsu. baby tak cukup gerak dalam tempoh 12 jam. sakit perut macam nak beranak. pergi speta. ctg..ve..belum lagi kata doc. tak apa lah. baby masih seronok nak duduk dalam perut umminya.

esok 31.1.2014 public holiday. sempena CNY. gong xi fa cai for chinese people. mintak ang pow looo....heheheh.

cuti panjang dari 31.1.2014 hingga 3.2.2014. tapi sofea ambik leave . mayb. dah tak larat nak duduk melangok dalam ofis..sensorang lagi tu..takut terberanak di ofis. kan ke harubiru hidup sofea kelak..heheh. insha Allah. semoga sofea selamat bersalin dalam tempoh terdekat ni. so, selamatlah cuti tahunan sofea...ekkekekek..

cuti bersalin. sofea ambik 90 hari. maksudnya 3 bulan. nampak macam lama. tapi, tengoklah kelak. kejap je rasa nya. kena turun kerja lagi.

Monday, January 13, 2014

SETIAP ORANG BERBEZA



yap..setiap insan berbeza...

watak dan perwatakan. paras rupa. ideologi.akal fikiran. nafsu serakah. selera makan. dan macam-macam. sofea kena positif dalam semua hal. kena jugak. sebab sofea kekadang berfikir ikut satu sudut atau banyak sudut. pendapat kekadang berbeza. tapi itulah pentingnya komunikasi antara insan.

sedari ada kesilapan dan kesalahan ...mahupun kelebihan dan kekurangan. setiap insan ada semua tu. memang benar yang di bicara. mungkin di mata kita begitu begini. tapi tidak di bahu yang menanggungnya. MUNGKINNNNNN.....

ada percubaan untuk berubah. tapi kudrat dan iradat tidak kesampaian. tapi , sampai bila ? tiada masa ? tiada kekuatan ? apa jua pun alasan. tepuklah dada tanyalah iman. ambik masa untuk berfikir. belajar tinggi atau rendah. kena ambik jugak masa untuk berfikir. ubah atau tidak. mampu atau tidak ? kena cuba. tapi kalau duduk tak mencuba. kita tak akan tahu hasilnya.

kekadang geram...kekadang sedih..kenapa? bagaimana ? siapa ? salah siapa? sampai bila ? ada masa? tak ada masa? berserah ?

Allah jua lah tempat paling sesuey untuk mengadu...pernah ke mencuba? kalau tak...pergilah mencuba...berusahalah. berdoalah...mengadu padaNYA. bukan duduk sahaja. mengharap pada siapa? siapa yang tidak kasih. siapa yang tidak simpati? tapi kalau terusan begini dan begitu. siapa akan peduli.

Allah Maha Besar. menguji setiap hambaNYA. mengikut kemampuan hambaNYA. tak akan diduga hambaNYA kalau di luar kemampuan. kita berubah. jangan sekadar berubah tanpa niat dan doa. yakinlah ALLAH sentiasa ada untuk setiap hambaNYA .......



MAKAN MAKAN MAKAN



makan..makan..makan....kena ikut selera anak tekak. sofea dah siap listkan apa yang nak dimakan. sebelum menempuhi tempoh berpantang yang mencabar . tak lama lagi tu.

teringin nak makan sizzling mushroom. hanya ada di Tun Jugah...nasi belum masak lagi. jadi pekena mee je lah....ada pilihan pedas atau biasa. suami pilih yang pedas. ada ayam dan daging...Alhamdulillah. Allah berdi sedap...


sizzling mushroom


pilihan suami


suami beli mocha shake. sedap. sofea tergodassss..terus mintak. kena pau ...hahahhaha


mochassss

mocha jugak. tapi panas punya.


mocha panas



selesai di makan. habis licin.

air 3 rasa. kalau tak silap lah. dekat Mass Cafe di batu 7....memang ada 3 rasa....

air 3 rasa...


teringin nak makan kuih ni. tapi nakkan emak yang buat. biasa kaler hijau. tapi apakan daya pewarna hijau pulak tak ada. jadi, guna kaler kuning lah...inti gula apong. nyiur letak luar. sedap sampai satu mangkuk sofea makan.....


kuih bommm


coconut shake


nasi ayam salad


mocha shake....aduhhhhh


banyak lagi nak di makan ni...terus mengejar misi dan masa.....

MACAM-MACAM NAK DIMAKAN



semakin mendekat hari nak bersalin. semakinlah selera tekak macam-macam. siap sofea buat list lagi. takut terlupa....


rezeki makan udang besar / apek. adik ipar pergi pancing ikan. dapat ini.


seekor je.....


lepas tu suami pulak dimurahkan Allah rezeki. dapat ikan...... untuk 2 hari memancing


nama ikan tak ingat. sebelum di masak


ikan -ikan yang telah dimasak

adik ipar masak asam pedas....tebal bibir akibat pedas tak ingat....hukhuk



ikan selunsung


siap di masak


sedap isinya. ikan freshhhhhhh


misi mencari slurpee 7 eleven pulak. dari kota samarahan sampai ke kuching. lastly dapat kat 7 eleven sebelah wisma saberkas. bukan tak ada. tapi mesin rosak...


slurpeeeee....sedap


jadi makan apa yang dapat di makan sebelum menempuhi tempoh berpantang kelak.......

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...