mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, August 5, 2021
ASMAK - REFRESHING AROMATHRAPY
Wednesday, August 4, 2021
TIDAK MENJAGA SOLAT DAN IKUT NAFSU
Tuesday, August 3, 2021
Monday, August 2, 2021
FRESH N COOL THERAPHY
Sunday, August 1, 2021
Meraih cintaNYA
Ya Allah ,
Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf,
maka maafkanlah aku ya Allah.
Saturday, July 31, 2021
NAIK MELOMPAT , TURUN TERJUN
Selamat pagi 🌻
Berhati-hati ketika membuat keputusan. Jangan bertindak tanpa berfikir, sehingga akhirnya mendatangkan susah dan kekecewaan pada diri.
Jemput guna poster peribahasa 🥰
Friday, July 30, 2021
CERITA SERAM DI BUKIT BERAPIT, ORANG CAKAP TEMPAT TU KERAS, BETUL KE?
CERITA SERAM DI BUKIT BERAPIT, ORANG CAKAP TEMPAT TU
KERAS, BETUL KE?
.
Aku memeluk Anuar sebelum berpisah dengannya. Kami akan
teruskan kayuhan ke arah utara dan Anuar akan kayuh ke arah selatan.
.
“Take care brother!”
.
“InsyaAllah”
.
.
.
Kami sambung kayuhan kami ke Taiping, Abang Sham
(Shaharul Hisam Baharuddin) mesej saya, dia dan sahabatnya tunggu di sana.
.
Kami kayuh mengikut jalan raya dan melalui sebuah bukit.
Ada sebuah kereta menahan kami.
.
“Yeop, benti sat, kome yg nk ke Mekah tu kan? jalan depan
bukit gelap yop, ada dalam 3km, takpe, awok tolong escort belakang”
.
Aku dan Adilah angguk je.
.
Kami kayuh perlahan gila. Basikal terasa berat. Padahal
bukitnya takdelah curam sangat. dalam 10 degree je. Kami pernah kayuh bukit
yang lebih curam.
.
“Eh ehhh!, kenapa berhenti kat tengah jalan yang?!” aku
terkejut.
.
Hampir sahaja aku melanggar belakang basikal Adilah.
.
“Penat..haus..”
.
“Tak boleh berhenti sini yang, bahaya gila, kita kat
tengah-tengah highway ni, gelap, emergency lane pun takde ni” aku risau. Mujur
ada kereta yop kat belakang yang pasang lampu hazard.
.
Aku biarkan Adilah minum air sebentar.
.
“Air habis bang..” Adilah tak puas minum.
.
“Air abang pun dah habis, nanti kita jumpa kedai, kita
beli air, kita kena gerak sekarang” aku suruh Adilah bergerak cepat.
.
Kami kayuh perlahan-lahan. Berhempas pulas kami kayuh
sejauh 3km.
.
Sayup-sayup aku nampak lampu jalan di hadapan, jalan pula
semakin menurun. Alhamdulillah.
.
Kami lepaskan pedal dan biarkan basikal meluncur menuruni
bukit. Sampai sahaja di kawasan berlampu, aku cari kereta yop yang escort kami.
.
Hilang!
.
Kereta tu takde!
.
“Ayang nampak kereta tadi yang escort kita? Abang tak
perasan pun dia potong kita, nak kata dia patah balik, jalan ni one way!”
.
Bulu roma aku meremang.
.
Adilah tak respon.
.
“Lapar…” Tiba-tiba Adilah bersuara.
.
Hampeh, dia tak heran pun pasal kereta tu, dia lapar
rupa-rupanya.
.
“Jom cari kedai makan” aku ajak Adilah.
.
Aku merancang untuk makan bersama Abang Sham yang dah
tunggu kami di Taiping. Tapi Adilah lapar, kami terpaksa berhenti makan dulu.
.
Selepas Adilah kenyang, kami sambung kayuh. Kami sampai
ke Taiping lewat, jam 10 malam baru sampai.
.
“Sori bang, lambat. Tapi kami lalu kawasan berbukit,
pastu singgah makan jap sebab lapar” aku minta maaf pada Abang Sham dan
kawan-kawannya yang sudah menunggu dari jam 9 malam.
.
Aku cerita kisah aku berjumpa dengan 1 kereta yang escort
kami pada Abang Sham dan kawan-kawannya, mereka terkejut.
.
“Korang lalu Bukit Berapit ke tadi??”
.
“Ohh, berapit ke nama dia? Saya pun tak tahu..haha”
.
“Kenapa bang?” aku tanya.
.
“Kawasan tu memang keras” mereka cerita dengan muka
serius.
.
“Keras?” aku tanya balik.
.
Mereka semua senyap.
.
“Takde apa lah.. semuanya selamat, Alhamdulillah”
.
Aku menarik nafas lega. Dalam hati aku tertanya-tanya,
kenapa jalan Bukit Berapit tu keras.
.
Kami order minum je, sebab tadi dah makan.
.
“Bang, ayang lupa nak bagitahu, malam ni, Kang Yahya ajak
tidur kat rumah dia” Adilah beritahu aku.
.
Kang Yahya adalah saudara dekat Adilah yang duduk di
Taiping.
.
“Abang ok je, jauh ke rumah dia dari lokasi kita
sekarang?” aku tanya Adilah.
.
“Tak jauh, ayang tengok dalam map, tak sampai 1km”
.
“Alhamdulillah”
.
Bersambung..
.
.
.
===========
(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog
Ustazah Basikal)
anda sangat
bertuah harini kerana penulis nak beri ebook PERCUMA Kembara 14 negara 14
cerita
klik link di bawah untuk claim ebook
www.wasap.my/60138290985/ebook
untuk buku fizikal , klik link di bawah :
https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/sofhiajali
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...






