Thursday, August 5, 2021

ASMAK - REFRESHING AROMATHRAPY

 





Sejak beberapa hari ni,anak tak beberapa sihat sebab batuk berkahak sampai susah nak tidur malam. Lepas tu,merenggek serba-serbi tak kena dan batuk sampai merah mukanya,kita sebagai mummy ayah yang tengok pun susah hati.
.
Nak bawa anak ke klinik kena fikir panjang-panjang dah sekarang kes covid makin hari makin tinggi. Selagi kita boleh elak keluar rumah,kita elakkan dan sebab itu saya cari ikhtiar dengan menggunakan Minyak Herba Asmak.
.
Apa yang saya selalu buat adalah,setiap pagi dan malam saya sapu pada anak di bahagian  dada dan belakang badan bayi supaya dapat melegakan batuk anak.Alhamdulilah,batuk kahak  anak saya semakin pulih.Kalau ada apa-apa kecemasan,guna je Minyak Herba Asmak. 

#cwMHA



Selamat petang semua🤗

Kegagalan tidak akan menjatuhkan kita sekiranya kita betul-betul  nekad untuk berjaya



Wednesday, August 4, 2021

TIDAK MENJAGA SOLAT DAN IKUT NAFSU

 




Assalamualaikum, selamat pagi 🥰

Hubungan Solat dan Hawa Nafsu
=======
1. Dalam al-Quran Allah mengaitkan urusan solat dengan nafsu. Allah menyifatkan kaum yang lalai dalam urusan solat itu, mereka akan mengikuti nafsu mereka. Firman Allah:

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ

"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat." (Surah Maryam: 59)

Semoga bermanfaat 🌹













Monday, August 2, 2021

FRESH N COOL THERAPHY

 






PKP menjejaskan pendapatan anda? Nak berniaga tapi tak tahu cara ? 

Jangan risau, dengan Asmak anda mampu mengubah kehidupan anda. Kami mencari seseorang yang kuat berusaha dan tidak banyak alasan untuk berjaya.

Anda juga tidak akan rugi kerana banyak kelebihan yang anda sendiri akan rasai. Selain itu anda juga boleh : 

1. Jana pendapatan bulanan
2. Bagi reward dekat diri sendiri, anak, suami & keluarga
3. Bantu suami bila keadaan memerlukan
4. Bagi ibu dan ayah duit belanja
5. Bawak anak-anak dan suami bercuti
1. Jana pendapatan bulanan
2. Bagi reward dekat diri sendiri, anak, suami & keluarga
3. Bantu suami bila keadaan memerlukan
4. Bagi ibu dan ayah duit belanja
5. Bawak anak-anak dan suami bercuti

 Sila tekan link Whatsapp di bawah jika berminat.

www.wasap.my/60138290985/asmak
Sofhia binti Jali



Sunday, August 1, 2021

Meraih cintaNYA

 



Ya Allah ,


Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf,

maka maafkanlah aku ya Allah.



Saturday, July 31, 2021

NAIK MELOMPAT , TURUN TERJUN

 







Selamat pagi 🌻


Berhati-hati ketika membuat keputusan. Jangan bertindak tanpa berfikir, sehingga akhirnya mendatangkan susah dan kekecewaan pada diri.


Jemput guna poster peribahasa 🥰


Friday, July 30, 2021

CERITA SERAM DI BUKIT BERAPIT, ORANG CAKAP TEMPAT TU KERAS, BETUL KE?

 






CERITA SERAM DI BUKIT BERAPIT, ORANG CAKAP TEMPAT TU KERAS, BETUL KE?

.

Aku memeluk Anuar sebelum berpisah dengannya. Kami akan teruskan kayuhan ke arah utara dan Anuar akan kayuh ke arah selatan.

.

“Take care brother!”

.

“InsyaAllah”

.

.

.

Kami sambung kayuhan kami ke Taiping, Abang Sham (Shaharul Hisam Baharuddin) mesej saya, dia dan sahabatnya tunggu di sana.

.

Kami kayuh mengikut jalan raya dan melalui sebuah bukit. Ada sebuah kereta menahan kami.

.

“Yeop, benti sat, kome yg nk ke Mekah tu kan? jalan depan bukit gelap yop, ada dalam 3km, takpe, awok tolong escort belakang”

.

Aku dan Adilah angguk je.

.

Kami kayuh perlahan gila. Basikal terasa berat. Padahal bukitnya takdelah curam sangat. dalam 10 degree je. Kami pernah kayuh bukit yang lebih curam.

.

“Eh ehhh!, kenapa berhenti kat tengah jalan yang?!” aku terkejut.

.

Hampir sahaja aku melanggar belakang basikal Adilah.

.

“Penat..haus..”

.

“Tak boleh berhenti sini yang, bahaya gila, kita kat tengah-tengah highway ni, gelap, emergency lane pun takde ni” aku risau. Mujur ada kereta yop kat belakang yang pasang lampu hazard.

.

Aku biarkan Adilah minum air sebentar.

.

“Air habis bang..” Adilah tak puas minum.

.

“Air abang pun dah habis, nanti kita jumpa kedai, kita beli air, kita kena gerak sekarang” aku suruh Adilah bergerak cepat.

.

Kami kayuh perlahan-lahan. Berhempas pulas kami kayuh sejauh 3km.

.

Sayup-sayup aku nampak lampu jalan di hadapan, jalan pula semakin menurun. Alhamdulillah.

.

Kami lepaskan pedal dan biarkan basikal meluncur menuruni bukit. Sampai sahaja di kawasan berlampu, aku cari kereta yop yang escort kami.

.

Hilang!

.

Kereta tu takde!

.

“Ayang nampak kereta tadi yang escort kita? Abang tak perasan pun dia potong kita, nak kata dia patah balik, jalan ni one way!”

.

Bulu roma aku meremang.

.

Adilah tak respon.

.

“Lapar…” Tiba-tiba Adilah bersuara.

.

Hampeh, dia tak heran pun pasal kereta tu, dia lapar rupa-rupanya.

.

“Jom cari kedai makan” aku ajak Adilah.

.

Aku merancang untuk makan bersama Abang Sham yang dah tunggu kami di Taiping. Tapi Adilah lapar, kami terpaksa berhenti makan dulu.

.

Selepas Adilah kenyang, kami sambung kayuh. Kami sampai ke Taiping lewat, jam 10 malam baru sampai.

.

“Sori bang, lambat. Tapi kami lalu kawasan berbukit, pastu singgah makan jap sebab lapar” aku minta maaf pada Abang Sham dan kawan-kawannya yang sudah menunggu dari jam 9 malam.

.

Aku cerita kisah aku berjumpa dengan 1 kereta yang escort kami pada Abang Sham dan kawan-kawannya, mereka terkejut.

.

“Korang lalu Bukit Berapit ke tadi??”

.

“Ohh, berapit ke nama dia? Saya pun tak tahu..haha”

.

“Kenapa bang?” aku tanya.

.

“Kawasan tu memang keras” mereka cerita dengan muka serius.

.

“Keras?” aku tanya balik.

.

Mereka semua senyap.

.

“Takde apa lah.. semuanya selamat, Alhamdulillah”

.

Aku menarik nafas lega. Dalam hati aku tertanya-tanya, kenapa jalan Bukit Berapit tu keras.

.

Kami order minum je, sebab tadi dah makan.

.

“Bang, ayang lupa nak bagitahu, malam ni, Kang Yahya ajak tidur kat rumah dia” Adilah beritahu aku.

.

Kang Yahya adalah saudara dekat Adilah yang duduk di Taiping.

.

“Abang ok je, jauh ke rumah dia dari lokasi kita sekarang?” aku tanya Adilah.

.

“Tak jauh, ayang tengok dalam map, tak sampai 1km”

.

“Alhamdulillah”

.

Bersambung..

.

.

.

===========

(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog Ustazah Basikal)

 

 anda sangat bertuah harini kerana penulis nak beri ebook PERCUMA Kembara 14 negara 14 cerita

 

klik link di bawah untuk claim ebook

 

www.wasap.my/60138290985/ebook

 

 

untuk buku fizikal , klik link di bawah :

 

 

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/sofhiajali


LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...