Sunday, August 7, 2022

LUPA - SUIS PERIUK DAH ON KE ?

 






nasi dah masak ke?

rasanya macam dah on suis tadi.

suis dah on - tapi kat periuk tu dah tekan ke?

mesti korang ada mengalami situasi ini kan. saya pun pernah terkena. bukan sekali tapi berkali jugak.

alahai. nasib baik lah tak kebulur yang lain.

kena lah check banyak kali kalau nak masak nasi.

tahap pelupa pun dah boleh tahan.

kawan-kawan pun mesti ada kan.


Saturday, August 6, 2022

CACAR AIR - KENALI IA




 



Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

  • Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .
kredit : MyHEALTH

Friday, August 5, 2022

G6PD - JOM BACA INFO

 




Kekurangan Enzim G6PD


G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.



KREDIT : MyHEALTH

Thursday, August 4, 2022

20 SAAT UNTUK CUCI TANGAN

 



Berapa lamakah anda harus mencuci tangan?

Anda harus mencuci tangan sekurang-kurangnya 20-30 saat.


Begitu juga ketika menggunakan cairan pembersih tangan, gunakan cairan pembersih tangan yang berasaskan alkohol minimum 60% dan gosokkan ke tangan selama 20 saat untuk memastikan seluruh tangan bersih.


Dalam usaha pencegahan COVID-19, pastikan anda mencuci tangan di waktu-waktu berikut: 


- Setelah membuang hingus, setelah batuk, atau setelah bersin 






- Setelah berkunjung dari tempat umum, seperti kendaraan awam, pasar, atau tempat ibadah




- Setelah menyentuh barang di luar rumah, termasuk wang




- Sebelum dan selepas merawat orang sakit




- Sebelum dan sesudah makan





#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

Wednesday, August 3, 2022

JADIKAN CUCI TANGAN SEBAGAI KEBIASAAN.

 





KEBERSIHAN TANGAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL


Semasa sihat dan afiat, kita biasanya dapat mempertahankan diri daripada kuman dan jangkitan. Salah satu

caranya ialah mempunyai kulit yang sihat dan utuh (tidak luka).


Apabila tidak sihat misalnya selepas pembedahan, kemampuan kita untuk melawan jangkitan adalah lemah.


Jangkitan di hospital boleh mengakibatkan:

 penyakit

 penginapan lebih lama di hospital

 pemulihan yang lambat

 tambahan stres bagi semua yang terbabit.


Setiap kali melawat pesakit di hospital amat penting untuk anda membasuh tangan, biar pun tangan kelihatan bersih.


Botol cecair pencuci tangan harus disediakan di semua kawasan penjagaan pesakit dan kawasan lalu lintas sibuk

di hospital.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

Tuesday, August 2, 2022

APA ITU KEBERSIHAN TANGAN ?

 





APAKAH KEBERSIHAN TANGAN?

Kebersihan tangan bererti membersihkan tangan dengan sabun dan air atau cecair basuh tangan alkohol.


MENGAPA PENTING?

Kebersihan tangan merupakan cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan kuman.

Banyak penyakit, seperti selesema dan flu, terjadi akibat jangkitan kuman dari seorang ke seorang.

Meskipun kelihatan bersih, tangan masih dapat membawa kuman.

Kuman begitu kecil sehingga sama sekali tidak kelihatan.

Apabila kita menyentuh orang lain atau sesuatu benda, kita dapat menyebarkan kuman tanpa menyedarinya.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

Monday, August 1, 2022

MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL..

 






"Membasuh tangan dengan sabun adalah piawai emas untuk kawalan dan pencegahan jangkitan"


Semua orang tahu mencuci tangan itu penting khususnya dalam menghalang penularan jangkitan. Namun, sejauh mana kita mempraktikkan kaedah mencuci tangan yang betul? Atau kita berpuas hati dengan membasahkan tangan beberapa saat (tanpa menggunakan sabun) dan ia sudah dikira sebagai mencuci tangan?


Kaedah mencuci tangan yang betul adalah dengan menggunakan sabun, menggosok keseluruhan tapak dan belakang tangan, di celah jari selama 20 saat sebelum membilas tangan di bawah air mengalir dan dilap hingga kering. Walaupun tidak sukar, ramai antara kita yang masih belum mengamalkannya.


Demi keselamatan dan kesihatan diri dan ahli keluarga, amalkan langkah-langkah mencuci tangan dengan betul. Pastikan tangan anda sentiasa bersih.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...