Sunday, June 29, 2014

SALAM RAMADHAN






Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillahhh..semoga usia kita Allah panjangkan. moga Ramadhan kali ini kita perolehi lebih lagi pahala berbanding tahun-tahun yang lalu. serta dapatlah kita tingkatkan amal ibadah , sedekah dan zakat fitrah jangan dilupa.

29.06.2014 insha Allah 1st ramadhan di tahun 2014 ini. semoga usia kita dipanjangkan dan rezeki kita dimurahkan.

kalau tiada aral melintang. temuilah sofea di bazar ramadhan di Taman Sukma Jalan Sultan Tengah.

Tuesday, June 24, 2014

HARAPAN , IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN



assalamualaikum. hai. sofea tengah melayan perasaan di kala ini. terkesan pada dasar hati. selepas baca blog doktor raihana tadi. apa-apa pun yang kita impikan kalau kita berusaha sedaya upaya pasti akan ketemui kejayaan.

sofea juga ada harapan untuk diri , anak-anak dan famili. moga-moga ianya jadi inspirasi buat sofea nanti.

harapan , impian dan angan-angan....( H.I.A )


  1. H.I.A  nak dapat diploma. sudah tercapai akhirnya. Alhamdulillah.
  2. H.I.A  dipertemukan jodoh. dan punya hubungan yang halal. Allah izinkan.
  3. H.I.A  dikurniakan rezeki ( anak-anak ). Subahanallah
  4. H.I.A  dapat kerja tetap , gaji besar insha Allah cuba untuk bantu orang tua.
  5. H.I.A  memula tak terfikir akan kemampuan memiliki kereta. waima VIVA. Alhamdulillah dah pun habis bayar.
  6. H.I.A dah diniatkan dalam hati. setel semua pinjaman pendidikan. 
  7. H.I.A nak miliki rumah sendiri. Alhamdulillah. dapatlah rumah teres setingkat. korner lagi.

ada lagi harapan , impain dan angan-angan. ditambah lagi cita-cita.....

  1. sofea nak ambik kursus Bahasa Inggeris. tujuannya sofea tak nak kalah dari orang lain. dan sofea ada niat nak sambung studi.
  2. sofea nak renovate rumah bagi besar dan dapur  selesa digunakan.
  3. paling sofea nak. sofea nak hantar BAPAK dan EMAK pergi umrah. insha Allah.
  4. sofea jugak nak capai MASTER dalam SHAKLEE.
  5. sofea nak success dalam dunia BLOG. cuba cari target...

semuanya kena USAHA...USAHA...USAHAAAAA
dan jangan lupa DOA ...DOAAA>DOAAAA....
serta TAWAKAL....

takkan berubah nasib seseorang kalau tanpa usaha......

HOT MAMA LIKE A REDMUMMY



kenal ke korang dengan blogger hangat di pasaran ni....
kalau tak kenal boleh je klik kat sini  >>>> http://redmummy.com/

sofea ada misi baru nak capai. kalau tercapai lah. kena jugak kuat nak capai ni. nak jadi hot mama like a redmummy. banyak blogjob..banyak kerja. banyak adv. rezeki beliau melimpah ruah. dari segi side yang lain. kita pikirpikir kemudia. doakan je dekat beliau.

bagi sofea ambik yang terbaik je. contohnya kejayaan beliau. menjadi inspirasiku. lama dah sofea ikuti blog beliau. memang gigih. kuat kerja. tambahan pulak. skill menulis itu penting. macam sofea ni. masih tercari-cari gak sumber nak di ceritakan. tapi alah bisa tegal biasa. nak ke tak nak itu atas diri sendiri. belum cuba belum tau. tak dpt banyak sikit pun jadi lah. kannnn kan kan...

hehehhehe

Monday, June 23, 2014

ANAK-ANAK TAK SIHAT



minggu lepas sorfina demam. thaqif demam dan sakit perut. Allahhuakbar.
selasa sofea kerja half day. afternoon leave. pergi tolong parents berniaga kat stadium negeri. ada match bola sepak. lepas selesai kerja. dan solat zohor. sofea gerak ke rumah parents. jam 1500 petang terus pergi stadium. masa tu hujan dah nak lebat. tolong prepare barang jualan. tetiba hujan lebat diselangi angin kuat dan kilat..

sampai kan khemah untuk jual hampir tumbang..nasib baik sekejap je. kalau tak hancur lah..lepas asar cuaca kembali baik. prepare semuanya. sofea sampai jam 2330 malam kat stadium . lepas tu balik ke rumah . anak-anak memang kat rumah je. suami tak pergi.

balik tu anak-anak macam tak sihat. badan panas membahang. bagi ubat demam.

paginya sofea kena ambil emergency leave. cuti satu hari je. anak-anak demam. takut lah baby jannah jangkit sekali. susah sofea nanti. cuti tahunan tak banyak tinggal. kena simpan untuk apa2 hal nanti.

anak demam bagi ubat. makan bubur nasi.
sampai hari jumaat. demam dah kebah . cuma si thaqif asyik sakit perut. bawak pg jumpa doktor. doktor kata semua ok. yang peliknya asal makan nasi dia muntah. tapi bawak pergi bombay cafe . makan roti canai. ok pulak..hadoiiiii..anak-anak....



KURSUS KEK KEJU



semalam sofea ada join kursus Aneka Kek Keju. kalau ikutkan kursus tu diadakan selama 2 hari. tetapi pihak kolej kena buat sehari sahaja. sebab nya , banyak sangat penyertaan. kali ni kiranya sofea bernasib baik. dapat join kursus. tahun lepas rasanya tak sempat.

mula jam 800 pagi. daftar diri dulu lepas tu bayar RM 10.00 untuk yuran kursus. tempat kursus tak jauh. dekat je. tuuu..kat Kolej Komuniti Kuching...tak jauh lah dari rumah mertua. semalam mula lambat. sebab proses daftar lambat habis. panjang barisan masa nak daftar. rasa-rasanya dalam 50 orang lah dalam satu kursus. harap-harap tahun hadapan. diorang maximumkan penyertaan. kalau ada lebih. buat lagi bulan hadapan. cadangan jee


selesai pendaftaran. diberi 2 resepi sebagai rujukan. cikgu kena buat dema memasak sahaja. tak dapat nak buat ikut kumpulan. tak pelah janji dapat ambil ilmu cara buat kek keju. kat sini kami di jar cara masak kek keju beku dan kek keju bakar.

Alhamdulillah. dah namanya kita timba ilmu. dapatlah incomenya. insya Allah nanti boleh dicuba try masa akan dtg...

Tuesday, June 17, 2014

TUNE TALK





Assalamualaikum dan salam semua....

sofea dah sesiap beli sim kad baru. dan ikut program tune talk ni. sapa nak join boleh beli simkad dan daftar melalui ID sofea 404982.

sesiapa berminat nak join boleh
call /sms / wasup 0138290985

Tuesday, June 10, 2014

SYARIFAH MALAIQA JANNAH - 4 BULAN



tengah nak berguling-guling

syarifah malaiqa jannah

S.M.J

S.M.J

S.M.J

hari ni Jannah dah 4 bulan. esok ada temujanji klinik untuk 4 bulan. diharap semuanya ok. ada 2 bulan lagi. sofea akan prepare makanan pertama untuk dia. masih dalam usaha menuntut ilmu dalam penyediaan makanan bayi. insha Allah berjaya.

masih menyusu badan dan campur dengan susu formula. perkembangan terkini jannah. sedang belajar meniarap dan duduk...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...