Thursday, July 31, 2014

DUGAAN DI BULAN PUASA 2014



Aku merancang
Allah merancang
Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang

sofea ingatkan nak puasa penuh di bulan ramadhan kali ini. ye lah tahun lepas. langsung tak dapat puasa. tapi apakan daya. Allah uji lagi...

hari ke-3 puasa. hari selasa sofea diberi ujian. kena demam campak. rasanya sofea ada cerita sebelum ni kan. teruk jugak. campak tumbuh seluruh badan. lagi parah dekat muka. demam lagi. terus tak dapat puasa. pergi jumpa 1 doktor . cuma bagi ubat demam. esok pagi terus tak dapat bangun sebab demam panas.

paginya. minta teman pak syed pergi klinik. jumpa doktor dayang. ini baru doktor. check betul-betul dan bagi ubat. nasihat sikit. kena kuarantinkan diri dari baby jannah. sedih leee..sebab jannah bf.

dalam nak seminggu jugaklah baru sembuh. itu pun bekas-bekas campak masih kelihatan. sofea juga konsisten makan ubat yang diberi dan vitamin C Shaklee...heheh promot kejap ekkk





hari ke2 kena campak...




muka kembang. mata pun kena sekali.




tabahkan hati. kasi ubat baik punya..




selepas seminggu. Alhamdulillah. Allah sembuhkan dengan segera.




salah satu supplement yang sofea ambil....Alhamdulillah

Saturday, July 19, 2014

JANNAH DAH 5 BULAN



10.7.2014 jannah dah 5 bulan. dapat injection ubat dari misi kat klinik. nangis sebab kena tahan. lepas cucuk. ok. diam..nasib baik tak demam.

Al-Jannah 


Al-Jannah
 sekarang dah nak belajar duduk. duduk timun kata org tua-tua. sayang jannah.

tak berapa sihat ni. maaf lah ye. kalau entry ni cakap-cakap kosong je...

Friday, July 18, 2014

MH17 - ALLAH MENGUJI KITA







Al-fatihah buat mangsa MH17 .

Allah uji kita pelbagai cara.
Allah uji kita pelbagai rupa
Allah uji uji dan terus menguji kita

pasti ada hikmah Nya

Malaysia digemparkan dengan berita kapal terbang MAS MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas.

Terhempas di sempadan Ukraine - Russia

*** MH17 ditembak
*** pesawat dipercayai ditembak pengganas menggunakan peluru berpandu BUK
*** 295 penumpang , anak kapal terbunuh



kredit : Berita harian




kredit : berita harian

Apa yang pasti...yang hidup pasti akan mati.

" Dari Allah kita datang , kepada Allah kita kembali ""

sedih , pilu menyelubungi hari ke 20 ramadhan. semoga ahli keluarga mangsa MH17 tabah menghadapi dugaan yang besar ini.

tidak mampu untuk diungkapkan kata-kata. hanya mampu untuk sedekahkan Al-fatihah



BAZAR RAMADHAN SEKITAR KUCHING



bazar Ramadhan sekitar Kuching yang sempat sofea tahu dan pergi.


  • paling dekat bazar Sukmaria. sebab tak jauh dari rumah kediaman sekarang. banyak jualan .paling femes roti john sukma, bergedil , kuih-muih dan macam-macam.
  • Bazar ramadhan Bandar Baru Semaring ( BSS )..suka cari tomyam dan yang terbaru bakso.
  • Bazar Ramadhan Satok. yang dah beroperasi di Kubah Ria. banyak jugak. air tebu ..kuih-muih , mee kolok , laksa sarawak. dan banyak lagiii. ni tak jauh dari rumah keluarga sofea.
  • bazar semarak
  • dan bagi yang nak makan makanan ori dari semenanjung. boleh pergi bazar Kem Penrissen. yang dekat sekolah dan masjid. situ memang banyak lauk pauk, kuih muih semenanjung. sedap pun sedap. kebab sedap.
  • bazar batu 7. tahun ni belum pergi lagi. macam biasa sesak.

ok lah cerita hari ini. pening kepala ni...

Thursday, July 17, 2014

HATI KECIL KU TERGURIS



salam ramadhan...

lama kan sofea tak update blog ni. macam-macam dah berlaku sepanjang bulan ramadhan ini. sofea sakit. hidap demam campak yang pertama kali dalam hidup. cuti sakit sampai 1 minggu. dengan baby masih kecil lagi. kesian baby jannah. kena kuaratin. menyusu badan kan. kenalah pam susu bagi dia minum. waima baby jannah minum susu formula.

syukur ke hadrat Ilahi. menguji sofea ikut kemampuan sofea.

hati terguris. kecil hati. semoga Allah rawat hati ini....

Sunday, June 29, 2014

SALAM RAMADHAN






Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillahhh..semoga usia kita Allah panjangkan. moga Ramadhan kali ini kita perolehi lebih lagi pahala berbanding tahun-tahun yang lalu. serta dapatlah kita tingkatkan amal ibadah , sedekah dan zakat fitrah jangan dilupa.

29.06.2014 insha Allah 1st ramadhan di tahun 2014 ini. semoga usia kita dipanjangkan dan rezeki kita dimurahkan.

kalau tiada aral melintang. temuilah sofea di bazar ramadhan di Taman Sukma Jalan Sultan Tengah.

Tuesday, June 24, 2014

HARAPAN , IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN



assalamualaikum. hai. sofea tengah melayan perasaan di kala ini. terkesan pada dasar hati. selepas baca blog doktor raihana tadi. apa-apa pun yang kita impikan kalau kita berusaha sedaya upaya pasti akan ketemui kejayaan.

sofea juga ada harapan untuk diri , anak-anak dan famili. moga-moga ianya jadi inspirasi buat sofea nanti.

harapan , impian dan angan-angan....( H.I.A )


  1. H.I.A  nak dapat diploma. sudah tercapai akhirnya. Alhamdulillah.
  2. H.I.A  dipertemukan jodoh. dan punya hubungan yang halal. Allah izinkan.
  3. H.I.A  dikurniakan rezeki ( anak-anak ). Subahanallah
  4. H.I.A  dapat kerja tetap , gaji besar insha Allah cuba untuk bantu orang tua.
  5. H.I.A  memula tak terfikir akan kemampuan memiliki kereta. waima VIVA. Alhamdulillah dah pun habis bayar.
  6. H.I.A dah diniatkan dalam hati. setel semua pinjaman pendidikan. 
  7. H.I.A nak miliki rumah sendiri. Alhamdulillah. dapatlah rumah teres setingkat. korner lagi.

ada lagi harapan , impain dan angan-angan. ditambah lagi cita-cita.....

  1. sofea nak ambik kursus Bahasa Inggeris. tujuannya sofea tak nak kalah dari orang lain. dan sofea ada niat nak sambung studi.
  2. sofea nak renovate rumah bagi besar dan dapur  selesa digunakan.
  3. paling sofea nak. sofea nak hantar BAPAK dan EMAK pergi umrah. insha Allah.
  4. sofea jugak nak capai MASTER dalam SHAKLEE.
  5. sofea nak success dalam dunia BLOG. cuba cari target...

semuanya kena USAHA...USAHA...USAHAAAAA
dan jangan lupa DOA ...DOAAA>DOAAAA....
serta TAWAKAL....

takkan berubah nasib seseorang kalau tanpa usaha......

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...