Wednesday, August 3, 2022

JADIKAN CUCI TANGAN SEBAGAI KEBIASAAN.

 





KEBERSIHAN TANGAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL


Semasa sihat dan afiat, kita biasanya dapat mempertahankan diri daripada kuman dan jangkitan. Salah satu

caranya ialah mempunyai kulit yang sihat dan utuh (tidak luka).


Apabila tidak sihat misalnya selepas pembedahan, kemampuan kita untuk melawan jangkitan adalah lemah.


Jangkitan di hospital boleh mengakibatkan:

 penyakit

 penginapan lebih lama di hospital

 pemulihan yang lambat

 tambahan stres bagi semua yang terbabit.


Setiap kali melawat pesakit di hospital amat penting untuk anda membasuh tangan, biar pun tangan kelihatan bersih.


Botol cecair pencuci tangan harus disediakan di semua kawasan penjagaan pesakit dan kawasan lalu lintas sibuk

di hospital.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

Tuesday, August 2, 2022

APA ITU KEBERSIHAN TANGAN ?

 





APAKAH KEBERSIHAN TANGAN?

Kebersihan tangan bererti membersihkan tangan dengan sabun dan air atau cecair basuh tangan alkohol.


MENGAPA PENTING?

Kebersihan tangan merupakan cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan kuman.

Banyak penyakit, seperti selesema dan flu, terjadi akibat jangkitan kuman dari seorang ke seorang.

Meskipun kelihatan bersih, tangan masih dapat membawa kuman.

Kuman begitu kecil sehingga sama sekali tidak kelihatan.

Apabila kita menyentuh orang lain atau sesuatu benda, kita dapat menyebarkan kuman tanpa menyedarinya.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

Monday, August 1, 2022

MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL..

 






"Membasuh tangan dengan sabun adalah piawai emas untuk kawalan dan pencegahan jangkitan"


Semua orang tahu mencuci tangan itu penting khususnya dalam menghalang penularan jangkitan. Namun, sejauh mana kita mempraktikkan kaedah mencuci tangan yang betul? Atau kita berpuas hati dengan membasahkan tangan beberapa saat (tanpa menggunakan sabun) dan ia sudah dikira sebagai mencuci tangan?


Kaedah mencuci tangan yang betul adalah dengan menggunakan sabun, menggosok keseluruhan tapak dan belakang tangan, di celah jari selama 20 saat sebelum membilas tangan di bawah air mengalir dan dilap hingga kering. Walaupun tidak sukar, ramai antara kita yang masih belum mengamalkannya.


Demi keselamatan dan kesihatan diri dan ahli keluarga, amalkan langkah-langkah mencuci tangan dengan betul. Pastikan tangan anda sentiasa bersih.


#AntibacterialHandwashbyAsmak 

#KempenBasuhTangan20Saat 

#TravelKit

Friday, August 27, 2021

HATI-HATI SCAMMER MASJID DI BORDER THAILAND-MYANMAR

 





 HATI-HATI SCAMMER MASJID DI BORDER THAILAND-MYANMAR

.

Sebelum menaiki bas pada jam 8 malam, aku dan Adilah singgah surau untuk solat jamak Maghrib dan Isyak.

.

Kami bersembang dengan seorang jemaah yang solat di surau itu juga. Namanya Mujahid. Dia juga nak pergi ke Mae Sot untuk balik ke kampung halamannya.

.

Mujahid tak pandai cakap bahasa Inggeris, tapi boleh bercakap dalam bahasa arab. Aku panggil Adilah untuk bersembang dengan Mujahid.

.

Mujahid terkejut, kami nak ke Myanmar.

.

Dia kata, sangat bahaya untuk orang Islam pergi ke sana.

.

Aku cakap, itu mainan media je, InsyaAllah semuanya ok.

.

Kami sama-sama keluar dari surau dan menuju ke bas kami. Aku uruskan basikal kami. Alhamdulillah, pemandu bas mengizinkan kami membawa basikal kami dengan bayaran sebanyak 200 Baht.

.

.

.

8 jam perjalanan kami dari Bangkok ke Mae Sot. Kami sampai pada jam 6 pagi, ngam-ngam waktu subuh. Mujahid ajak kami bersarapan di kedai keluarganya.

.

Aku ingatkan keluarga dia ada restoran, rupanya kedai jual basikal. Kami diperkenalkan dengan keluarga Mujahid. Abang Mujahid keluar membeli sarapan dan kami bersarapan bersama.

.

Mujahid menceritakan perancangan kami nak ke Mekah dengan basikal, dan bakal melalui Myanmar. Ibunya mengeleng kepala. Dari riak wajahnya, aku nampak kerisauan.

.

“Jangan masuk Myanmar, kau akan dibunuh” itulah maksud ayat yang Mujahid cakap dalam bahasa Arab kepada Adilah.

.

Aku buat tak tahu je. Aku tak nak percaya apa yang Mujahid dan keluarganya cakap. Sebab mereka sendiri pun tak pernah masuk.

.

Aku pernah menghubungi traveller yang dah pernah memasuki Myanmar dengan cara backpack dan berbasikal. Semua mengatakan tiada masalah untuk memasuki Myanmar.

.

Selepas bersarapan, kami meminta diri untuk terus ke sempadan Mynamar. Kami akan tidur di sana satu hari dan masuk ke Myanmar selepas sarapan pagi.

.

.

.

Di sempadan Mae Sot, kami singgah di Masjid Nurul Islam dan merancang untuk tumpang rehat dan tidur di situ.

.

Masjid ni tak macam masjid lain di Thailand. Tiada ruang solat untuk wanita. Aku pelik. Adilah juga tidak dibenarkan untuk solat di dalam masjid.

.

Puas aku minta izin, mereka tetap tidak membenarkan.

.

Ada seorang jemaah menghampiri aku. Dia tarik aku ke tepi. Dia cakap dia boleh bantu untuk minta izin pada imam dan benarkan kami tidur di masjid. Tapi aku kena bayar duit pada dia.

.

“Aik, nak tidur masjid pun kena bayar ke?”

.

“Ya, sebab guna fasiliti dan saya bantu awak untuk tidur di masjid”

.

“Awak bayar saya 500 Baht, saya tolong awak”

.

“500 baht?? bapak ahh..baik aku duduk hotel kalau macam tu!” jerit aku dalam hati.

.

Aku buat-buat cool.

.

“You tahu tak kat mana money exchange? Saya nak tukar duit lah”

.

“Saya ada kawan sini, jom”

.

Dia bawa aku ke kedai buku, tokey kedai buku tu ada lesen tukar duit. Aku suruh mamat tadi tunggu kat luar sementara aku tukar duit.

.

Aku tukar duit 5,000 Baht kepada 165,000 Kyat. Terus jadi kaya raya. Poket jadi tebal..haha

.

“You tahu tak hotel kat mana?” aku tanya mamat tu.

.

“Awak kata tadi nak tidur masjid? kenapa nak pergi hotel?” dia pelik dengan permintaan aku.

.

“Macam ni, kalau harga hotel mahal, saya bayar awak untuk tidur di masjid, kalau hotel murah, saya tidur hotel lah”

.

Dengan berat hati, dia tunjukkan hotel.

.

Sampai dekat hotel, aku terus tanya harga 1 malam berapa. 300 Baht je.

.

Aku keluar hotel dan cakap kat mamat tu, takpelah, kami tidur kat hotel je.

.

Dia kecewa. Tak dapat nak scam aku. Dia dapat penat je.

.

“Tolong la, bagi duit sikit..saya dah lama tak makan”

.

Aku macam nak tergelak, badan punya besar, cakap tak makan.

.

“You badan kuat lagi tau, kerja lah, tak elok minta-minta macam ni” aku nasihat dia.

.

Adilah beri isyarat pada aku untuk bagi je duit kat mamat ni. Panjang cerita nak layan mamat ni sorang.

.

Aku pun hulur 100 Baht. Dan mamat tu pun pergi.

.

“Scammer macam ni pun ada” aku bisik dalam hati sambil geleng-geleng kepala.

.

.

.

Keesokan pagi, kami bangun awal dan bersiap untuk masuk ke Myanmar.

.

Selamat tinggal Thailand! Hai Myanmar!

.

Bersambung..

.

.

.

===========

(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog Ustazah Basikal)

 

Wahh , semakin menarik kisah Cik Ahmad dan Ustazah Adilah ni 🤩🚲 , seolah-olah mereka bawa kita berkayuh bersama mereka 🚲.

 

.

.

.

 

Ada ahli keluarga atau sahabat handai yang suka travel tapi terbantut disebabkan PKP dan Covid 19 ? Anda tak rasa bersalah ke sebab tak kongsi cerita menarik ni dengan mereka ? Jom claim ebook percuma Ustazah Basikal pada link dibawah 👇🏽👇🏽👇🏽

 

 

www.wasap.my/60138290985/ebook

www.wasap.my/60138290985/ebook

www.wasap.my/60138290985/ebook

 

 

 

untuk buku fizikal , klik link di bawah :

 

 

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/sofhiajali


Saturday, August 21, 2021

 






MEMO REMINDER 20/8/2021 📌
🇲🇾 AMBANG MERDEKA SALE 🇲🇾
13/8/2021 - 22/8/2021

FREE POSTAGE
FREE POSTAGE
FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA
*Sah untuk pembelian minima RM100 dan keatas mana-mana design

FOCUS TODAY 📌
COMING SOON
SUIT KHADEEJA PLUS SIZE 😱🔥

👉 NEW DESIGN RELEASED
1) MAWAR | ABAYA DINDA | ABAYA NYSA
2) SUIT SCALLOP VAKSIN
3) SUIT LUNA/VAKSIN
4) SET BUNGA RAYA/VAKSIN
5) BLOUSE VAKSIN
6) SUIT AYANA 

👉 OFFER HAPPY HOUR RM50
KURUNG SHEELA 
OFFER RM50 ONLY!
*Exclude Post
✅ 2 PCS FREE POST

👉 OFFER HAPPY HOUR RM79
ABAYA DINDA | ABAYA NYSA | MAWAR CARDIGAN
OFFER RM79 ONLY
✅ FREE POST
✅ FREE WOVEN BAG

👉 OFFER COMBO SCARF
SCARF INARAA
1 PC RM49
COMBO 2 PCS RM80
✅ FREE INNER SCARF
✅ FREE WOVEN BAG

👉 TELEKUNG UMMIE
💖 TERUNTUK BIDADARI SYURGA 💖
Hadiahkan buat diri dan juga yang tersayang, remark ucapan anda!
OFFER RM99 ONLY
✅ FREE POST
✅ FREE WOVEN BAG

❗READYSTOCK, READY TO POST! 😱

GRAB OFFER NOW!

#hariharihasnuri
#sebarkancintamu
#hasnuribersamamu

www.wasap.my/60138290985





HASNURI

 














Friday, August 20, 2021

SALAM JUMAAT 11 MUHARRAM

 














Assalamualaikum dan selamat pagi semua usahawan hebat 💪😍


Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat, aminn 😊🤲

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...