mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Monday, May 28, 2012
KEMATIAN
Kematian itu pasti. Tapi menerima kematian seseorang yang kita kenal,kita sayang,kita rapat betul-betul akan terduga iman kita. Sofea pernah kehilangan nenek perempuan sebelah bapa pada usia 13 tahun. Nenek ni ku panggil Nek Mah. Masa tu tak tahu nak kata apa. Yang dapat difikir. Baca kan Yaasin untuk nenek.Nenek seorang yang pandai mengurut dan mengubat cara kampung. Baik orang nya. Kudoakan agar Allah tempatkan dia di kalangan orang beriman.
Kali kedua kehilangan nenek lelaki sebelah emak. Ku panggil Pak Nek. Nenek ni sama seperti nenek sebelah bapa. Baik orangnya. Kerjanya hanya nelayan. Kalau balik kampung dapatlah makan ikan yang fresh,udang yang freshh.. tapi Allah sayangkan mereka. Al-Fatihah buat nenek-nenek ku.
Sofea kalau duduk-duduk seorang-seorang ditambah lagi bila baca atau dengar pasal kematian. Mesti terbit persoalan.
Bila kah lagi giliran ku? yang pastinya ALLAH tak cepat atau lambatkan walau sesaat.
Apa bentuk kematian ku?
Mampukah aku?
Bagaimana orang2 yang tersayang akan aku tinggalkan terutama anak2?
beristighfar ,bertahmid , dan berzikir. Sentiasa ku berdoa agar ALLAH panjangkan usiaku. Agar dapat kujalani kehidupan ini dengan penuh ketaatan denganNYA. Semoga aku istiqamah. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment