Monday, May 28, 2012

PARI BAKAR BEREMPAH


Menu makan malam. Masak ikan pari. ikut resepi rakan blogger DJ. biasanya panggang biasa sahaja. lepas tu cecah dengan sambal kicap pedas. Tapi kali ni nak cuba resepi ini. boleh tahan cuma kena bagi pedas dan perasakan makanan.heheh..Al-maklumlah sofea agak kurang merasa masakan bila memasak.

resepi untuk menu diatas ,silalah cnp di bawah ini ,

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2-3 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas (Guna daun pisang pun boleh). Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...




No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...