Thursday, December 26, 2013

ANAEMIA



Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin ( Hb ) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu , apabila mengalami anaemia , tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga.

Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11 gm/dl.

Untuk mengatasi masalah anaemia semasa hamil adalah tambah darah dengan Pil Hematinik. Hematinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu :

- pil xat besi ( ferrous fumarate )
- pil asid folik
- pil vitamic C
- pil vitamin B komleks ( B Co )

Pil hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi , B kompleks , dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. pil vitamin C membantu penyerapan zat besi.

Peringatan !!!!!!!!!!!

1 ) Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
2 ) Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi , teh , minuman berkarbonat , minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
3 ) Tetapi , jika ingin pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...