Tuesday, May 22, 2012

TAHUN 2012 / 1433H - BERMULANYA DI SINI



Hari ini hari ketiga dalam tahun masihi. Tetapi jangan lupa bagi yang muslim kita dah berada di bulan kedua Hijrah iaitu bulan Safar. Alhamdulillah masih jua Allah panjangkan umur dan semoga terus dipanjangkan agar kita dapat memperbetulkan yang salah..menambahbaikan yang kurang dalam kehidupan kita yang berbagai bentuk tanggung jawab.

Salam buat pembaca blog Sofea ini baik yang diam-diam membaca mahupun yang dah jadi follower. Yang sudi baca tu silalah daftar ye. Sekadar menambah kenalan.Mana tahu Sofea nak juga berkongsi apa2 yang menarik.

Tahun 2012 baru saja bermula.Apa yang pasti bagi Sofea yang bekerja.Hari ini hari pertama bekerja di tahun 2012. Cuaca hujan di Kuching hingga di tempat Sofea bekerja ( Batu 8 ).

Tengah memikirkan apa azam Sofea untuk tahun ini.Semoga dapat dicapai.

Kek Lapis Evergreen (kukus)



Ahad lepas sofea dah mencuba resepi kek lapis evergreen ( kukus) dari blog Dayang Jack. hasil nya seperti yang diatas.Kalau nak mencuba resepi ni boleh kunjungi blog DJ k. Bagi percubaan pertama ini sofea rasa kurang memuaskan hati sofea. Insya Allah sofea akan cuba lagi. Apa-apapun rasa nya sedap,kemanisan sederhana.Kek lapis ni sofea buat sempena hari guru di sekolah anak sofea hari tu. insya Allah ada rezeki di lain hari sofea nak masak yang lain lagi.

Doa bulan REJAB


sudi-sudilah kiranya membaca doa tersebut

KELAS JAHITAN DAN KELAS MENGAJI

Kelas menjahit
Baju Melayu


Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lama jugak lah sofea tak cerita kan pasal kelas jahitan ni. Sebab sekarang sofea busy sesangat dengan kerja di ofis dan kerja lain. Sofea punya kelas fleksibel. Masa ikut masa sofea ,asalkan tidak bercanggah dengan masa cikgu mengajar lah.

Biasanya sofea belajar hujung minggu ( sabtu ahad ) dan cuti umum. Sofea juga baru siapkan baju melayu. Baju kurung sudah 3 pasang disiapkan. Cuma gambar sahaja yang lupa diambil.

Bagi pembaca yang berminat nak ikut serta kelas menjahit boleh lah menghubungi cikgu tersebut;

ROSNI TAILOR
No 420 Kampung Bintawa Tengah
Petra Jaya 93050 Kuching

no tel akan diupdate. harap maklum

Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi beliau. Puan Rosni juga seorang guru mengajar iqra' untuk anak-anak. Sesiap berminat nak hantar anak-anak dengan beliau boleh berbuat demikian.

ps; kelas akan dibuka selepas syawal 2012. harap maklum

Thursday, May 17, 2012

PENAT / KEPAK


Salam semua.Sofea bercerita pasal penat hari tok.Start awal bulan tok tek,penat berganda untuk sofea.sik dapat nak kata apa. dari kerja ofis sampeylah kerja di rumah.Sik pandey berenti. Opss..sofea cakap sarawak untuk entry kali ini. Boleh kan?

ok,sofia mulakan cerita dari rumah.buat masa tok masih tinggal dengan famili mertua lah. dalam rumah  kira2 dalam 10 org gia. fuh penat tauk. 10 org ya kira termasuk kmk org 4  beranak lah. adik-beradik laki ada 4 org gik di rumah ya. yang lain ada ikut laki dan di luar kuching. kerja rumah,macam nyapu uras,ngemop lantey,buang sampah,cuci tapak mangkuk,cuci baju,jemur baju,lipat baju..wah banyak gilak kerja. Tapi mun masak adik ipar atau mak mertua lah biasanya yang masak.sofea kadang2 jak.

kerja2 cuci baju ya pun ikut keadaan juak lah.so far masa tok nang adik ipar yang cuci baju ..hehhe tp makey mesin basuh lah..xkan pakey tgn...silap2 alu patah pinggang..hahah..ya lah kesian juak ngan nya.so,tolong yang termampu jak..sapu uras,ngemop lantey,cuci sana cuci sini..lipat baju dirik pun.adik beradik yang lain kerja dan sekolah.

cerita dalam ofis,biasa lah kerja2 ngadap pc tok..mun sik naip..ngga sistem yang slow nya..aduhh..

hujung minggu ( sabtu ahad) sofea kelas menjahit. masa tok gik belajar molah baju kurung ngan baju melayu..ya lah kepak gilak..mun sik kerja dapat lah turun kelas.mun kerja pergi kerja lah..heheh.

kepak gilak-gilak.harap bulan jun dapat rileks sikit


Tuesday, May 15, 2012

Kek Lapis Evergreen (Kukus)

buat pembaca blog sofia. sofia kongsikan bersama resepi kek lapis ini. daripada seorang kenalan baru. sudi-sudilah klik ya. terima kasih. dan untuk pemilik resepi. sofia kongsikan untuk mereka.


Kek Lapis Evergreen (Kukus)

Wednesday, May 9, 2012

Solat DHUHA dan kelebihannya



Solat Dhuha dan bila ia dikerjakan?


Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh).
Cara melaksanakannya.
Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Doa Selepas Solat Dhuha

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan Solat Dhuha
الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...