Tuesday, August 14, 2012

Persiapan untuk Bayi - Ahli Baru - Bakal Tiba

persiapan barangan bayi
huhuhu..tajuk entry macamlah sofea yang mengandung. Ada niat ke arah itu. Tapi, kena hold-on dulu ek..utamakan yang perlu dulu..insya Allah selepas menduduki rumah baru nanti..doakan sofea k.

dalam beberapa hari lagi,insya Allah kalau dah janjiNYA. adik suami bakal melahirkan anaknya yang pertama. jantina belum lagi diketahui. Tidak kira apa saja jantina, doa kupanjatkan agar semuanya Allah permudahkan. Tahun 2012 ini, mertuaku bakal menimang cucu sebanyak 3 orang. iaitu dari adik suami ku yang pertama, adik ipar suamiku dan adik perempuan suamiku yang baru saja berkahwin tahun ini jugak. Suami sofea ni banyak adik perempuan. suami sofea pulak yang sulung. yang bongsu lelaki. 5 perempuan 3 lelaki. adik lelaki no 3 dah kahwen dan bakal menimang cahaya mata yang ke-4. yang baru kawen tu no 5.rezeki , bunting pelamin.

Al-hamdulillah..huhuhu jeles pun ado. ( tp takpe,ALLAH MAHA PEMURAH )..nak diceritakan kalau dulu sofea akan sediakan barang-barang untuk ahli baru seperti ;

baju
sarung tangan/kaki
topi/pentup kepala
pampers / kain lampin
tisu basah / spray
kain bedung / kain balut
minyak telon/minyak rempah/minyak hangat ( untuk elak bayi kembung perut )
set tilam
selimut bayi

untuk ibunya nanti sofea cerita kemudian k. sofea ada ambil gambar barang2 untuk bayi.



kain lampin ANAKKU - tahan jenis kainnya


pampers pakai buang

tisu basah

set ANAKKU - lotion,mandian,powder,

baju dan sarung tangan kaki


p/s : ada banyak lagi barang-barang bayi yang kita kena beli. lebih-lebih lagi yang baru punya anak.

Persiapan Anak-Anak - Selamat Hari Raya 1433H

Al-hamdulillah, tinggal beberapa hari lagi Aidilfitri bakal menjelang tiba. Berakhirnya ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tahun 1433H / 2012 ini. Semoga Allah panjangkan usia kita nanti untuk merasai Ramadhan yang mendatang.

Salam kemaafan dari Sofea serta keluarga. Dan semoga doa Sofea Allah makbulkan. teringin sekali raya ini ada perubahan yang diharapkan.

Sofea nak ceritakan pasal persiapan menjelang lebaran tahun ini. selain sofea buat biskut dan kek lapis atau kek kukus. Sofea dahulukan pakaian raya untuk anak-anak ,suami dan sendiri. Bagi pakaian anak-anak sofea dah mula beli kain dan jahit sendiri ( dibantu oleh guru jahitan ). Anak-anak sofea buat 2 pasang seorang. itupun bergantung dengan lebih kain. bagi sofea dan anak sulung ( pompuan ) , sofea belikan 8 meter kain. kalau ada lebih dapat buat seluar..hehheheh..begitu juga kain untuk suami dan anak nombor 2 ( lelaki ) 8 meter semuanya. seronok bila sendiri yang jahitkan pakaian raya ni. seronok dan ilmu tentang kain pun kita dapat tahu. sebab kalau beli kain kena hati-hati..ada sesetengah penjual bila potong kain yang kita minta. sukatan tu tak cukup seperti yang kita hendaki. kalau kita minta 4 meter akan kurang 1/2 meter. ok laha nanti kita cerita pasal kain eh..ni nak tunjuk hasil tangan sendiri..belum memuaskan hati sendiri.tapi,bolehlah..dari tiada..dan pakaian ikut selera sendiri.


baju kurung Sorfina


baju jubah Sorfina


baju melayu Thaqif


baju melayu Thaqif


sebahagian pakaian yang siap disimpan

p/s: hasil jahitan sepanjang kelas menjahit 2012. kalau banyak masa free nanti nak buat lagi untuk tahun hadapan. Insya ALLAH .  :-)

Ucapan - Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Salam kemaafan dari Sofea buat pembaca blog sofea ini. sekiranya ada salah dan silap yang terang mahupun yang sembunyi..( mood raya )




p/s: datang jemput ke rumah ya bagi pembaca area kuching

Thursday, August 9, 2012

Ramadhan Hari ke 20

Malam tadi adalah malam 10 hari terakhir Ramadhan. Itu juga menandakan hari lebaran bakal menjela tiba. Sofea masih gigih untuk menyediakan biskut dan saat akhir nanti sofea sediakan kek lapis dan kek kukus. tahun ini giliran beraya di rumah org tua sofea. insya Allah tahun hadapan sofea bakal beraya dirumah baru. insya Allah. selepas beraya dirumah famili sofea,kami sekeluarga akan ke rumah mertua. diharap raya tahun ini Allah makbulkan permintaan sofea.

BloG - Muka Baru

Salam buat semua. Hari ini sofea ada masa nak update blog sofea ni. tambah-tambah lagi sofea tengah rajin nak make-up kan blog sofea ni. dah bersawang je rupa blog ni. dari awal pagi lagi sofea cuba nak ubah tempalate blog ke wajah baru yang simple tapi ceria serta kemas..harap menjadi lah..jutaan terima kasih yang tak terhingga buat kakak deena yang sudi membantu untuk pembangunan blog sofea ni. kami tak pernah berjumpa namun Allah telah dekatkan hati kami untuk saling berkomunikasi.dan kesudia kak deena amatlah sofea hargai. begitu juga buat pembaca yang sudi membaca segala coretan sofea ini.

tidak juga sofea lupakan kawan2 blogger yang sofea selalu kunjugi blog mereka . untuk dapatkan ilmu dan kadang2 yang beri resepi tu dapat jugak sofea praktiskan..

Thursday, August 2, 2012

Me - ' ngookies ' lagiiii

setiap hujung minggu atau masa yang terluang akan sofea cuba isikan masa tu dengan membuat biksut. ala kadar je. buat masa ni dah buat 3 jenis biskut. BISKUT CRUNCHY NESTUM RICE , TAT NANAS dan BISKUT KACANG.

Kesemuanya sofea buat dalam 1 jenis bikut X 6 adunan. banyak lah dapat. Dalam 3 balang besar lah jugak. penat memang penat,tapi sofea suka nak membuat nya..

Selain dari buat biskut , sofea adalah jugak buat baju kurung dan jubah untuk sendiri dan anak2. Baju melayu untuk suami dan anak. tahun ini 2 pasang seorang.

Resepi - Kuih Lapis Seri Wangi

Sempena bulan ramadhan kali ini, tiada apa yang berubah. Malah selera makan sofea agak terhad. menu untuk berbuka pun sekadar sahaja. teringin nak memasak kuih kampung. harap2 ada lah masa sofea nanti.
kuih yang sofea maksudkan kuih ini.

Kuih Lapis Seri Wangi

kredit dari blogger DayangJack

resepinya seperti ini ;

Bahan-bahan (loyang 8 inci)




Bahan A

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat
Bahan B

1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C

3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.

Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.






p/s ; memandangkan sofea belum pernah mencuba. dan suka makan je. jadi gambar tu saya mintak guna pakai. nanti kalau sofea berjaya buat. sofea akan update kan lagi. harap maklum


 

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...