Monday, May 6, 2013

SHAKLEE - SET J1 - SET IBU MENGANDUNG



Set J1 - Set Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wanita atau ibu yang hamil memerlukan ;
  • pemakanan yang seimbang
  • vitamin yang baik
Tujuannya untuk ;
  • mengekalkan kesihatan badan
  • kesejahteraan bayi dalam kandungan
Antara sebab perlukan vitamin ;
  • keadaan tubuh ibu yang lemah
  • mudah dijangkiti demam dan selesema
  • keadaan ibu hamil yang berbeza-beza

Jadi, sebagai ibu seperti diri sofea jugak.kita mestilah mahukan yang terbaik untuk kandungan. Dan di sini sofea syorkan untuk mencuba supplement dari Shaklee ini. 

Cubalah Set J1 - Set ibu Mengandung bagi trisemester pertama , insha Allah anda akan dapat rasa kesannya.

Set J1 terdiri ;

1. Vitalea / Multivitamin
  • multivitamin terbaik dengan zat besi.
  • membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
  • jika ibu mengambil vitalea , obimin tidak perlu diambil lagi.
2. B - Complex
  • mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic.
  • asid folic dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu  tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
3. Vitamin C
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Berperanan dalam menyokong tulang , gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan tubuh badan.
4. Ostematrix / Kalsium
  • Ibu mengandung perlukan 1000 mg -1300 mg kalsium sehari.
  • Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Juga membantu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.

pesanan penting ;

sekiranya anda telah mengambil set-set di atas , obimin dan asid folic yang dibekalkan oleh doktor, tidak perlu diambil lagi.

sesiapa yang berminat boleh hubungi sofea ;

telefon : 0138290985
FB      : Sofea Jali




SELAMAT HARI LAHIR BONDA



Selamat hari lahir Bonda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam mengundi. semalam jugak ulangtahun kelahiran bondaku. 05052013 yang ke 55 tahun. Milli binti Elis nama diberi. tiada hadiah bernilai dari kami. hanya doa yang dapat dipohon.

Selamat hari lahir
Selamat hari lahir
bonda kami

Semoga Allah panjangkan usiamu
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik
Semoga Allah murahkan rezekimu
Semoga Allah permudahkan urusanmu
Semoga Allah memberikan taufik, hidayah dan petunjukNya
Semoga semuanya baik-baik tentangmu


Ayahanda dan Bonda

 dan tak lupa jugak. selamat ulangtahun perkahwinan. semoga kekal till jannah

SUDAH. CUKUP SUDAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Semalam kita dah mengundi. Keputusan pun sudah diumumkan. apa sahaja keputusan, kena lah terima dengan redha. apa yang penting sekarang, harap semuanya dalam keadaan yang teratur. kerja dan hidup perlu diteruskan.

semoga yang berjaya terus menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Friday, May 3, 2013

BETULLAH TU..ANAK ITU CERMIN DIRI



suka bebenor ko melepak di Bombay

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

cerita pasal anak ni. betullah tu..anak kita cermin diri kita. nak marah-marah pun tak berballoi. tapi tak marah nanti. anak-anak tak dengar kata. pagi-pagi lagi Thaqif dah nak ikut jalan. sofea kena hantar kakaknya, lepas tu baru gerak pergi tempat kerja.

tempat kerja sofea. 1 jam baru sampai. ikut keadaan jalan raya jugaklah. pagi ni thaqif tak dapat nak ditolakansur dah. dia nak jugak mengekor. nasib baik si kakak tolong pujuk umminya. bukan adiknya. siap cakap lagi. ummi bawak sekali thaqif hantar dia pg sekolah. lepas tu hantar balik lah ke rumah. huhuhu..ikut kan je lah. nanti menangis lebih-lebih. ummi jadi gorilla. maunya sofea tak mengamuk...hahahha...garang kan..


gelaran baru dia..hai machaaa...


makan cepat..ummi dah lambat

lepas hantar sikakak. adik buat request pulak. nak pg minum kat kedai india tu. makan roti. hadehhhh..kenalah melayan. ajak lah Thaqif pergi minum kat bombay cafe tu. bila fikir balik. hahhhh, memang dah jadi ummi lah ko dekkk. ummi ngko dulu. tak sah dia tak singgah bombay pepagi. sekarang u turn pulak. tahqif thaqif...nanti kalau ummi pregnant baru. macam mana lah pey-el adik ngko nanti...

sudahlah kena mencari daging unta ni. masih tak dapat lagi...huhuh

2 HARI LAGI NAK MENGUNDI


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini hari jumaat kan. tinggal 2 hari lagi kita bakal mengundi. sofea pun mengundi jugak. kali pertama lagi tu. sofea mengundi di kampung je. tak jauh dari rumah. di harap semuanya berjalan dengan lancar.

jomlah kita pergi mengundi.


Thursday, May 2, 2013

SESEKALI AKU JUGA PERLUKAN KAWAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sedih lah. setiap masa perkara yang sama sofea lalui. pulang dan balik kerja. bukan bererti sofea bosan. tapi ada masanya sofea perlukan seseorang bernama kawan. waima sofea ada suami, anak-anak, adik-beradik. ianya tak akan sama.

di sinilah sofea cuba mereleasekan minda. kekadang tak tertanggung jua. harap nanti sofea ada masa nanti. bukan tak ada kawan. entahhh. sofea kurang pasti kenapa begini. insha Allah akan terus perbaiki diri.

AKTIVITI SEMPENA CUTI HARI PEKERJA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam kan cuti umum. sempena cuti hari pekerja. jadi sofea dah siap plan awal-awal nak buat apa. malam sebelum tu sofea temankan adik pergi Choice Super Mall. Mak , adik Ani dan adik Tikah ikut sekali. jadi kami berempat lah. masa ni sofea dari tempat kerja. terus ke rumah emak. ambik diaorang. lepas maghrib baru jalan. adik beli barang keperluan je. nanti barang baby dia , sofea nak ajak pg Upwell kubah or kat Anakku di Satok. beter beli barang yang tahan lama. sebab sofea ada pengalaman pasal itu. nanti sofea ceritakan ye.

selepas dari menyopping. sofea terus ajak diorang pergi rumah MIL. nak ambik Sorfina dan Thaqif. sebab esoknya nak pg jenjalan. setel kemas barang dan atur modem. dan yang lain. kami gerak balik rumah my mom.

Al-kisahnya pagi semalam. sofea pergi dulu ke bengkel with my suami dan Sorfina. Thaqif tidur balik. jam 0500 pagi dia dah bangun , tu mengantuk balik. pergi bengkel untuk servis kereta je. selesai tukar minyak hitam dan filter. dalam RM 85.00. kami pergi makan kat Rumah Hijau di riveredge tu. makan kat sana.

kami order kek coklat dan kek cheese coklat. slice RM5.00. berbaloi dengan keenakkan rasanya. kami order minuman nescafe tarik, nescafe 0 dan milo peng. makan laksa sarawak dan fish ball kueh tiaw soup. lupa nak snap gambar. yang ada cuma ini je.



nescafe 0 dan laksa sarawak






Nescafe Tarik Nipis



Laksa Sarawak Rumah Hijau @ riveredge



kek coklat dah habis


masa kami makan. kat luar hujan lebat sesangat. nampak gayanya plan jenjalan dengan emak akan ditukar. sampai kat rumah. mak dan adik-adik belum pun bersiap. jadi lepas zohor baru gerak. itupun kami pergi keTaman Puteri je. pergi rumah adik emak. masa kami sampai. adik bongsu emak pun sampai jugak. macam janji pulak.

mayb plan hari semalam akan ditunda ke ahad ini. selepas pergi mengundi. nak pg carik kain kat India Street dan jenjalan kat waterfront...nanti update.



LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...