Friday, December 20, 2013

ADA REZEKI ..INSHA ALLAH MENIKMATINYA LAGI



anak ketiga . insha Allah di tahun 2014. pengalaman yang benar-benar berbeza. tapi indahnya. hanya Allah saja yang tahu. sofea tak tahu lagi. kalau ada rezeki. adalah yang keempat. sebab lepas yang ketiga ni. sofea kena koncen dengan rumah baru. alam baru. yelah dah tinggal rumah sendiri. banyak benda nak kena ambil perhatian.

semuanya bergantung dengan skop kerja baru sofea kelak. lepas cuti 3 bulan mungkin ada perubahan skop kerja. jadi, kena bersedia lah. bila dah konfem pasal kerja. barulah ada perubahan dibuat. sebab sekarang ni sofea on call. ada masalah kena turun tak kira jam berapa.

jadi, bila dah duduk rumah sendiri nanti. kena on standby jugak. kalau ikut plannya. rumah siap hujung tahun ni 2013. tapi tunggu lah penyerahan kunci nanti. semuanya bergantung dengan pihak developer.

tu sebab belum tahu lagi. ada ke tidak yang keempat. masalah kesihatan jugak. kena operation or tidak..kos operation dalam 30K. kira kasar.

PERANCANGAN 2014 ....



anak-anak sofea bakal bersekolah. yang sulung sorfina , harapnya dapat sekolah di Pra Sekolah. dah masuk 6 tahun .tengah tunggu surat. tapi, masa isi borang permohonan hari tu. sofea ada salah isi alamat.

yang kedua masuk 4 tahun. thaqif hashim .sofea hantar ke tadika kemas je. tujuan hantar awal. agar mudah untuknya bergaul dengan rakan sebaya. belajar sesuatu di sekolah. harap semuanya dalam terkawal.

minggu depan akan mula daftar sekolah untuk musim persekolahan 2014. tak sabar rasanya. harap-harap thaqif mahu sekolah nanti. taklah rugi bayar yuran nanti.

cuma menjadi kebimbangan sekarang. surat dari sekolah sorfina. dapat ke tidak...susah hati lah.


cuti 3 bulan nanti , moga-moga dapatlah dimanfaatkan dengan baiknya. penyusuan bayi. dan jaga baby. hehehe...

rumah baru pulak. harap indah khabar nanti. dapat kunci tahun depan. bolehlah sofea prepare apa yang patut. dari naik api dan air. pasang tinted dan grill. pasang lampu , kipas angin. macam-macam kena buat.

PERANCANGAN 2014...baby , rumah , anak sekolah


ada 11 hari lagi..bakal menjelang tahun 2014 masihi...permulaan tahun baru ni. banyak perancangan kena atur. dari siri sendiri , kewangan , anak-anak dan rumah baru.

dari diri sofea. sofea bakal bersalin bulan februari 2014. kali ni , sofea kena minta bantuan adik ipar untuk jaga dalam tempoh berpantang. cuti bersalin 3 bulan sudah diluluskan. Alhamdulillah. persiapan untuk barang baby masih diteruskan. barang lama dan baru. persiapan untuk diri sendiri. kena bersedia untuk bersalin anak yang ketiga. semoga semuanya dalam REDHANYA. dan sofea akan usaha untuk menyusu anak. insha Allah. barang baby dan sofea untuk di bawa ke hospital sudah dalam beg.

barang baby ;

topi
baju
sarung tangan/kaki
pampers
kain bedung
tuala kecil
minyak bayi
set mandian

barang sofea ;

tudung / skaf
baju
kain batik
baju/seluar dalam
minyak herba
stokin
pad
tuala

sofea dah sediakan. tunggu masa je lagi......

BSP DAN HB


dah masuk 32 minggu ++ kandungan sofea. dan pertama kalinya. sofea kena suspected kencing manis dan bacaan hb darah tidak memuaskan. misi nasihatkan makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap. kena makan zat besi lebih.

masalah sofea sekarang , makan apa sahaja. tak dapat nak kawal selera makan. air kosong memang minum utama sofea. tapi , sofea kuat makan nasi....

semoga semuanya dalam keadaan terkawal. sekarang sofea kena setelkan hal slip disc yang dihidapi. kena jumpa doktor pakar. mohon surat dari pihak pakar. berkenaan tahap sakit slip disc sofea. in case, sofea tak dapat bersalin normal. bius mana yang boleh sofea guna nanti untuk bersalin secara c-zer.

harap dapatlah kerjasama dari pihak pakar nanti. vitamin dari klinik masih terus diambil.

Saturday, December 7, 2013

KERJA PUN KERJA LAH



Alhamdulillah...pagi dah.

masa ni masih di ofis. kerja lebih masa. dari semalam lagi..khamis. sambung ke jumaat . now dah sabtu. kerja kerja. boleh lah claim OT. dapatlah buat belanja sambut baby kelak.

ada 2 jam lagi nak tunggu kerja siap. itupun kalau group lain dah setel semua kerja.

dan bernasib baik. suami sudi temankan. sebab sensorang kat ofis. kesian lah jugak kat anak-anak. tapi , apa boleh buat. ok lah...penat menggodek tadi. cuba template baru. baby pun tak tdo lagi. dok kicking je kerjanya...aktif...Alhamdulillah

Tuesday, December 3, 2013

BABY MELINTANG



selepas berbuka puasa. selepas urusan ambik darah sebelum minum air gula. lepas tu minum air gula. tunggu 2 jam. lepas 2 jam kena mabik darah lagi. barulah sofea makan dan minum. sebu rasanya. nasib tak kena gastrik. kalau tak nangis..

pergi jumpa doktor panel. nak mintak scan. sebab baby aktif bergerak. boleh tahan aktif. cuma sofea tak tahan badan selalu sakit sekarang. bahagian pinggang ke bawah.

pergi jumpa doktor. sampai turn . scan baby. baby kedudukannya melintang. ikut kata doktor. kepala baby mesti dibawah. untuk minggu 31. tapi my baby melintang. yang lain semuanya Alhamdulillah. dijangka perempuan. selamat semuanya. harap-harap keduduknannya normal sampai akhir kehamilan.

selesai di klinik. sofea balik. dan bagitau dengan MIL. MIL offer cek perut. dan kalau boleh atur sedikit. Alhamdulillah. ada juugak geraknya. cuma baby ni melawan. MIL cakap kena selalu cek. insha Allah. sofea pun ada cakap kat suami jugak..hehehhe

aktifnya ya si baby ni...

MINUM GULA PUNYA CERITA


first time kena minum air gula. sebab temujanji 2 minggu lepas. berat naik lagi. dah cuba kawal makan. tapi berat badan tetap jugak naik. hmmm

di akhir-akhir minggu mengandung ni. makan je lah apa yang nak dimakan. al-kisah cerita minum air gula. temujanji pada 28.11.2013 khamis sebelum jam 0800 pagi. sampai klinik dalam jam 0745 pagi. dah ramai orang rupanya. terus beri buku temujanji. lepas tu diorang suruh pergi tingkat atas sekali.

wah..semput rasanya. naik tangga..hikhik. badan dah berat. kaki pun masih sakit. tawakal je. sampai je kat tingkat atas. dah ramai ibu-ibu menunggu giliran. ada dalam 12 orang. terus bagi buku. sampai turn kena panggil. nurse ambik darah. tangan sebelah kanan. lepas tu kena minum air gula segelas besar dik oiiii...sedih nya. sofea teguk sampai habis. memang manis gilerrrrrrrrr....

kena tunggu 2 jam lagi. maksudnya kena sambung puasa lagi. sofea mula puasa malam sebelumnya. bermula jam 1000 malam lagi...sampai ke pagi belum makan. minum air kosong je boleh. tapi lepas di suruh minum air gula. dah tak boleh minum or makan. waima minum segelas air kosong. so tawakal.

sofea pergi selesai urusan dulu. sebab kena tunggu 2 jam kan. tak sampai setengah jam. urusan selesai. masih ada 1 jam lebih nak ke klinik. makanya, sofea balik rumah famili. ingatkan nak tidur. tapi tak dapat. sebab perut lapar dan kosong. mungkin ini sebabnya ada yang muntah...sambil tunggu masa nak ke klinik. borak-borak kejap dengan mak. tepat jam 1000 pagi. sofea gerak ke klinik. terus ke tingkat atas. kena ambik darah selepas minum air gula. tangan sebelah kiri. 2 kali cucuk baru darah keluar. baru perasan, kawasan yang gagal dicucuk ada lebam...hukhuk...lepas ambik darah. boleh buka puasa dan balik. so, badan dah letih. lapar. makan dulu dan ambik sick leave...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...