mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, December 26, 2013
SET KEHAMILAN SHAKLEE - SID 908472
sofea dah amalkan.
cuma nasihat sofea kena konsisten.
kena ikut cara pemakanan yang betul.
peringatan untuk diri-sendiri dan yang baru nak mencuba.
berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee ni. hubungi Sofea di talian 0138290985.
selamat mencuba. semoga Allah permudahkan.
SET KEHAMILAN SHAKLEE
Dalam usaha untuk yang terbaik bagi bayi dan diri. sofea juga amalkan set kehamilan shaklee. yang terdiri daripada ;
1 ) Ostematrik
- merupakan kalsium
- membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
- mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya dialamai oleh ibu mengandung.
- jangan dimakan bersama vita-lea , b-kompleks dan vitamin C.
- dimakan sebelum tidur malam.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat.
2 ) Vitamin C
- membentu meningkatkan sistem pertahanan badan.
- berperanan dalam menyokong tulang , gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
- makan selepas lunch.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat.
3 ) Vita-Lea
- iaitu zat besi.
- multivitamin terbaik.
- membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
- mengatasi masalah Hb rendah / anaemia.
- makan ketika perut kosong untuk penyerapan zat besi yang optimum.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat.
4 ) B - Complex
- seperti pil vitamin B kompleks.
- pil asid folik
- jumlah asid folik yang mencukupi membantu mencegah kecacatan dalam tiub neural bayi.
- asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
- makan ketika perut kosong untuk penyerapan zat besi yang optimum.
- makan dengan air kosong.
- elak minum air teh , kopi , karbonat , susu dan coklat.
kalau mengambil set kehamilan Shaklee. dinasihatkan tidak mengambil pil hematinik dari klinik atau hospital.
MAKANAN KAYA ZAT BESI
Untuk tambah darah , kena makan makanan kaya zat besi.
dari sumber haiwan seperti daging , hati , ayam , limpa , kerang , ikan , sotong dan ikan bilis.
dari sumber sayuran hijau seperti pegaga , pucuk paku , sawi , pucuk ubi , kangkung , bayam dan kalian yang mengandungi zat besi.
juga jenis kekacang sepeti kacang hijau , kacang soya dan kacang dhal.
buah seperti jambu batu , limau , betik dan mangga.
ANAEMIA
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin ( Hb ) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu , apabila mengalami anaemia , tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga.
Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11 gm/dl.
Untuk mengatasi masalah anaemia semasa hamil adalah tambah darah dengan Pil Hematinik. Hematinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu :
- pil xat besi ( ferrous fumarate )
- pil asid folik
- pil vitamic C
- pil vitamin B komleks ( B Co )
Pil hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi , B kompleks , dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. pil vitamin C membantu penyerapan zat besi.
Peringatan !!!!!!!!!!!
1 ) Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
2 ) Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi , teh , minuman berkarbonat , minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
3 ) Tetapi , jika ingin pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.
KESAN ANAEMIA KETIKA HAMIL
Anaemia akan menyebabkan ;
Ibu -
keguguran
tumpah darah semasa dan selepas bersalin
kematian
Bayi -
tumbesaran dan perkembanganbayi terbantut
kelahiran bayi kurang berta badan
kelahiran tidak cukup bulan
bayi meninggal dalam kandungan
LAWATAN KE KLINIK
setiap temujanji ke klinik dari awal kehamilan hingga akhir kehamilan ada prosedur tersendiri. kena register kehamilan sebelum 3 bulan. misi akan minta butiran peribadi seperti kesihatan sendiri , sejarah perubatan diri dan keluarga , jenis pencegahan kehamilan yang diguna sebelumnya , kitaran haid dan lainnya.
sofea register di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Malaysia Jaya. tak jauh dari rumah keluarga. pertama kali yang perlu dibawa adalah sample urin. untuk pengesahan kehamilan , mengesan gula dan mengesan protein.
ketinggian diambil sekali sahaja. berat badan akan diambil bacaannya pada setiap lawatan.
ujian darah juga dilakukan untuk mengetahui kumpulan darah , HIV dan tahap hemoglobin. tekanan darah dimbil setaip lawatan juga. untuk mengetahui paras tekanan. pemeriksaan fizikal , dengar degup jantung dan paru-paru. payudara juga diperiksa. kesihatan gigi juga penting.
pemeriksaan bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidal terdapat bengkak atau edema. merasa abdomen akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim.
ujian tambahan scan ultrasound . mengikut keperluan. untuk memeriksa umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran , kedudukan bayi dan uri ( palsenta ) serta air mentuban. bayi membesar secara normal...
pertambahan berat badan 0.5 kg / sebulan bagi kandungan 5 bulan pertama. untuk kandungan seterusnya 0.5 kg / seminggu.
hubungan seks tiada halangan semasa hamil. kenalah berhati-hati.
pemeriksaan kehamilan dari bulan pertama hingga ke tujuh bulan sebulan sekali. 7 bulan ke 8 bulan 2 kali sebulan. kandungan sudah 9 bulan , pemeriksaan akan dibuat sekali seminggu...
JANGAN CAMPUR
hari tu ada temujanji klinik. misi dah ulang kali pesan jangan makan pil folic asid , iron tablet dan b-complex dengan minuman berkafein seperti kopi , nescafe , teh. minuman coklat dan susu juga tidak boleh.
sebabnya tiada penyerapan zat besi nanti. maka sia-sialah makan ketiga-tiga pil tersebut. juga tidak boleh disekalikan dengan pil kalsium.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...
