Wednesday, May 21, 2014

TEMPOH BERPANTANG



sofea berpantang dalam 45 hari. makanan utama makan nasi , sayur sawi , sayur lobak putih , ikan bilis goreng halia , sup ikan haruan , roti dan air kopi 3 in 1.

makanan lain sofea tak berani nak makan. buah-buahan hanya prune yang sofea makan. ubat untuk dalam pantang. sofea guna set bersalin shaklee dan set bersalin tanamera. semuanya berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. senang nak makan dan guna.

urut semasa dalam pantang. adik ipar yang urut. urusan beri mandi Jannah. adik ipar juga buat. kekadang mak mertua atau mak sedara suami. berbedung,bertungku.

lepas ni nak bersauna. urut pulang hari dah dibuat cukup 45 hari.


pesanan ;

makan ostematrix 4 biji sebelum tidur
kuat minum air kosong
makan zinc agar luka cepat sembuh

DI WAD



selepas bersalin dan semuanya selesai diperiksa. sofea dibawa ke tingkat 5. dalam pagi tu jugak lah. dalam keadaan mamai2. kena pulak nurse carik bed kosong. sebab pihak hospital dah tukar kod untuk letak pesakit. sofea pun dah lupa lah. sofea tukar katil. dan baby pun masih tidur. memang masa ni. sofea betul2 dah tak larat. sakit, ngantuk...nak bawak baby pun. sofea takut...takut jatuh dari tangan...biarlah baby selamat dalam katil dia...


Peringatan untuk diri-sendiri!!!!

kalau ada rezeki melahirkan anak lagi. kena berpesan dengan suami. pasang stokin tangan dan kaki untuk anak. dan paling penting bawak bantal dan tilam bayi. agar bayi rasa selamat dan selesa. hospital kan sejuk...part ni lah sofea terkilan sangat. betul-betul sofea tidak larat nak angkat...


suami dan mak mertua sediakan keperluan sofea. lepas tu dah kena balik ke rumah. kesian kan. sofea sampai ke pagi baru sedar dan segar. itu pun ubat masih kuat. baby kena minum . nurse beri susu. sofea kena check balik. sebelum balik. nasib baik semuanya ok. baby pun ok. balik dalam jam 5 petang.

kali ini sofea berpantang di rumah mertua. adik ipar yang jaga. maslah paling besar nak hadapi masa berpantang. adalah sukar buang air besar. huhuhu..menangis tak keruan dibuatnya. tapi, ianya sebahagian dalam rencah hidup.

tempoh 45 hari berpantang. Jannah tak banyak kerenah. syukur, tahu ummi nya memang sik larat. cuma ada masanya kakak dan abangnya banyak kerenah. ya Allah peliharalah anak-anak ku.

minggu pertama, makan sedikit2 . berlaukkan nasi dan sayur lobak putih dan ikan bilis goreng halia. lepas tu suami cari ikan haruan. pancing sendiri. masak sup haruan.

menu berpantang semuanya sama. sampailah dah habis pantang. sekarang dah nak 3 bulan. kenalah kawal makan. hehehehh

SYARIFAH MALAIQA JANNAH



Alhamdulillah. hampir 3 bulan sudah usianya. dah mula main buih2. macam nak tumbuh gigi. kuat benar menyusu.


syarifah malaiqa jannah

SYARIFAH MALAIQA JANNAH BINTI SYED MUHAMAD HAFIZAN
10.02.2014
0130 PAGI

9 bulan 10 hari dalam kandungan. Allah takdirkan dilahirkan di pagi hari. mula 7 malam sofea dah diarah pergi ke labour room. sofea dah berada di hospital pada 8 feb 2014. awal check-in. sebab dah due. seperti biasa. kena check jantung baby, ve dan segala bagai. ve masih 1 cm. nampak gayanya belum ada tanda nak bersalin. sabtu dan ahad berkampung di hospital. kawan-kawan dalam wad bersilih ganti. sofea dah tak keruan tunggu masa nak bersalin.

9 feb jam 7 malam barulah di bawa ke wad bersalin. terus diarah tukar baju khas untuk bersalin. doktor check tekanan darah, check jantung bayi dan tak lepas ve. 2 cm. lamanya bukaan kali ini. tangan kanan dicucuk untuk isi air rasanya atau ubat untuk beranak. doktor pecahkan ketuban dalam jam 1000 or 11 malam. banyak iar ketuban tumpah. samapi nurse tukar banyak kali kain atas tilam. lepas tu doktor bagi tau akan naikkan dos. dan tanya sofea nak ke ubat tahan sakit. sofea memula cakap tak nak. takut tidur. doktor cakap tak apa , mmg perlu tdo. sebab lama lagi. kira2 8 jam. huishhhh lama lagi lah nak menanggung sakit.

lepas kena ubat tahan sakit. memang terus mamai. suami memang dah bersama dalam bilik bersalin. so, dia nak kena balik. sebab lama lagi kan. jadi bagi dia balik. rasanya tak lama. selang 2 jam sofea dah bersalin dengan selamatnya. sofea call suami pun dalam keadaan mamai sangat-sangat.

nampak baby pun samar2. lepas baby kena mandi. sofea diurus terus oleh doktor. mcm-mcm ada. lucu ada, geram ada,sakit lagi lah. tapi perasaan bahagia yang paling tinggi. dapat jugak lahirkan zuriat buat kali ke-3 dengan pengalaman yang berbeza. subhanallah.

lepas semua selesai. suami datang. anak pun dah dalam pelukan......rehat >>>>>>>>>>>>

SAKIT LAGI GIGI...TERUS CABUT



selang minggu lepas. sofea dah kena serang sakit gigi. gigi berlubang. tinggal separuh lagi. semalaman kena tahan sakit. terus sofea makan pil tahan sakit. jadinya, sofea decide nak cabut gigi keesokan harinya.

lepas hantar anak ke sekolah. terus pergi Klinik Hanipah. kawasan petra jaya. sofea suka pergi ke klinik ni. sebab doktornya lembut je. tak kasar. tup2 dah dicabut gigi.

kali ni kena serang sakit gigi lagi. haishhh. banyaknya gigi berlubang ni. kalau asyik sakit. memang kena cabut lagi. tak tahan tanggung derita. boleh ganggu emosi. harap2 masih dalam kawalan lah

KEMBALI BERTUGAS



Assalamualaikum kalian semua. hari ni sofea dah mula bertugas. selepas bercuti 3 bulan . itupun ada 6 hari sofea dikehendaki bertugas untuk mengganti staf yang bercuti. nampak gayanya sofea tengah pening kepala ni. ye lah dah lama kepala ni fikir kerja rumah je. sekarang nak kena refresh balik.

hari pertama turun kerja. ingatkan awal bangun. rupanya lewat jam 6 pagi baru tersedar. haishhh. kemalasan melanda. mengantuk . bangun pagi selang 2 jam susukan si Jannah. macam biasa. bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi. lepas tu sediakan minuman suami dan bekalan untuk anak.

si jannah awal-awal pagi dah bangun...hehehe...hari ni ummi pergi kerja ya sayang. malam baru kita jumpa...

Wednesday, April 23, 2014

KEMBALI LAGIIIIIIII.......................



Assalamualaikum.lamanya tak update blog. sejak ada baby Jannah dan cuti 3 bulan ni. nak mengupdatekan blog amat payah. bukan tak nak. tapi keterbatasan waktu. Al-maklumlah dah kembali dengan anak kecil. 4 tahun beza baby Jannah dengan si abang.

Alhamdulillah. hari ni nak mula bercelotehlah. memandangkan sekarang dah balik kerja. tapi itupun ganti kawan sekerja. kawan pergi holiday trip. kena ganti 6 hari. memula tu , sofea malas nak turun kerja. ganti beliau. tapi bila fikir-fikir balik. kalau sofea tak test baby Jannah. nanti kelam kelibut pulak.

so, dah hampir 5 kali turun kerja. baby jannah ok. cuma tu lah. tercari-cari jugak dia dengan umminya. ye lah. sofea ni waima dah anak 3. inilah first time sofea berpeluang susukan anak. susu badan. yang ni kita cerita len kali k.

hari ni..kiranya hari ke 5 sofea dah turun kerja. esok last. kawan balik kerja jumaat ni. sofea pulak sambung balik cuti bersalin yang masih berbaki tu.

banyak benda sofea nak celotehkan nanti. itupun sofea tercari-cari jugak tajuk hit nya. ye lah. lama dah tak menulis aka menaip ni. kalau boleh biarlah yang boleh bagi hit my blog. teringin jugak sofea macam blogger-blogger lain.

nanti sofea akan celoteh pasal baby jannah , set bersalin , suka-duka kehamilan ,suka-duka bersalin , suka-duka tempoh berpantang. pengalaman pertama menyusu bayi.

tunggu sofea dah ready nak menaip lah ye. esok kot permulaan nya. hari ni sofea nak test je. sekarang ni otak lembab sikit. asyik teringat kat baby Jannah je...heheheh...bau baby sedap kan. itulah penghuni syurga...


Tuesday, March 11, 2014

10.02.2014 hingga 10.03.2014

Alhamdulillah....

dah 30 hari kami. sofea pulak tinggal 15 hari lagi tempoh berpantang. apa-apa hal nanti update lagi

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...