Wednesday, January 21, 2015

TERATAK SOFIZAN - MINI OFIS SHAKLEE - AKU TRY TRY TRY








teratak sofizan - mini ofis shaklee - aku try try try


Ya sofea bukan orang yang hebat. tetapi sofea mahu belajar dari orang-orang yang hebat.

Ya sofea hanyalah orang biasa. tetapi sofea ingin menjadi orang yang luar biasa.

Ya sofea bukan lah orang yang istimewa. tetapi sofea ingin membuat seseorang menjadi istimewa.

begitulah keadaannya diri sofea dalam terus berjuang untuk memperbaiki diri , ekonomi keluarga dan kehidupan. sofea nak sofea ada kelebihan yang boleh sofea sumbangkan kepada famili terutamanya ibu bapa sofea.

semoga Allah memudahkan segala urusan sofea.

Shaklee with sofea jali

Tuesday, January 20, 2015

TERATAK SOFIZAN - RESEPI BISKUT MAKMUR



teratak sofizan - resepi biskut makmur 

biskut fev ni. nak kata senang dibuat tak jugak. nak kata susah..bolehlah melenguhkan pinggang. rasanya macam ada plan nak buat biskut ni sempena CNY 2015 ni. boleh lah buat buah tangan untuk member setempat kerja kot. hehehe. kalau alrajin tu adalah.

ok lah nak share resepi lah untuk korang ye. ni pun sofea tanya chef google ni. kredit to owner.


Biskut Makmur

Bahan untuk doh:
·                     500g tepung gandum
·                     2/3 cawan gula icing
·                     1 tin kecil minyak sapi
·                     Paper cup

Bahan untuk inti:
·                     200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
·                     3/4 cawan gula icing
·                     1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:
·                     Sedikit gula icing


Cara menyediakan:

1.                   Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
2.                  Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
3.                  Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
4.                 Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
5.                  Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.



kredit to chef google

hmmmm harap dapat buat ni nanti

Monday, January 19, 2015

TERATAK SOFIZAN - PENGEDAR SHAKLEE KUCHING - NAK KURUS ? NAK TIPS ?




teratak sofizan - pengedar shaklee kuching - nak kurus ? nak tips ?


sapa yang tak nak kurus kan. sapa yang tak nak slim. sapa yang tak nak sihat. mesti kita semua nak kan. tapi usaha untuk menguruskan diri. usaha untuk menyelimkan diri. pelbagai cara. ada yang skip makan malam. ada yang mengurangkan makan nasi. dan ada jugak yang sentiasa mengambil kira kandungan kalori dalam setiap hidangan yang diambil.

jom. kali ini tips nak kurus saya cuba sharekan. harap dapat membantu lah ye.

semestinya kena minum banyak air kosong . kenapa air kosong ? bukan air lain.

* sebab air kosong mengenyangkan , jadi rasa nak makan pun kurang
* sebab air kosong membantu detoks segala yang tak perlu dalam badan kita
* sebab air kosong ni tak manis. jadi selera nak makan otomotik berkurangan
* sebab bila kurang air kosong , kita aka rasa lapar. dan minda hanya ingat nak makan je.
* jadi kalau cukup air kosong , perut akan rasa kenyang sahaja.



alamak !! tak suka lah minum air kosong. 

* saya ni pengamal Omega Guard Shaklee
* Omega ni bertindak membakar lemak dalam badan dan akan menyebabkan kita rasa haus.
* jadi secara otomatiknya saya akan minum air kosong banyak-banyak tanpa paksaan.
* perut akan berasa kenyang . selera makan pun kurang.

tengah tidur malam pun akan rasa dahaga jika tak cukup air. jadi setakat 3 Liter air tu. sekejap mata boleh diambil dalam sehari.


untuk yang nak mencuba omega guard ni. boleh terus hubungi saya.



Sunday, January 18, 2015

TERATAK SOFIZAN - RESEPI AYAM SERAI KASTURI




teratak sofizan - resepi ayam serai kasturi


sehari semalam hujan lebat melanda. beberapa tempat di kuching ada yang sudah dilanda banjir. semua kenderaan banyak dah ditepi jalan. demi mengelak kerosakan yang teruk. ada yang paras lulut. paras pinggang. lain-lain daerah atau kawasan dah inggal bumbung.

ya Allah banyak lah kerosakan dan kerugian kelak. namun semuanya atas kekuasaan Allah. kita sebagai hamba, berdoa sahaja.

hari ini, sofea nak kongsi sedikit menu masakan. ayam serai kasturi. mana tau untuk dijadikan juadah sempena hujan lebat ni. time sejuk,perut mudah sangat lapar.


Ayam Serai Kasturi

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :

1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
4. Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...






resepi dari chef google. kredit to owner. 

Saturday, January 17, 2015

TERATAK SOFIZAN - RESEPI AYAM GORENG PANDAN




teratak sofizan - resepi ayam goreng pandan


hari ni nak share resepi ayam goreng pandan. sofea dapt dari chef google. sebab dah lupa dapat dari mana resepinya. kredit to owner.

sarawak sekarang menerima hujan lebat sepanjang hari. keadaan air melimpah dan banjir di beberapa kawasan dan tempat di seluruh negeri sarawak. bingung rasa hati ini.

almaklum hujan. mesti lapar kan. jom lah pekena ayam goreng pandan ni.



Ayam Goreng Pandan

Bahan2nya
1kg peha Ayam Segar
3 batang serai – dikisar
1 inch halia – dikisar
1/2 inch lengkuas – dikisar
4 ulas bawang putih – dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
Gram & gula pasir/merah secukup rasa
Secukup daun pandan untuk dibalut pada ayam
Minyak 3 sudu besar digaulkan pada ayam
Batang lidih (Tooth Picks)
Minyak secukup untuk menggoreng

Cara2nya
Gaulkan ayam bersama rempah2 yang dikisar, perap ayam nya dalam 1 jam.
Balutkan ayam bersama daun pandan dan ketik dengan lidi. 
Panaskan minyak secukup untuk digoreng. 
Sajikan dengan nasi panas dan juadah lain. 
Cicah dengan cili sos.







Friday, January 16, 2015

TERATAK SOFIZAN- MINI OFIS SHAKLEE KUCHING-E-SELL DISEDIAKAN



TERATAK SOFIZAN- MINI OFIS SHAKLEE KUCHING- E-SELL DISEDIAKAN

Alhamdulillah. hari tu dah nak daftar bisnes ni. tapi salah tempat pulak yang sofea pergi buat urusan. so, kena tunda balik lah. kena tunggu cuti lah. baru dapat nak setelkan semua. kalau dah ada lesen perniagaan ni. boleh lah bernafas lega sedikit.

kali ini sofea dah try buat untuk order atau pesanan secara online. ianya memudahkan korang yang nak order terus. dan akan terus sampai ke rumah ANDA. jom...sini sofea akan sharekan sedikit dulu ya.


SET KESIHATAN ASAS



 SET KESIHATAN ASAS


SET KECANTIKAN KULIT




 SET KECANTIKAN KULIT


SET HAMIL SAYANGKU



 SET HAMIL SAYANGKU

Thursday, January 15, 2015

TERATAK SOFIZAN - MINI OFIS SHAKLEE - KULIT WAJAH CANTIK HATI GEMBIRA




teratak Sofizan - pengedar shaklee kuching - kulit cantik dan segar

setiap dari diri kita. teringin memiliki kulit yang cantik , bersih dan segar. berkulit putih , gelap ,sawo matang mahupun kuning langsat. akan mempunyai rasa memiliki kulit yang cantik dan bersih.

kulit cantik. bersih. segar. tak kusam. sekata. mesti akan bertambah keyakinan diri. mestilah kan. jom..saya nak kongsi bersama ANDA . kongsi supplement yang mampu mengatasi masalah kulit ANDA. sel-sel mati dapat disingkirkan. sel-sel baru boleh dihasilkan.

SET KECANTIKAN SHAKLEE  

supplement yang sesuai untuk masalh kulit ANDA. terdiri daripada 3. iaitu Vitamin E , Vitamin E dan B-Complex.






1. Vitamin E

* vitamin penting untuk kecantikan kulit
* bertindak sebagai anti-penuaan dan anti-oksida
* melindungi dan mencegah kerosakan sel
* mempercepatkan proses pemulihan kulit
* berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
* berupaya mengurangkan kesan jeragat pada kulit
* awet muda


2. Vitamin C

* sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
* berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit
* melindungi sel-sel dari kerosakan
* bertindak sebagai anti oksida


3. B-Complex 

* dikenali sebagai Beauty Vitamin - " B " for Beauty
* memelihara kecantikan kulit dari dalam
* bertindak sebagai penenang , bila jiwa tenang , wajah pun riang 


sekiranya ANDA berminat untuk mencuba SET KECANTIKAN. boleh terus hubungi saya.
perkhidmatan POS seluruh MALAYSIA. COD di kawasan terdekat .


selamat mencuba !!!!!!!!!  

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...