Tuesday, January 20, 2015

TERATAK SOFIZAN - RESEPI BISKUT MAKMUR



teratak sofizan - resepi biskut makmur 

biskut fev ni. nak kata senang dibuat tak jugak. nak kata susah..bolehlah melenguhkan pinggang. rasanya macam ada plan nak buat biskut ni sempena CNY 2015 ni. boleh lah buat buah tangan untuk member setempat kerja kot. hehehe. kalau alrajin tu adalah.

ok lah nak share resepi lah untuk korang ye. ni pun sofea tanya chef google ni. kredit to owner.


Biskut Makmur

Bahan untuk doh:
·                     500g tepung gandum
·                     2/3 cawan gula icing
·                     1 tin kecil minyak sapi
·                     Paper cup

Bahan untuk inti:
·                     200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
·                     3/4 cawan gula icing
·                     1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:
·                     Sedikit gula icing


Cara menyediakan:

1.                   Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
2.                  Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
3.                  Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
4.                 Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
5.                  Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.



kredit to chef google

hmmmm harap dapat buat ni nanti

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...