Monday, January 12, 2015

TERATAK SOFIZAN-MINI OFIS SHAKLEE-HARI PERTAMA SEKOLAH YA ANAK-ANAK



teratak Sofizan - mini ofis shaklee

hari ini hari pertama sekolah buat anak-anak sofea dan semua. selepas cuti persekolahan dilanjutkan selama seminggu. sepatutnya persekolahan bermula pada 05.01.2015 isnin. tetapi menteri pelajaran malaysia telah mengambil keputusan untuk menunda tempoh cuti sekolah ke 11.01.2015 bagi negeri kelantan , terengganu  dan 12.01.2015 negeri yang selebihnya.

lanjutan cuti disebabkan banjir besar di kelantan, terengganu, pahang dan perak. banjir yang paling teruk. umpama tsunami. banyak harta benda rosak. kerugian tak terkira. korban jiwa juga ada.

Maha Kuasa Allah. pasti ada hikmah disebalik kejadian. pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada hambaNya. ok, berbalik kisah sekolah. hari ini sofea pergi sekolah. untuk hantar anak. anak sulung sekolah sesi petang. urusan persekolahan dia. selesai. manakala urusan sekolah thaqif masih berjalan. permohonan disekolah yang sama dengan kakaknya tidak ada kekosongan. dan rayuan ditolak. sebab dah full house. jadi sofea cuba try sekolah lamanya. pun dah full. tapi mohon jasa baik cikgu. untuk ambil dia. Alhamdulillah. cikgu terima. dan yuran sekolah dibayar. sebanyak RM 80.00. tidak termasuk baju sekolah. baju sekolah yang lama masih ada.

lepas hantar kakak nya. sofea urus adiknya. selesai. untuk hari pertama sekolah. boleh tahan penat lah. Alhamdulillah.

kisah petangnya pulak. adik balik awal. lepas tu tunai janji nak belikan game pad. layan jelah. lepas Asar baru ambil kakak nya balik sekolah.

Alhamdulillah. semoga urusan semuanya Allah permudahkan.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...