Tuesday, April 30, 2013

MASA ATAU WAKTU " BERSAMA " YANG DITUNTUT





Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sofea sekadar nak berkongsi ilmu serta sebgai peringatan untuk diri sendiri. ye lah kadang-kadang kita ni jadi pelupa. sentiasalah diingatkan. permulaan dalam mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. perlulah dari permulaan seperti yang dituntut. tidaklah boleh semberono.



Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. ;
 "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.



pssstttt ---- agar dapat dijadikan panduan dan peringatan ku nanti.

ADAB KETIKA " BERSAMA " YANG DITUNTUT



google pic

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sofea sekadar nak berkongsi ilmu kepada semua. dan sebagai peringatan kepada diri sendiri. malah dalam usaha sofea mencari keredhaan Allah serta ingin memperolehi zuriat yang soleh dan solehah dan sentiasa dalam perlindungan Allah dari syaitan dan iblis yang laknatullah. 

maka banyak perkara yang perlu disentuh dalam hal memulakan sebuah keluarga yang Allah redhai. malam setiap permulaan hubungan perlu ada adabnya seperti yang dituntut. Insha Allah.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.

Semuga beroleh zuriat yang baik dan soleh yang akan membahagiakan pasangan suami isteri dan dirahmati Allah SWT.

kepada pasangan yang sedang berusaha, untuk mendapatkan zuriat bersama-samalah kita mengamalkan doa tersebut setiap kali selepas solat. insyaallah mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan zuriat buat saya dan juga anda .

sekian.


“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)

"orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


DOA MOHON ZURIAT




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

di dalam usaha sofea untuk hamil lagi. sofea masih berusaha untuk berdoa dan mengamalkan doa ini.

Doa tersebut Allah rakam di dalam Al Quran, surah Al-Anbiya’ ayat 89
“
Dan ingatlah kisah Zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: “

Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) - Surah Al-Anbiya’: ayat 89.


semoga menjadi amalan bagi pasangan-pasangan yang sah bernikah dan mengimpikan zuriat. insha Allah


Monday, April 29, 2013

DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN ATAU KEPAYAHAN





Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Ya Allah! Mesrakanlah denganku pada memudahkan setiap yang sukar. Sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar itu bagi-Nya adalah mudah. Aku mohon pada-Mu kemudahan dan limpah kebaikan di dunia dan akhirat.


Ya Allah! Engkau Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

YA ALLAH , TABAHKAN HATI INI


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

sepanjang minggu lalu, sofea batuk, dan selalu pening. jumaat lepas pula, kena seliuh kepala. dalam dialek sarawak. " selauk bantal ". sakit betul. susah nak pusing kepala ke kiri ke kanan.

jumaat lepas mulanya nak pergi kerja. tup tup batuk masih kronik. semalaman batuk. makan ubat batuk 10 ml. mahunya tak mengantuk. makan madu. anak-anak pun batuk jugak. paginya memang nak pergi kerja. tapi kena selesaikan urusan sebentar kat luar.

bila fikir-fikir balik. terus ambik leave je. hari tu kan jumaat. so, mesti ramai orang kat bank , sofea jugak kena pergi ke hasil. bayar cukai. lepas tu kena pergi TM point. sebab modem kat rumah dah rosak. jadi susahlah.kiranya nak membeli. tapi stok pulak belum sampai.

pergi HasiL pulak, bayar kat kaunter je. senang. ramai tak ramai. sebab kaunter masa tu banyak buka. lepas tu ada guys yang tolong ajar isi borang atau slip bayaran.senang lah.

sakit kepala masih ada sampai sekarang. makan ubat muscel pain je. kasi kurang sakit. nak menoleh, kena lah lawan sakit.

semoga diri ini tabah . sebab minggu ini juga akan sibuk. dan sesuatu yang terlalu dinantikan. jomm kita mengundi. dan sempena sambutan kelahiran ibu tersayangggggggg...

Ya Allah, ku merayu agar ada khabar gembira akan Engkau kirimkan kepada kami. Murahkanlah rezeki kami.


Thursday, April 25, 2013

UNTA ...OH... UNTA ...





Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


jangan terkejut ye. memang gambar unta kat atas tu. nak cerita pasal unta ni. sebabnya sofea tetiba teringin nak makan daging unta. dah cuba minta tolong kezen suami yang pergi holiday kat Uzbekistan. nan ado mey..bukan musimnya.

lepas tu pulak minta tolong Ukhti Marina. suami dia berkesempatan pergi umrah minggu lepas. pun tidak ada. sebab kat sana cakap. daging unta biasanya disembelih sempena hari qurban sahaja. tapi memang benar lah. sebab my colic yang pernah pergi haji. memang lauk daging unta yang rata-rata dihidangkan. selain daging kambing dan lembu.


gini ke rupanya?


Ya Allah..walaupun hanya sekeping. cukup sekadar untuk sofea merasa. Sofea sekarang minta tolong abang sofea kat cyberjaya nun. sebab tahun lepas sofea selalu ke cyber jaya/kl. ada banyak kedai makan orang arab. tapi tak pastilah ada ke tidak.

psstt------ doakan ye. sofea dapat daging unta yang halal disembelih mengikut syarak. insha Allah , Allah bantu sofea kelak.

Wednesday, April 24, 2013

LIRIK LAGU - DOA BUAT KEKASIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


tajuk nampak gempak kan. alalalalal..saja je. sebelum balik kerja ni menjiwang kejap. lagi banyak lirik lagu yang sofea kumpul. heheheh. suka nak melayan lagi-lagu lama ni. evergreeennnnn...hahhaha

nah ..liriknya. leh le nanti karaoke sensorang dalam ofis. heheheh



Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
pssttt ---- jangan risau. suka suki je....

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...