mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Friday, May 31, 2013
CUTI NANNNNNN PANJANGGGGGG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
esok 1 Jun hingga 4 Jun 2013. kat tempat sofea. negeri sarawak. cuti panjang. sempena perayaan Gawai. jadinya sofea yang banyak plan sempena cuti yang panjang. kena pilih plan-plan bercuti yang sesueyyyy. plan A adalah sofea masih dikuching. jadi kena selesaikan jahitan baju-baju yang perlu disiapkan sebelum Ramadhan menjelang tiba. heheh kelas jahitan kena berhenti sementara waktu. tapi plan A kena kensel.
banyak-banyak plan di waktu cuti ni, sofea pilih plan B. sofea kena ikut mak dan bapak pergi jenguk adik kat Sibu. tapi adik pulak dah transfer. kena pergi ke Pekan Selangau. first time jugak lah sofea nak pergi sibu ni. maksud sofea. sebelum ni pernah lah. tapi tak sempat nak jenjalan je.
jadi sofea mohon doa kalian agar sepanjang perjalanan pergi balik kami dari kuching - selangau - sibu - mukah dan kuching. di dalam perlindungan Allah Taa'la.
ok. trip tu nanti sofea akan cuba updatekan.
selamat bercuti untuk Sabah , Sarawak dan Semenanjung. esok jugak sambutan ulangtahun keputeraan Agong kita.
KEBAIKAN MEALSHAKES
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Jumaat
hari ni sofea nak cerita sikit pasal kebaikan Shaklee ni. sebab utama sofea tersangat nak membeli. sebab ada kebaikan yang ada pada Mealshake ni amat sofea dan anak-anak perlukan. Lebih-lebih lagi rasanya french vanilla.
ok, sofea nak listkan kat sini antara kebaikan yang ada pada Mealshake ini ;
- mengandungi protein , multivitamin , kalsium , fiber dan nutrien penting yang diperlukan dalam tumbesaran anak-anak.
- juga dikenali sebagai supplement untuk anak-anak. bukan sebagai ubatan okay.
- paling utama ; boleh meningkatkan selera makan anak-anak.
- ianya selamat dan tiada sebarang kesan sampingan
- boleh membantu anak-anak yang mudah sembelit. ye lah kan anak-anak kurang gemar makan sayur, buah .
- untuk meningkatkan imun tubuh. bagi anak yang mudah diserang demam,selesema dan batuk. boleh lah kita cegah. selalu sangat makan ubat. susah jugak.
- membantu mengurangkan parut.
- membantu masalah kulit.
- mengatasi ekzema.
sofea dah guna Mealshakes sebanyak 2 bekas. sofea beli untuk anak-anak sofea.
- sebab selalu demam. dalam sebulan boleh kata selang seminggu.
- sukar membuang air besar. kesian sofea tengok. lama dia meneran. umur kecik lagi. around 2 years- 4 years.
- kurang selera makan. penyebab sembelit. sebab susah benar disuruh makan nasi,sayur,buah. makanan segera lebih diminati. bahaya lah bagi anak-anak makan makanan segera selalu.
Alhamdulillah. sekarang baru nampak kesannya. walaupun ambik masa jugak. tapi semuanya bergantung atas usaha , doa dan tawakal kita. sofea sekadar nak mengelak beri ubat doktor dekat anak. kita kena konsisten dan yaki kepada Allah.
walaupun kuantiti makanan tidak banyak. tetapi, kekerapan untuk makan ada. sedikit tetapi kerap.
ok lah nanti sofea update lagi. pasal kebaikan produk shaklee yang lain.
selamat mencuba. kalau berminat , boleh hubungi sofea di handphone dan fb.
Monday, May 27, 2013
SEDIH....AGAIN AND AGAIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
sedih lah. atas kakhilafan diri. sofea kehilangan sesuatu. iaitu WANG. banyak lah juga nilainya. boleh kata lepas jugak kalau buat beli susu dan pampers anak. tak pun buat belanja bulan jun ni.
sudahlah nak kena pergi sibu,selangau dan mukah. Allahuakbar. semoga Allah murahkan rezeki kami.
:-( sedih mode
CUTI 3 HARI LEPAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa aktiviti korang sempena cuti 3 hari tu. sofea macam biasa . ada saja plan nak jenjalan. sekarang sofea nak cite pasal sedih ni. sofea ambik annual leave hari khamis tu. 23.5.2013. sebab kena bawak anak p jumpa doktor. sebab dah cukup masa nak cabut jahitan kat kepala dia. so, pagi khamisnya. sofea kemas-kemas dulu. baru lah kejutkan anak-anak.
sofea ajak adik ipar teman kan. mak mertua sofea pun ikut sekali. sebab ada urusan . jadi, sofea teman kanlah. sofea, anak-anak , adik ipar 2 orang dan mak mertua. kami gerak dalam jam 0900 pagi gitu. sebelum tu singgah Bombay cafe dulu. breakfast. takut anak kelaparan pulak.
lepas makan , sofea check gaji. kan minggu gaji. hehehe. setel kiri kanan. boleh lah belanja yang lain-lain. pergi ASNB dekat satok. simpan untuk bulanan. setel. gerak pulak ke simpang 3. mak mertua nak buat passport. hantar depan bangunan. lepas tu, mak mertua dan adik ipar turun balik. kena buat petang dalam jam 0130 ptg. so, kena datang balik. jadinya sofea kena kejar masa nak pergi panel klinik.
jam dah nak masuk 1130 am. so , betul-betul kejar masa.
sampai je kat klinik. register. dan tunggu turn. bila turn kami, masuk jumpa doktor. dan doktor dengan tugasnya untuk cabut jahitan kat kepala anak sofea. menangis dia. huhuhu..sofea pun menangis gak..sakit woooo...
selesai semua. ambik ubat. gerak lagi ke pasar besar. mak mertua nak beli barang. untuk dibawa kemiri . lepas tu , gerak balik ke simpang 3. jam dah pukul 0200 petang. nasib baik sempat. dapatlah nombor giliran. kalau tak payah tu. passport buat pergi limbang. kan kena lepas brunei. jadi kena buat.
lamalah menunggu passport tu siap. sudahlah jumaat public holiday. tepat jam 0500 petang setel semuanya. sama jam orang balik kerja. huhuhuhu....
pergi emart. shopping. lepas tu balik rumah. huhuhu...lamanya kat luar. betul-betul catat sejarah....
Wednesday, May 22, 2013
25.5.2007 - 25.5.2013 ALHAMDULILLAH
Assalamualikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah. dah masuk 6 tahun.
Semoga Allah merahmati hubungan kami
Semoga Allah melindungi keluarga kami
Semoga Allah murahkan keluarga kami
Semoga Allah sentiasa bersama kami
Sayang suamiku sedalam-dalamnya. semoga hubungan kita till jannah.
| saat akad nikah |
Tuesday, May 21, 2013
KURSUS DI LUNDU - RETREAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
lama dah tak update. bz pergi kursus minggu lepas. 14.5.2013 hingga 16.5.2013. di Lundu. perjalanan memakan masa 2 jam. Jauh jugak nak pergi ke Retreat ni. Alhamdulillah. perjalanan selamat dan baik.
![]() |
| bahagian depan |
sofea pergi dengan 2 kawan perempuan . sama kompeni. tapi bukan dari department yang sama. sebilik. bilik nya besar.
![]() |
| swimming pool untuk kanak-kanak |
![]() |
| swimming pool untuk dewasa |
![]() |
| naik ke atas |
![]() |
| no bilik kami |
![]() |
| sebahagian pemandangan dalam bilik |
![]() |
| spa pool |
![]() |
| safety first |
![]() |
| pantai. tidak jauh dari penginapan |
Alhamdulillah. kursus berjalan dengan lancar. makanan pun sedap. bilik tidur pun sedap. ada rezeki nak bawa famili nanti.
Tuesday, May 14, 2013
ELKASIH - KAU TIGAKAN CINTAKU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Hari ni cuma nak update lirik lagu je. dan nak bagitau. sofea kena attend kursus. 2 hari. nanti sofea share.
Elkasih Kau 3kan Cintaku
Mengapa ku selalu
Tak pernah benar dimata indahmu
Mengapa ucapanku
Selalu salah ditutur lembutmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
ku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Hanya kepadamu
Tak pernah benar dimata indahmu
Mengapa ucapanku
Selalu salah ditutur lembutmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
ku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Hanya kepadamu
***
Apa yang membuatmu
Tak pernah mengungkap isi hatimu
Andaikan engkau tahu
Betapa hatiku mencintaimu
Apa yang membuatmu
Tak pernah mengungkap isi hatimu
Andaikan engkau tahu
Betapa hatiku mencintaimu
Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
ku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Satu untukku
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
ku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Satu untukku
Back to ***
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...



.jpg)









