mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, October 8, 2013
RASA SAKIT YANG MELAMPAU
semenjak kandungan nak masuk 6 bulan. sakit punggung agak melampau. hehhh...jumpa doktor. doktor cuma mampu bagi panadol dan sick leave. banyakkan rehat katanya.
sofea bukan tak berehat langsung. kalau pergi kerja pun. memang kerja sofea duduk mengadap pc je. maybe akibat lama duduk tu kot. penyebab utama sakit punggung serta pinggang.sakit pinggang satu hal pulak. masa pergi appointment dengan doktor pakar hari tu. doktor masih suggest suruh buat operation. pasang disc baru. ye lah. pinggang sofea memang ada masalah. ada bahagian sendi yang tiada disc lagi. KOSONG...
kranya nak upload kat dalam blog ni. tapi asyik tak meneympat nak snap gambar. tambahan pun, result MRI dekat klinik pakar. kalau pergi kerja. duduk lebih 2 jam. naik kematu lah punggung. buat nye senaman sikit-sikit. bagi lega pinggang dan punggung. tak pun pergi toilet. kalau penat sangat. baby pun aktif. sofea baring kat lantai. beralaskan tikar dan berbantalkan bantal 2-3 bijik. huhu. ofis sofea ni sejukkkkk. tahap gaban. ye lah ofis simpan equipment segala bagai.
cerita kena pindah. rasanya dah full stop. mayb alang-alang tunggu cawangan ni tutup sepenuhnya. ye lah. sofea pun fikir macam tu. lebih baik macam tu. tak lah memeningkan kepala yang sedia ada dah berserabut. oklah .makin lama menaip ni. banyak pulak idea tercurah. tak pasal-pasal nanti mengarut yang tak tentu pasal...hehehhe...
Thursday, October 3, 2013
LEPAS TAYAR..EKZOS PULAK DAH
hari tu ada kan cakap trade-in tayar. sebab rasanya dah lama tak tukar. so tukar je lah. pejam mata . lepaas kes bateri kereta ong dan enjin kereta tak dapat di hidupkan.
2 or 3 hari lepas. ekzos pulak buat hal. kalau nak tahu. kami beli kereta ni. tahun 2008. sama birthday kami lulus ambil lesen kereta....sofea dan suami memang ambil lesen kereta sama-sama...hehehhe
setel bateri. setel tayar. ekzos pulak buat hal. al-kisahnya. masa ahad lepas...time tu birthday sofea. sofea balik dari tolong parents. bila dengar e-mart buat sale. sofea ajak suami pergi beli barang dapur, anak-anak.
bila selesai semuanya. kami balik. masa on teh way balik rumah. heran lah. ada bunyi ketangketung kat belakang. suami tanya bunyi apa? sofea cakap tak tahu. samapi rumah..terjawablah asbabnya....
ekzos kereta dah hampir nak putussssssss....haiiiii duit lagiiiii......esok harinya. kena bawak pergi bengkel. welding or tukar baru. bapak cakap pergi bengkel yang selalu dia pergi. kami follow him...nasib baik cepat. selesailah RM 70.00 ...untuk ekzos kereta....
harap-harap tak adalah lagi nanti...tak termampu eden....
SETIAP BULAN PUNYA CERITA
dari hujung bulan ogos. sofea membz. tolong parents. yelah. kan ke banyak event besar-besar kat Sarawak. dari mula cuti merdeka. sampai bulan oktober ni. belum lagi selesai. cuti merdeka. rasanya tak ke mana kot...lupa dah..
masuk bulan september. banyak nak kena setel. TYT Birthday dan Malaysia day. bz jenjalan. bawak anak p tengok perbarisan. lepas tu pergi muzium.
lepas Malaysia Day. ada pulak perahu berhias di Waterfront. lepas tu pulak...sambung sampai hujung bulan. Jomm Heboh 2013. nak dijadikan cerita. joom heboh kali ni. betul2 tak best. sebabnya. tempat penjual kecik-kecik macam kami..nun jauh dari tempat jomm heboh. pasal banyak jalan ditutup..hampehhhh. sudahnya pengunjung yang datang banyak yang parking jauh. ada yang sampai parking kat sekolah demak. bukan apa, kasihan lah makbapak yang bawak budak-budak kecik. orang tua. mayb banyak yang tak tahu. parking mana ada full. masih banyak space lagi.
sudahlah parking jauh. nak kena pergi tempat jom heboh jauh lagi. dengan cuaca yang sentiasa hujan. tahun lepas paling best. sama rata. penjual senang berniaga. pengunjung pun dekat je nak sampai.
booth dalam karnival pulak tak banyak. ada 3-4 booth makanan je. mana pergi booth yang lain ye???? harap-harap kalau ada lagi ..janganlah buat terlebih " pandai ". ada akal dan kuasa.seimbanglah sikit. pengunjung datang nak berseronok. penjual kecil nak tumpang carik rezeki. tepuk dada tanyalah selera......
BUYUH OOHH BUYUH AKA EDEMA
hari ni sofea nak cerita pasal pregnant . sofea sekarang dah masuk lebih 20 minggu. kira-kira 5 bulan. kalau masa pregnant yang pertama or kedua. sofea takdelah nak merasa sakit perit masa mengandung. makan pun tak cerewet bagai.
la ni...ngandung yang ketiga. sofea kena buyuh. lain orang lain buyuhnya. ada yang kaki kembang. badan kembang. gatal. tapi...bila sofea pulak. alahaiiii..susah nak percaya. tapi kena percaya jugak. dah mula terasa sakitnya. ingatkan sakit tu akan hilang. siap sofea tanya doktor lagi. biasalah..kalau doktor yang jawab. jawapan bernas dibagi. pembawaan budak.
bila sofea borak-borak dengan usu sofea hari tu. rupanya sofea dah kena buyuh. sebab usu dah ada 7 anak. pernah kena macam tu jugak. sebab tu yakin apa dia cakap. tambahan sama pulak rasa sakit dia dengan sofea. hmmm...usu cakap .lepas bersalin baru hilang sakitnya. hmmmm nak kena tunggu 20 minggu lagiii.
moga-moga Allah janjikan kemudahan selepas ini.
Tuesday, October 1, 2013
FOLLOW - http://ummisya-eid.blogspot.com
![]() |
| https://www.facebook.com/Ummisyaeid |
nak bagitahu. sofea ada blog untuk cerita khas pasal produk SHAKLEE ni.
bagi readers2 yang berminat, boleh beli terus dengan sofea. sebab sofea sekarang dah ada ready stock.
untuk yang nak update lanjut.
boleh LIKE Fb Page : Ummi Sya-eid
boleh FOLLOW website : http://ummisya-eid.blogspot.com/
semua detail pasal produk shaklee boleh dapat di blog baru sofea.
Friday, September 20, 2013
SABTU 14.09.2013 HARI TYT SARAWAK
| kakak sorfina |
Hari sabtu 14.09.2013 - public holiday untuk negeri Sarawak. sempena sambutan kelahiran TYT. ada perbarisan di Stadium Negeri Sarawak. sofea tak dapat nak tengok. nak join pun tak. sebab ada seminar di hotel harbour view. dari pagi sampai petang .
jadi lepas seminar baru free. suami datang ambik sofea. bawak anak-anak sekali. tak terus balik rumah. singgah makan abc dekat atas sukmaria. selesai makan. baru balik.
lepas isyak. cadangnya nak ajak famili makan kat luar. tapi abang sefamili tak berapa sihat. demam. ani sefamili baru je balik rumah lepas keluar. bapak tak dapat. sebab nak tengok perlawanan bola antara malaysia lawan myanmar. perlawanan akhir piala pesta bola merdeka. kalau tak silap sofea lah ye.
jadi, semua tak jadi. plan makan dekat jubah ria. tapi last minit,kami tukar ke d' benteng. tak jauh pun. sebelah je. masa ni si thaqif dah buat hal . dia nak main motor yang dekat kubah tu. haihhh..
selesai makan. mak pesan beli satay dan mee goreng. beli dan bawak pergi rumah. sempat lah tengok bola. riuhhhh..hahah. kesian sik kecik farhana.
| moto fev thaqif |
| gambar gegar |
Tuesday, September 17, 2013
PERAHU BERHIAS DI WATERFRONT
| satu-satunya gambar perhu yang sempat disnap |
selesai urusan pagi. selepas zohor,minta tolong suami hantarkan ke rumah parents di kampung tupong. tapi , tukar plan. adik di 3H's. kedai makan di heritage jalan merdeka. kami pergi sana. singgah minum .suami pergi kerja. sofea dan anak-anak tumpang adik ke waterfront.
sofea pergi waterfront sebab ada perarakan perahu berhias dan sambil tolong parents berjual burger, keropok lekor, minuman dan lain-lain. seronok serta penat. heheheheh
| sekitar jam 0600 ptg |
| keadaan berangin dan nak hujan |
| hujan lebat |
| perarakan perhu berhias dah bermula |
| dah jam 1200 tgh malam... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...
