Thursday, January 17, 2019

PROMOTE SAJA



Kenapa saya tanpa segan silu duk promote produk orang lain? Kang sale dia lebih pula.

Kalau kita dah faham konsep rezeki, kita tak takut apa pun. Kalau rezeki kita, rezeki kitalah. Yang tak dapat tu bukan rezeki kita. Simple je. 

in shaa Allah. saya cuba. 😁

Wednesday, January 16, 2019

MENU : MEE BELACAN


Mee belacan ni salah satu menu kegemaran saya. dulu tak berapa reti nak makan menu segala
hidangan mee-mee yang pelik pelik. pelik pelik bagi saya lah.

mee belacan ni terdiri dari ;

kuahnya ( paling penting )
hirisan sotong kembang
bee hoon
hirisan timun
tauge
limau kasturi
sambal belacan
kacang tumbuk
telur padi ( saya tak pandai makan tu )


sekarang ni dah banyak di kedai muslim. jadi, rasa was was tu dah tak perlu dirisaukan lagi. hanya kena pilih ikut selera anak tekak kita sahaja.

nak buat sotong kembang tu pun ada jugak kawan saya ajar.

pic pic ni saya ambil pada tahun 2014. saya recall balik untuk coretan saya kat sini.






















Tuesday, January 15, 2019

TAJWID LENGKAP


Tajwid lengkap..





MENU : MEE BRUNEI



Mee brunei di Sarawak ..

saya banyak kali nak cuba. asyik tak sempat. kekadang akibat kekangan masa dan bajet. heeeee

saya cuba menu viral ni di kedai yang dekat muzium tu. sekarnag ni tiada lagi. dah pindah tempat baru.

mee brunei ni, sup dia sangat sedap. boleh pilih jenis mee yang di mahu. kalu nak sepcial. harga ada tambah sedikit. memang sedap lah.

nanti nak ke sarawak. boleh try menu ini ya.

harga dalam RM 7.00 - RM 10.00



PIC 2014








Monday, January 14, 2019

KUEW TIAW GORENG


bukan nak cerita pasal resepi. cuma nak cerita pasal. saya nak try cuba menu ini. sebab memang saya tak berapa gemar dengan segala jenis mee.

alhamdulillah. percubaan demi percubaan,akhirnya menemui keberhasilannya. saya berjaya jugak untuk menerimanya sebagai menu tambahan untuk dipesan.

dan tak mustahil jugak, sebagai menu untuk sajian di rumah dan dimasak sendiri.










Sunday, January 13, 2019

APA KHABAR KAMU


tempat jatuh lagi dikenang
apatah lagi tempat bermanja..

inilah office lama saya dulu. sebelum saya dipindahkan di unit lain.
masa ni blackout di tingkat 1. sunyi sepi. 
langkah diambil. dan terus report.













Saturday, January 12, 2019

BAKSO OH BAKSO


Bakso oh bakso..

cerita tahun 2014 , dah kurang ingat nama tempat makan. antara yang diingat, Bakso ni macam di Emma Bakso.

sebab kalau saya try nak recall balik ingatan ni. memang macam bakso di kedai Emma tu.

semangkok bakso ni, kalau tak silap dalam RM 5.00 untuk bakso biasa. rasa bebola dagingnya memang sedap sangat. sup bakso amat sesuai.

apa apa pun.. kedai nya. rasa tu tak pernah saya lupa.

















LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...