Assalamualaikum dan salam sejahtera. Marhaban ya Ramadhan. lama dah sofea tak update blog ni. jawapan klise nya. sibuk dengan kerja di pejabat dan kerja selepas waktu pejabat. Dalam sedar dan tak sedar hari ini 31.07.2012 dah bersamaan dengan 11 ramadhan 1433 H. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia sofea dan semua.
Hari pertama Ramadhan , kalau kat malaysia jatuh pada hari sabtu iaitu 21.7.2012 . makanya waktu tu tak kerja. dan tak ada kerja tambahan. jadi kena carik kerja tambahan . makanya sofea dah set masa hujung minggu untuk buat biskut . nak kena buat awal sebab sofea kali ini tak ada cuti.
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, July 31, 2012
Thursday, June 7, 2012
NIAT NAK TURUNKAN BERAT BADAN
Monday, May 28, 2012
PARI BAKAR BEREMPAH
Menu makan malam. Masak ikan pari. ikut resepi rakan blogger DJ. biasanya panggang biasa sahaja. lepas tu cecah dengan sambal kicap pedas. Tapi kali ni nak cuba resepi ini. boleh tahan cuma kena bagi pedas dan perasakan makanan.heheh..Al-maklumlah sofea agak kurang merasa masakan bila memasak.
resepi untuk menu diatas ,silalah cnp di bawah ini ,
Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 2-3 ketul ikan pari (dibersihkan)
- 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
- 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 helai daun limau purut
- 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
- 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- 3 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu besar kicap pekat
- sedikit belacan bakar
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- gula dan garam secukupnya
- sedikit air
Cara-cara :
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
- Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas (Guna daun pisang pun boleh). Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
- Kemudian bakar ikan sehingga masak.
- Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...
KAMPUNG SERIKIN,BAU
Ahad. Pergi ke Serikin. Saja nak jala-jalan luar dari Kuching. Dan ada niat nak beli barang seperti perkakas biskut, beg tangan, sotong kering. Kalau ada duit lebih nak sangat beli baju,kain, telekung dan macam-macam lah. Tak banyak cerita dari Serikin ni. Jamu mata dengan gambar yang disearch dari google. Sebab Sofea tak mampu nak ambil gambar. Sebab anak-anak nak kena bawa..heheh
KEMATIAN
Kematian itu pasti. Tapi menerima kematian seseorang yang kita kenal,kita sayang,kita rapat betul-betul akan terduga iman kita. Sofea pernah kehilangan nenek perempuan sebelah bapa pada usia 13 tahun. Nenek ni ku panggil Nek Mah. Masa tu tak tahu nak kata apa. Yang dapat difikir. Baca kan Yaasin untuk nenek.Nenek seorang yang pandai mengurut dan mengubat cara kampung. Baik orang nya. Kudoakan agar Allah tempatkan dia di kalangan orang beriman.
Kali kedua kehilangan nenek lelaki sebelah emak. Ku panggil Pak Nek. Nenek ni sama seperti nenek sebelah bapa. Baik orangnya. Kerjanya hanya nelayan. Kalau balik kampung dapatlah makan ikan yang fresh,udang yang freshh.. tapi Allah sayangkan mereka. Al-Fatihah buat nenek-nenek ku.
Sofea kalau duduk-duduk seorang-seorang ditambah lagi bila baca atau dengar pasal kematian. Mesti terbit persoalan.
Bila kah lagi giliran ku? yang pastinya ALLAH tak cepat atau lambatkan walau sesaat.
Apa bentuk kematian ku?
Mampukah aku?
Bagaimana orang2 yang tersayang akan aku tinggalkan terutama anak2?
beristighfar ,bertahmid , dan berzikir. Sentiasa ku berdoa agar ALLAH panjangkan usiaku. Agar dapat kujalani kehidupan ini dengan penuh ketaatan denganNYA. Semoga aku istiqamah. Insya Allah.
KEK COKLAT CHEESE
Tuesday, May 22, 2012
YANG TERCAPAI DAN BAKAL DICAPAI
Setiap kita mesti ada impian masing-masing kan. Begitu juga dengan Sofea. Sepanjang impian yang ingin Sofea capai dalam tahun 2011 ini. Alhamdulillah sebahagiannya dah hampir dalam genggaman.
Impian 2011
memiliki rumah
- banyak pancaroba. walau apa jua dugaannya. Alhamdulillah Allah sayangkan kami dan Allah permudahkan.
kereta / motosikal
- Allah permudahkan lagi. Dah Sofea selesaikan pembayarannya.
Hutang belajar
-Alhamdulillah
Anak-anak
- yang sulung bakal sekolah. 4 tahun di tahun 2012.
- yang kedua , usia 2 tahun dalam tahun 2012.
- semoga mereka sihat dan dalam lindungan Allah.
- kedua-dua nya boleh tahan kenakalannya. kadang-kadang kesabaran sebagai ibu tercabar jua.Tetapi tetap mendoakan.
Ibu Bapa/ Adik-beradik
- Kedua-dua orang tua sihat.sakit-sakit tu biaslah.bapa masih kerja.mak cuma surirumah je.
- Mertua juga sama .sihat belaka.
- Adik - beradik Sofea ada 6 semuanya. Adik-beradik suami 8 orang. sihat belaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...













