Thursday, June 7, 2012

NIAT NAK TURUNKAN BERAT BADAN

ehsan Google


Sekarang ni dah nak hampir obes. BMI dah teruk sesangat. Nak kena usaha turunkan dalam 10 kg. Wah,mampukah Sofea nak capai target 10 kg penurunan. Sekarang ni Sofea tengah usha satu tempat yang di namakan Marie france Bodyline. Cuba je lah. RM$$$$..memang kena kacau saat membuat keputusan untuk menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan atas niat kesihatan dan semetinya kecantikan.

Lagi-lagi Sofea ni isteri orang dan ada anak2. Ditambah lagi sofea ni kerja tak keluar peluh..Duduk je mengadap PC ,sampai punggung pun naik kematu. Nak bersenam,adalah niat tu terlintas di hati. jogging tu dapat dikira dengan jari..dalam seminggu sekali pun tidak.senaman-senaman ringan tu adalah. yang macam dalam gimnasium tu belum sempat nak buat.

Hari tu ada lah hantar msg ke MFB ni. masa tu offer dalam RM68.00. untuk trial je. kalau nak yang lain kena tambah duit lagi. Mula-mula tu macam tak nak,tapi fikir-fikir balik,usaha je lah. Selera makan sekarang memang kurang. Tapi di saat selera jadi macam-macam tulah yang membimbangkan.

Nanti Sofea cerita kisah Sofea dalam menguruskan badan. unutk pengetahuan berat sekarang dah 63 kg dengan ketinggian 159 cm. BMI kalau tak silap dalam 26 macam tu lah.Lupa lah. ni dah kira kali ke-4 check BMI nak capai obesiti...wahh sofea tak nak..jadi ini usaha yang ke?? . tak terkira banyak nya. 

Monday, May 28, 2012

PARI BAKAR BEREMPAH


Menu makan malam. Masak ikan pari. ikut resepi rakan blogger DJ. biasanya panggang biasa sahaja. lepas tu cecah dengan sambal kicap pedas. Tapi kali ni nak cuba resepi ini. boleh tahan cuma kena bagi pedas dan perasakan makanan.heheh..Al-maklumlah sofea agak kurang merasa masakan bila memasak.

resepi untuk menu diatas ,silalah cnp di bawah ini ,

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2-3 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas (Guna daun pisang pun boleh). Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...




KAMPUNG SERIKIN,BAU







Ahad. Pergi ke Serikin. Saja nak jala-jalan luar dari Kuching. Dan ada niat nak beli barang seperti perkakas biskut, beg tangan, sotong kering. Kalau ada duit lebih nak sangat beli baju,kain, telekung dan macam-macam lah. Tak banyak cerita dari Serikin ni. Jamu mata dengan gambar yang disearch dari google. Sebab Sofea tak mampu nak ambil gambar. Sebab anak-anak nak kena bawa..heheh



























KEMATIAN



Kematian itu pasti. Tapi menerima kematian seseorang yang kita kenal,kita sayang,kita rapat betul-betul akan terduga iman kita. Sofea pernah kehilangan nenek perempuan sebelah bapa pada usia 13 tahun. Nenek ni ku panggil Nek Mah. Masa tu tak tahu nak kata apa. Yang dapat difikir. Baca kan Yaasin untuk nenek.Nenek seorang yang pandai mengurut dan mengubat cara kampung. Baik orang nya. Kudoakan agar Allah tempatkan dia di kalangan orang beriman.

Kali kedua kehilangan nenek lelaki sebelah emak. Ku panggil Pak Nek. Nenek ni sama seperti nenek sebelah bapa. Baik orangnya. Kerjanya hanya nelayan. Kalau balik kampung dapatlah makan ikan yang fresh,udang yang freshh.. tapi Allah sayangkan mereka. Al-Fatihah buat nenek-nenek ku.

Sofea kalau duduk-duduk seorang-seorang ditambah lagi bila baca atau dengar pasal kematian. Mesti terbit persoalan.
Bila kah lagi giliran ku? yang pastinya ALLAH tak cepat atau lambatkan walau sesaat.
Apa bentuk kematian ku?
Mampukah aku?
Bagaimana orang2 yang tersayang akan aku tinggalkan terutama anak2?

beristighfar ,bertahmid , dan berzikir. Sentiasa ku berdoa agar ALLAH panjangkan usiaku. Agar dapat kujalani kehidupan ini dengan penuh ketaatan denganNYA. Semoga aku istiqamah. Insya Allah.

KEK COKLAT CHEESE

KEK MARBLE CHEESE by SofeaJ


Semalam ada buat kek coklat cheese.Sila jamu mata k. Sebab kek nya kena bahagi 10 bahagian..Kalau nak cnp resepinya ada kat bawah ni. Selamat mencuba,respi ni sofea cari di internet. terlupa sumber dari mana. terima kasih


KEK COKLAT CHEESE
Bahan A

360 gm butter
40 gm serbuk koko
340 gm gula halus
8 biji telur
240 gm tepung naik sendiri
2 tsp baking powder


Bahan B
 500 gm cream cheese
120 gm gula halus
1 tsp esen vanila
2 biji telur


Cara-caranya: Bahan (A)

1) Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder 2x-ketepikan.
2) Pukul butter dan gula hingga gebu
3) Masukkan telur dan pukul lagi .
4 )Kemudian masukkan tepung dan kacau sampai sebati-ketepikan

Cara–caranya : Bahan (B)
1)Pukul keju hingga kembang.
2)Masukkan gula,pukul lagi hingga gula hancur.
3)Masukkan telur dan esen vanila dan pukul hingga adunan benar-benar sebati

  • Sapukan loyang dgn butter dan alas dgn kertas minyak.
  • Tuangkan separuh adunan (A) kedalam loyang.
  • Kemudian tuangkan (B) hingga habis.. keatas (A)
  • Akhirnya tuangkan adunan(A) yang separuh lagi ke atas(B)
  • Bakar hingga masak.






























Tuesday, May 22, 2012

YANG TERCAPAI DAN BAKAL DICAPAI




Setiap kita mesti ada impian masing-masing kan. Begitu juga dengan Sofea. Sepanjang impian yang ingin Sofea capai dalam tahun 2011 ini. Alhamdulillah sebahagiannya dah hampir dalam genggaman.

Impian 2011

memiliki rumah
- banyak pancaroba. walau apa jua dugaannya. Alhamdulillah Allah sayangkan kami dan Allah permudahkan.

kereta / motosikal
- Allah permudahkan lagi. Dah Sofea selesaikan pembayarannya. 

Hutang belajar
-Alhamdulillah

Anak-anak
- yang sulung bakal sekolah. 4 tahun di tahun 2012.
- yang kedua , usia 2 tahun dalam tahun 2012.
- semoga mereka sihat dan dalam lindungan Allah.
- kedua-dua nya boleh tahan kenakalannya. kadang-kadang kesabaran sebagai ibu tercabar jua.Tetapi tetap mendoakan.

Ibu Bapa/ Adik-beradik
- Kedua-dua orang tua sihat.sakit-sakit tu biaslah.bapa masih kerja.mak cuma surirumah je.
- Mertua juga sama .sihat belaka.
- Adik - beradik Sofea ada 6 semuanya. Adik-beradik suami 8 orang. sihat belaka.

TAHUN 2012 / 1433H - BERMULANYA DI SINI



Hari ini hari ketiga dalam tahun masihi. Tetapi jangan lupa bagi yang muslim kita dah berada di bulan kedua Hijrah iaitu bulan Safar. Alhamdulillah masih jua Allah panjangkan umur dan semoga terus dipanjangkan agar kita dapat memperbetulkan yang salah..menambahbaikan yang kurang dalam kehidupan kita yang berbagai bentuk tanggung jawab.

Salam buat pembaca blog Sofea ini baik yang diam-diam membaca mahupun yang dah jadi follower. Yang sudi baca tu silalah daftar ye. Sekadar menambah kenalan.Mana tahu Sofea nak juga berkongsi apa2 yang menarik.

Tahun 2012 baru saja bermula.Apa yang pasti bagi Sofea yang bekerja.Hari ini hari pertama bekerja di tahun 2012. Cuaca hujan di Kuching hingga di tempat Sofea bekerja ( Batu 8 ).

Tengah memikirkan apa azam Sofea untuk tahun ini.Semoga dapat dicapai.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...