Wednesday, October 10, 2012

AHMAD ADAM SYUKRI - Bantuan



Sofea ingin uar-uarkan bagi yang belum tahu. Pagi tadi dah keluar dalam MHI TV3 dan ada dalam suratkhabar. sedih..itu yang mampu sofea katakan. baby sekecil ini ALLAH uji dia. lebih-lebih lagi Allah juga menguji kedua orang tua nya. doa sofea agar Allah meringankan bebannya dan memberi ketabahan pada si ibu serta ayahnya.

Bagi yang bermurah hati. Insya Allah , sama-samalah kita memberi sedikit sumbangan berupa wang ringgit, barangan bayi mahupun sepotong doa untuk anak ini.

semoga atas usaha kecil dari kita, dapatlah meringankan beban kedua orang tuanya..

Ya ALLAH, sembuhkanlah dia. 

Ya ALLAH ringankanlah sakit yang dia alami.

Ya ALLAH ampunkanlah kami.

Ya ALLAH berikanlah sifat tabah,sabar dan kuat pada diri ibunya Puan Noraisyah , ayahnya serta seluruh keluarganya.

Ya ALLAH hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan. 

Ya ALLAH bantulah kami.

Ya ALLAH, Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat. Maha Suci Engkau Ya ALLAH..

saya di sini hanya lah seorang hamba Allah yang punya kekurangan. ini sahaja yang mampu untuk saya lakukan.

Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...