Tuesday, October 23, 2012

Keputusan MRI - Sakit Belakang



contoh

hari tu sofea ada cerita,yang sofea kena buat pemeriksaan MRI. untuk mengetahui punca sakit belakang yang sofea alami sejak berusia 13 tahun. jadi keputusan tu dah dapat.

19.10.2012 Jumaat temujanji dengan doktor di klinik pakar ( ortho klinik ) room F. di hospital umum sarawak. dari jam 0900 pagi hingga jam 1100 pagi kalau tak silap. sofea menunggu giliran. sebelum tu kena daftar dulu di kaunter depan. kaunter 1. kena letak kad temujanji di petak yang telah dilekat waktu temujanji.

menunggu dalam 10 minit ke 15 minit nama dipanggil. di kaunter pegawai minta guaranti letter. tapi sofea tak bawa. lupa nak mintak dengan suami. heheheh..kali ni suami temankan. sebab malas nak cari parking kereta. mesti penuh. ada parking berbayar di luar. malas nak buang RM 5.00. jadi senang membonceng KLX suami.

tunggu punya tunggu akhirnya. giliran sofea tiba juga..ingatkan nak ajak suami masuk. senang dia nak dengar. tapi tak berkesempatan. sofea masuk sendirian. kalau suami masuk. dapatlah dia jadi transelator utk sofea. sebab doktor cakap omputih. tapi nasib baik dia faham cakap malay. hehehe..

resultnya. sofea dah kehilangan 2 sendi di bahagain tulang belakang. tak bahaya kata doktor. kalau perlukan pembedahan untuk tampung balik. kos kasar sebanyak RM10,000.00 untuk satu sendi. jadi sofea kena letak 2 sendi . jadi RM 20,000.00 diperlukan.

sofea tanya. berapa banyak masa kehilangan sendi boleh berlaku. doktor cakap tak dapat nak dipastikan. sebab sofea tak ada buat MRI sebelum ini. jadi tempoh kehilangan tu tidak diketahui. bagi perseorangan pun lain-lain.ikut kondisi dan penyebab sakit belakang.

keputusannya..jika tak merbahaya. jadi tak perlu buat pembedahan. insya Allah nak cuba perubatan cara Islam..insya ALLAH


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...