mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Friday, August 30, 2013
31 OGOS 2003 - 31 OGOS 2013...10 TAHUN.......
Alhamdulillah.
malam ni adalah yang ke-10 tahun hubungan kami. perhubungan sofea dan suami. bermula di malam merdeka.
bila diingat balik. seharusnya semuanya dalam takdir Ilahi. tiada sapa menduga. dialah suamiku. imamku. kekasihku. sahabatku. cinta jantung hatiku.
selepas gagal dalam bercinta dalam 3 tahun sebelumnya. sofea memang hampir mengalah dalam mencari pasangan hidup. rasa kejatuhan betul-betul membuat sofea rasa putus asa.
selepas gagal bercinta di usia yang mudah dan mentah. sofea gagal juga dalam pengajian. sofea cuba positif dalam semua aspek kehidupan. diri, keluarga , sekeliling , kerjaya , masa depan dan semuanya.
sebagai anak . sofea ingin buat yang terbaik. sekurang-kurangnya. dapat membantu famili.
sebagai pelajar. sofea kalah dalam pelajaran. yang memang bukan dalam kemampuan diri.
sebagai kekasih. cuba untuk setia. namun atas dasar " sesuatu ". sofea lepaskan dia pergi.
sebagai hamba Allah. mencuba untuk memahami istilah cubaan , dugaan dalam hidup.
Maha Suci Allah. kita merancang DIA lah sebaik-baik perancang.
mengenali beliau bukanlah dalam list kehidupan. kerna sifat putus asa sudah bertitik noktah. atas alasan sendiri.
namun , apa yang sofea cuba jauhkan. Allah jua penetu segala kebaikan. kami kenal atas dasar beliau kawan kepada kawan abang sofea. kenal-kenal gitu je.
akhirnya malam 31 ogos 2003. semuanya titik permulaan perkenalan kami.
namun tetap ada pasang surutnya. ombak badai. ribut petir. kilat hujan lebat. dalam perhubungan kami.
sudah tertulis jodoh kami.
selesai tamat pengajian. selama 3 tahun. akhirnya kami disatukan pada tahun 2007. itupun selepas sofea selesai konvokesyen di bulan yang sama.
terima kasih suamiku. kerna sudi menerima baik burukku. kurang lebihku. Allah pertemukan kita. dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.
semoga hubungan cinta 10 tahun terus bersulam. dan hubungan suami isteri 6 tahun terus dalam lindungan ALLAH.
31 OGOS HARI MERDEKA
esok sambutan hari kemerdekaan yang ke-56 tahun. selamat hari merdeka.
nampak gayanya. sambutan kemerdekaan tahun ni sofea sekali lagi, tak berkesempatan untuk ikut perbarisan. 2 tahun lepas pernah join perbarisan under company. syok jugak lah ikut program macam ni.
dapat pengalaman dan kawan. tahun ni memang tak dak rezki nak ikut. sebab dah jadi mak buyong. rezki anak.
ok lah . semoga negara kita aman merdeka.
Tuesday, August 20, 2013
RUMAH PERTAMAKU
Alkisahnya. masa nak beli rumah ni. macam-macam jugaklah berlaku. tapi, semuanya dalam ketentuan Ilahi. bagaimanapun kita merancang, sebaik-baik perancangan dari Allah jua.
Sofea dan suami beli rumah ini pun. setelah banyak kejadian yang tidak diingini berlaku. memula nak beli rumah yang sudah siap. tak jauh lah dari rumah ini. cuma agak mahal. tak tercapai dalam budget. so, suami ada usha-usha dan terjumpa lah projek perumahan ni.
hasil ulang-alik dalam urusan pembelian rumah. akhirnya S&P berjaya ditandatangani penghujung tahun lepas. Alhamdulillah.
Nampak gayanya. lama lagi kot nak masuk rumah baru. kalau tak tahun 2014 , mayb tahun 2015. sebab tahun hadapan. sofea dapat orang baru. rezeki anak ketiga kami.
Alhamdulillah. Allah murahkan rezeki kami.
![]() |
| Block 1 |
![]() |
| contoh Bahagian Hadapan |
![]() |
| bahagian dalam rumah |
![]() |
| bilik |
![]() |
| Master Room |
![]() |
| Bahagian belakang |
![]() |
| rumah kami |
rumah teres setingkat. ada 3 bilik. 2 bilik mandi. insha Allah ada rezeki. nak tambah sebelah nya nanti. tengah mensurvey sekarang..
harap-harap semuanya Allah permudahkan.
Monday, August 19, 2013
LEPAS NI NAK BUAT APA?
020913 kelak. rasanya dah masuk 4 bulan lah kandungan sofea .Alhamdulillah sihat. seperti mana doktor periksa. semoga Allah pelihara dia. dan permudahkan urusan kami kelak.
sejak mengandung ni. pening jugak kepala. sebab tak tahu nak buat apa pada hujung minggu nanti. sofea dah listkan apa yang kena buat dan apa yang akan dibuat. heheheheh
sesi membeli barang bayi. insya Allah. dah masuk 7 bulan baru beli. dan cari baju-baju lama abang kakak yang lalu. heheheh.
kelas jahitan rasanya sofea tangguhkan dulu. sebab, sofea tak larat nak duduk lama-lama. sekarang nak cari kursus mudah je. kat kolej komuniti ade rasanye. sofea nak daftar nanti. yang bersesuaian.
nak kena beli ubat masa pantang.
nak kena beli barang bayi.
nak kena prepare bilik.
hmmmm...harap-harap kelahiran kali ini. Allah permudahkan terus...insya Allah
CERITA SYAWAL 2013 vers 1.4
aktiviti biasa masa raya. ziarah rumah saudara-mara. rakan-rakan. sepupu-sepapat.
pergi open house rumah kawan sekerja. makan. lepas tu nyawa jadi loya. sebabnya selera agak teruk. ingatkan dah habis ramadhan ok. rupanya tidak. hhmmm
itulah sahaja cerita raya sofea untuk 2013. macam berulang. tapi adalh jugak rumah sedara suami yang baru-baru kami pergi.
makan lemang
makan ketupat
cecah dengan daging blackpepper
harap raya tahun depan lagi lah meriah
sebab ada orang baru
nampak gayanya tahun 2015 lah baru pindah rumah sendiri....insya Allah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
2013
CERITA SYAWAL 2013 vers 1.3
selepas dari kampung. singgah jap ke rumah parents kat tupong. sebab mak n bapak masih kat samarahan. kami pulang hari. parents pun sama. bersihkan anak. tukar baju. tunggu parents sampai. baru balik sukma.
al-kisahnya. kat sukma . blackout. lama. kepanasan semalaman. menjelang jam 0400 pagi. ada bunyi panggilan telefon. dalam keadaan malas. sofea tengok ada kol dari rumah tupong. panggilan masuk kali ke-3. adik bongsu bagitau. nenek tengah nazak. ya Allah. dalam keadaan mamai. sofea terus bangkit. kemas beg dan barang anak. bawak anak-anak sekali.
terus singgah ke tupong. tinggalkan anak dengan adik. sofea dan suami terus ke rumah nenek. kedengaran bacaan yaasin. sofea adalah orang yang cepta menangis. jadi sofea tidak akan mampu berkata apa-apa. kalau berhadapan keadaan begini.
nenek kelihatan agak payah bernafas. nenek hanya minum susu guna tiub.
" semoga Allah permudahkan urusan mu nek."
sekarang nenek masih terlantar sakit. semoga Allah ringan dan sembuhkan sakitnya.
lepas azan subuh. sofea dan suami balik rumah. anak-anak masih tidur. selesai solat subuh. sofea tidor...
sedar-sedar jam 1200 tgh hari baru bangun. bangun dengan keadaan terkejut. sebab dah lewat. nak kena hantar adik ipar ke airport. balik sabah.
CERITA SYAWAL 2013 vers 1.2
sesi bergambar. malam ke -3 kalau tak silap.
raya ke dua. pergi beraya kat kampung emak. kampung tebelu ,sebuyau. kira-kira 3 jam perjalanan. tapi hari kami pergi tu. kami terkandas di feri sungai buloh. nak dekat 3 jam. tunggu turn nak masuk feri. kalau jambatan dah siap. mungkin masalah akan selesai.
sudahlah panas. nasib baik anak tidur. tu pun sejam sebelum masuk feri. anak-anak dah bangun. kelaparan lagi. minuman pulak cukup-cukup. heheh. tahun lepas sampai awal di kampung. sebab sebelum subuh dah berangkat. bila dah masuk simpang ke feri. sofea turun pergi tandas. tandas nya..hmmmm...kena lah ada tandas awam yang dijaga. barulah bersih. nak buat camana. kena buang jugekkkkk...lepas tu singgah beli air dan makanan. nasik tadak. burger je ada. makan burger. heheheh
tepat jam 1200 tgh hari. baru masuk feri. Alhamdulillah.....sesampai seberang. jalan terus ke kampung emak. kira-kira2 dalam sejam. jalan ke kampung tak sesak.
sampai je rumah. kena napping ...tidurrrrrrrrrrr. tapi , baru je lelap. dah si thaqif kejut. wuaaaaa...
kat kampung. ada emak kepada emak. serta adik-beradik emak. ada wa, ada anjang, ada udak , ada unggai , ada pak cik ,ada 2 yak , ada andak , ada ibu dan ada usu. adik beradik mak . banyak jugak.
pergi beraya rumah wa dan anjang. selepas Asar kami gerak. nak balik kuching.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Kelas menjahit Baju Melayu Salam semua. Hari ini sofea nak cerita pasal kelas menjahit yang sofea dah ikut dari tahun lepas lagi. Lam...
-
Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini. hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti...
-
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakc...






