Wednesday, January 14, 2015

TERATAK SOFIZAN-MINI OFIS SHAKLEE-BACK TO KERJA




teratak sofizan - mini ofis shaklee kuching

back to kerja leeee

alahai cuti 2 hari. memang memenatkan. urusan sekolah. urusan pujuk memujuk. Ya Allah permudahkan. dan lembutkan hati anak-anak kami itu.

now, terfikir lagi untuk yang seterusnya. nak hantar anak mengaji lagi. ingat nak mengajar sendiri. tetapi masa tu macam pack sesangat. belum dikira sofea ada kerja lebih masa di ofis.

hari ni dah kembali bekerja. macam biasa turun kerja sama. sebelum tu hantar barang jualan dengan akak yang jual kuih...hujan pulak lebat sesangat. bfast tempat biasa bila suami setel kan kerja beliau dulu. lepas breakfast pergi hatar sofea lagi. hari ni ada bau pelik lah dengan makanan. hmmmm...

sofea dan suami tempat kerja jauh dari tempat tinggal. jadi urusan anak-anak mohon tolong ibu bapa suami lah. adik ipar masih jaga anak-anak.


di tempat kerja. kerja macam biasa. tengahhari. sofea ada order kuih telaga emas semalam. seller tu hatar terus ke ofis. sedap. 3 biji 1 rggt. sofea beli rm 10.00.

lepas tu ada order masuk. customer order GLA Complex Shaklee , set bajet penyusuan Shaklee ESP dan Alfalfa dan b-complex. bayaran dah siap buat. dan tunggu stok tu sampai je.

petang rabu ni ada kerja lebih masa. jadi balik lambat lagi. nasib baik kawan yang nak dijumpa kensel jumpa. sebab dia pun ada hal. singgah ke tupong. maghrib dulu. lepas tu baru balik ke rumah. lepas isyak ada customer datang bayar alfalfa dan hari ni jugak dpt byrn GLA . total 135.

Alhamdulillah. rezeki ni....hari ini punya cerita....


Tuesday, January 13, 2015

TERATAK SOFIZAN-MINI OFIS SHAKLEE-HARI KEDUA SEKOLAH


teratak sofizan-mini ofis shaklee kuching

hari kedua sekolah

sofea masih cuti lagi.hari ini kakak ok. urusan sekolah setel. semangat nak ke sekolah. cuma itulah. pergerakan kakak ni dengan kerja kemas diri. amat perlahan. kena awal bangun. kemas awal siap-siap. hmmm. antonnnnnn. buat bekal siap-siap. kena latih lagi. sediakan baju. semua berkaitan dengan sekolah.

dan alkisahnya pulak si abang. mandi sudah. tapi, tidak mahu turun ke sekolah. Allahhuakbar. dugaan ni. yuran dah bayar. tak kan tak nak sekolah. mengamuk si abang sepanjang pagi. ya Allah dalam hati berdoa. hanya kekuasaanMu yang mampu lembutkan hatinya dan memudahkan urusan ku. doa dalam hati memang tak lepas. so, biarkan je. sebab still mengamuk dan menangis. siap sofea digigitnya. sebab paksa mandi.

lepas sesi memujuk tak jalan. sofea hantar dulu si kakak. dalam hati berdoa. ya Allah kalau ada sesuatu kebajikan dan kebaikan  yang boleh diganti dan mampu dilakukan oleh aku. aku akan lakukan. asal yang baik sahaja. untuk Engkau makbulkan doaku. maha suci Allah. Allah uji sofea tengahhari itu. ada ibu ni bawak baby jalan kaki dengan nak hantar anak ke sekolah yang sama dengan si kakak. memula tu sofea tak berenti. main lalu je. tapi terdetik di hati. tadi kan sebelum keluar rumah. dah doa. jadi sofea berhenti tepi jalan. nak reverse. ada kereta lalu. jadi berhenti dan menunggu. bila ibu itu samapi dekat dengan kereta. terus ajak tumpang. tapi dia cakap nak beli mknn anak. so, sofea tunggu. selesai urusan si ibu. sofea tumpangkan sampai ke sekolah.

kesian lah. bawak baby tima cuaca panas macam tu. dengan nak pimpin tangan anak yang sorang lagi. suami dia tak dapat balik. kerja kan. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

selesai urusan hantar si kakak. sofea terus balik ke rumah. malas dah nak pujuk si abang. biarkan sahaja. tapi doa tu still berjalan. selesai azan zohor. sofea solat. dan selsai solat sofea doa lagi. masa tu si abang nak salam. sofea suruh duduk hadap sofea. sofea minta si abang tengok mata sofea. tanya dengan si abang. kenapa tak nak sekolah. tak kesian ke dengan ummi. dah bayar yuran. tapi abang tak sekolah. selepas dari bualan tu. terus si abang segera tukar baju. nak pergi sekolah katanya. Alhamdulillah. dekat sekolah. sofea tak ambil masa yang lama. terus keluar dan selesaikan urusan.

pergi jemput suami di bengkel motosikal. suami nak upgrade sedikit motosikal. biasalah motosikal tu pakai pulak hari-hari. jadi kenalah selalu servis. selagi ada lebih duit ni. baik servis motosikal dulu. kalau rosak ,teruk lah nanti. selesai di bengkel. singgah beli minyak kereta. urusan ke EPF. kena urus balik surat dengan pihak bank. sebab tempoh surat dah expired. b4 pg alliance makan dulu di ceria cafe depan EPF building. setel mkn terus ke alliance. setel alliance. 2 weeks dia orang bagi masa surat siap. minum kat city inn. ingatkan nak mkn bakso. tapi dah tak jual. setel minum. pergi UTC kuching. setel Tabung haji. cuma nak buat lesen niaga. salah tempat dituju. bukan ofis kpdnkk. tapi kena pergi lhdn atau ssm. lepas tu singgah maybank.cash deposit terus duit byaran alfalfa dan mealshakes. dan try nak reg akaun TH untuk kad atm maybank. tapi fail.

tak balik lagi ni. singgah pulak ke BBS. hantar duit dinner dengan kawan rm 40.00. singgah rumah usu hantar alfalfa. byrn pun dapat. singgah rumah udah. hantar ostematrix.

sampai rumah. asar. maghrib. ke tupong kita...dan balik sukma. tdo. rondeng dengan bapak pasang lampu ini minggu. mau pindah.


ya Allah doa ku untuk anak-anak dan suami serta famili. sentiasa aku panjatkan. hanya Engkau yang berkuasa untuk makbulkan segala doaku.



Monday, January 12, 2015

TERATAK SOFIZAN-MINI OFIS SHAKLEE-HARI PERTAMA SEKOLAH YA ANAK-ANAK



teratak Sofizan - mini ofis shaklee

hari ini hari pertama sekolah buat anak-anak sofea dan semua. selepas cuti persekolahan dilanjutkan selama seminggu. sepatutnya persekolahan bermula pada 05.01.2015 isnin. tetapi menteri pelajaran malaysia telah mengambil keputusan untuk menunda tempoh cuti sekolah ke 11.01.2015 bagi negeri kelantan , terengganu  dan 12.01.2015 negeri yang selebihnya.

lanjutan cuti disebabkan banjir besar di kelantan, terengganu, pahang dan perak. banjir yang paling teruk. umpama tsunami. banyak harta benda rosak. kerugian tak terkira. korban jiwa juga ada.

Maha Kuasa Allah. pasti ada hikmah disebalik kejadian. pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada hambaNya. ok, berbalik kisah sekolah. hari ini sofea pergi sekolah. untuk hantar anak. anak sulung sekolah sesi petang. urusan persekolahan dia. selesai. manakala urusan sekolah thaqif masih berjalan. permohonan disekolah yang sama dengan kakaknya tidak ada kekosongan. dan rayuan ditolak. sebab dah full house. jadi sofea cuba try sekolah lamanya. pun dah full. tapi mohon jasa baik cikgu. untuk ambil dia. Alhamdulillah. cikgu terima. dan yuran sekolah dibayar. sebanyak RM 80.00. tidak termasuk baju sekolah. baju sekolah yang lama masih ada.

lepas hantar kakak nya. sofea urus adiknya. selesai. untuk hari pertama sekolah. boleh tahan penat lah. Alhamdulillah.

kisah petangnya pulak. adik balik awal. lepas tu tunai janji nak belikan game pad. layan jelah. lepas Asar baru ambil kakak nya balik sekolah.

Alhamdulillah. semoga urusan semuanya Allah permudahkan.

Sunday, January 11, 2015

TERATAK SOFIZAN - SEMBELIT OHH SEMBELIT

Teratak sofizan - pengedar shaklee kuching - sembelit ohh sembelit

mesti rasa kurang selesa kan. kalau setiap hari nak membuang. tapi buangan tu tak berpa lancar. tersekat-sekat. dalam erti kata lainnya. kita mengalami sembelit. kalau dalam seminggu. hanya mampu membuang 3 kali seminggu. itu pun kalau buangannya lancar.

apa kata ANDA cuba Herb-lax dan Alfalfa dari Shaklee ni. biasanya sembelit ni sinonim dengan 2 supplement ini. Herb-lax dan Alfalfa.

kedua-dua supplement ni ada klebihan tersendiri. Alfalfa boleh diambil setiap hari. Herb-lax pula diambil 2-3 kali seminggu.

Sebabnya Alfalfa ni bertindak secara lembut. tetapi tidak pada Herblax. Herblax sekali makan terus
" flush out " habis.

kalau ANDA ada budget. ambil 2-2 supplement ni. makan kena konsisten. tak boleh nak skip bagai. tapi kalau skir 2 hari, rasanya sembelit tak akan ada.

sebab? sistem badan dah bertambah baik. kalau tertinggal supplement pun usus boleh bekerjadengan baik. itulah kelebihan Shaklee berbanding ubat.

Nak cuba ?? call / wahtsapp 013-8290985

dah BONUSnya...perut terasa kempissss...







ada perkhidmatan pos seluruh negar

Saturday, January 10, 2015

TERATAK SOFIZAN-MINI OFIS SHAKLEE-CUSTOMER SHAKLEE



teratak sofizan - mini ofis shaklee kuching

customer shaklee.

bangun pagi. kemas diri. kemas yang patut-patut. dalam tu handpon diaktifkan line tenet nya. masuk byk wasap mg. dan ada yang terselit. customer tanya produk shaklee. usaha untuk menjawab yang ditanya. dan berdoa agar ada closing yang baik.

suami hari ni ada kerja lebih masa. jadi , cancel nak pasal tempat gantung langsir. dalam tengahhari. memasak. dan adik ipar ajak masak mee kantonis. total belanja rm20.00. mee kuning , kuew tiao , sayur mayur.

masak macam-macam. dan selesai. lepas isyak ke agenda DBKU. singgah beli panggang ayam , baju jubah , putu mayam dan air minum. xsempat nak ke tupong. u-turn balik ke sukma. ada emergency pulak. hehehe. perut memulas. b4 nak ke tupong hantar jah ke bbs. lepas tu ke tupong.

jam 11.45 mlm turun ke airpot ambil adik. adik dan famili datang dari sabah. cuti sekolah dah habis kan. sebelum ke airport ada roadblok. nasib lah baik. tq ya pak polis. sggh beli minyak di shell.

di airport. tggu ani kol. ani kol. dan terus naik dmax suaminya. jannah tdo. dan balik terus ke rumah. dlm kol 0100 pagi tdoooo.


moga ada rezeki buatku. customer ohh customer

Friday, January 9, 2015

TERATAK SOFIZAN - LAIN NYA RASA BADAN


teratak sofizan - lainnya rasa badan

2-3 hari ni. kemalasan melanda. malas memandu. malas ..malas dan malas. ya Allah buang lah sedikit kemalasan dalam diri ini.

badan pula sakit2. nak kata banyak buat kerja. tak jugak. kerja ofis cuma duduk je. tu pun kerja dengan pc. minum nescafe tarik dah 2 gelas per hari. alamatnya bersengkang mata dibuatnya.

balik kerja. layan kerenah anak. yang menangis satu hal. yang tengah nak mengexplore satu rumah lagi. yang sorang pulak asyik tanya tab. halahaiiii...anak-anak ummi. memasing nak curi perhatian dari ummi. insha Allah ummi cuba. tapi , ummi bukan lah penyabar sangat.

esok hujung minggu. ada program Agenda DBKU di Sukma Ria. hari ni dah bermula. harap dapat bawak anak-anak nanti.

Thursday, January 8, 2015

TERATAK SOFIZAN - 7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI



moga menjadi amalan buat kita. dan boleh lah jadi rujukan anak-anak sofea kelak.
7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
– Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illabillah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin 
- Barangsiapa setiap hari membaca La ilahaillallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran danmenjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim 
- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
- Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
- Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :

- Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda: 
Barangsiapa Berselawat kepadakusatu kali Selawat maka ALLAH akanmembalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam AdabulMufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :

- Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescayaALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arahyang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
SEBARKANN...


LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...