Wednesday, December 31, 2014

PENGAKHIRAN 2014



#disambung

JULAI - DISEMBER 2014
---------------------------------


ramadhan di hari pertama. Allah uji dengan demam. samapi menggigil kesejukan. hari kedua ada bintik-bintik dibadan dan dimuka. rupanya ianya demam campak. Allah. besar sungguh dugaan kali ini. sofea baru nak menyusu anak. Engkau uji aku dengan sakit ini. baby tak boleh kena campak. BAHAYA. jadi, penyusuan Jannah terhenti sementara. kasihan anak ummi. dalam hati ini sedih , pilu dan menangis. Ya Allah. Engkau uji hambaMu yang terpilih. sungguh besar dugaan ini. kerna aku hambaMu benar-benar menanti peluang ini ( menyusu anak ).

samapi seminggu mengambil cuti sakit. sampailah kesan campak kering dan hilang nanahnya. betullah demam campak menyakitkan. lebih-lebih lagi penyakit ini mudah berjangkit. sofea makan ubat dari doktor. dan still ambil Vitamin C Shaklee untuk rawat kesan campak pada wajah dan badan. nak cepat ambil 2 biji sehari.

Julai 2014. 29.7.2014 thaqif 4 tahun. Syawal pertama buat jannah. tema biru laut dan purple che ta. nampaknya kena pandai pilih kain. jangan sampai salah pilih. kain purple ok dah. cuma kain biru laut agak keras. tapi tak apalah. dah dibeli dan dibuat baju.
jubah dan baju kurung.semestinya. suami dan thaqif baju melayu.

beraya sederhana. tiada bajet nak buat kuih raya. buat biskut pun kurang.selesai cuti raya. kembali kerja macam biasa. 6 bulan sudah Jannah. cepatkan masa berlalu. ogos 2014 berlalu sahaja. september 2014 menjelma. bulan kelahiranku. dan juga sahabatku. tiada yang istimewa. sekadar berdoa agar ada yang berubah. hanya berdoa.

oktober 2014. 5.10.2014 raya haji. sederhana. cuti dan kerja. stress dan gembira. serahan kunci rumah baru pada 17.9.2014. gembira nya hati. urusan rumah lagi. menjadi tulisan di sini. kembali pada september. pampasan diterima dari jan 2014 hingga jun/july 2014. Alhamdulillah.

dalam untung ada jugak ruginya. tahun ni catat sejarah. tukar handpon 2 kali dalam tempoh 2 bulan. haishhh. pengajaran buat ku. urusan rumah , dimulai dengan pasang air dengan pihak JKR. ada lah dalam masa 2 minggu. lepas tu pasang api dengan SESCO. dalam sehari je. dan pasang grill. teringat pesan bapak. kalau awal buat. kan dah pasang. hmmm..langsung tak terfikir kan. so, terimalah akibatnya. kena tunggu bapak beli besi, potong besi , ukur besi dan welding. cat besi. barulah dapat pasang.


20.12.2014 baru pasang. kasihan jugak dengan bapak. tapi , bapak nak jugak buat. so, tggu je lah. oktober 22 2014 , 1 Muharam 1436H. azam ada yang dapat dikecapi. ada jugak yang baru dibangkitkan. semoga azam 1436 H , Allah permudahkan. november berlalu. dan kini, disember. 31.12.2014 coretan terakhir. semalam buat cermin mata baru. RM 530.00. ambil lens yang nipis no 2. asalnya 350 . bila tambah lens nipis 180. jadilah RM 530.00. dulu buat satu cermin mata. tapi langsung xdpt pakai. sebab degree tinggi sangat. melayang RM 450.00. haduiii. kemain mahal nya cermin nata. alangkah indahnya mata asli itu. tapi, dah rabun. apa boleh buat. ini azam tahun 2015. sofea nak try Carotomax Shaklee yang untuk kesihatan mata. banyak testimoni cakap. boleh rawat kerabunan. insha Allah nak carik budget. dalam bulan ni jugak. sofea cabut gigi lagi. 22.12.2014. malamnya sakit gigi dah menyerang. kena cabut. sebab gigi tu memang dah rosak. dan akhirnya tercabut lah jua.

pelbagai kenangan di tahun 2014. pahit , manis , masam , pedas , panas , sejuk dan macam-macam lagi perasanya.

emak bapak
adik beradik
suami
anak-anak
kerja dan bisnes
semoga dalam peliharaan Allah

selamat tinggal 2014. selamat menjalani 2015

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...